Monday, December 27, 2010

hujan disember...cinta tak disebut.

bergetar hati ini melihat perpisahan..
yg terjadi pada diri ini keseorangan..
penipuan dan penghinaan berlaku atas percintaan..
terkancing mulut dan suara..
seram sejuk tepat pada dada...
didalam hati bagai ada mata kail yg mencucuk..
beribu mata kail tersangkut dan membengkok..
aku berjalan seakan menunduk..
jalan ku kekok.. aku rasa sungguh teruk..
air mata hampir melimpah ke pipi..
aku tahan dengan perit sekali..
didalam kereta ber "air cond"
aku mengambil telephone...
mencari seseorang untuk ku luahkan..
ternampak nama seorang kawan..
aku mendail.. memberitahu dan mataku masuk habuk kayu..
bercucuran air mata jatuh ke stering kereta...
dia kata tinggalkan sahaja...
didalam kereta dibawah hujan aku menderita..
ditemankan dia yg bagai ada disisi..
aku dah tiada siapa lagi untuk aku luah..
aku pasrah..
kawan ku meletakkan phone dan aku hempaskan ke bawah..
aku berjalan dalam hujan..
aku taknak hidup tanpa perempuan..
tapi perempuan dan percintaan akan terjadinya penderitaan..
dibulan disember aku ketawa..
kerana cinta ke terbakar begitu sahaja..
menyala api dibawah hujan..
tanpa asap hanya bahang kepanasan..

aku melihat gambar dia..
aku rasa dia suka permainkan cinta..
tapi aku tak salahkan dia..
aku rasa aku salahkan diri..
yg tak tau menghargai..
aku terduduk di batu..
melihat keatas hujan menimpa ku..
mengangkatkan tangan menadah..
menyapu ke muka yg tadi sudah basah..
oleh tangisan seseorang lelaki yg kalah..
b... adakah kau tak pernah rasa bersalah?
bersumpah bahawa aku yg terakhir..
tidak curang walau darah kau keluar mengalir...
tapi... semua itu hanya dibibir...
aku terngiang kata kata mu..
hatiku remuk hancur begitu..
di bulan disember aku membatu...
dalam rahmat hujan aku tersedu...
betul kata mak aku..
cinta itu sakit bagai sembilu..
masuk tak terasa..
tapi keluarkannya pasti sengsara...

jangan kau menangis jika aku pergi..
aku pergi kerana kau sudah tiada hati..
sangat susah memegang lilin yg sudah hampir mati..
sangat payah berjalan di atas paku paku yg berdiri..
biar aku sendiri..
mengelap air mata yg tiada kenal erti..
aku tak sepadan dengan dia..
kecantikannya bukan pada aku sahaja..
dia ingin katakan aku bukan "taste" nya...
aku ingin mengamuk.. membunuh.
tapi bila melihat hati yg remuk.. dan cinta yg tidak lagi penuh..
aku tahu luka ini takkan sembuh...
masa yg lama untuk pulih...
dan aku takkan berhenti untuk bersedih...
hati ini telah dilukai pedih...

tercatit sebuah catatan penutup..
bahawa disember cinta ku termaktub...
penghinaan seorang perempuan pada aku yg melitup..
dibawah hujan aku berjalan kalut...
mata yg terbuka kini hampir tertutup..
aku akan mati dengan cinta yg tak disebut!!!

biskut tiger dah habis....

-thanks fie sbb teman aku..