Wednesday, August 25, 2010

aku putus cinta tadi.

berdiri disana dan lihat aku terbakar..
kerna aku lilin yg menyala berkobar..
bila bendera cinta berkibar..
aku tersenyum dan bersabar..
menunggu untuk memeluk dan mencium..
tapi.."boom"
kehancuran datang..
kau bukan keseorangan mcm kau ceritakan..
kau penipu yg mungkin sesat dalam angan angan..
aku inginkan teman..
perhatian!!
percintaan!
dan impian..
tapi kerosakan yg kau lakukan
membuatkan aku dlm kesengsaraan..
tapi takpe..
dunia ini mmg ada karma nye..
takdir aku bagai lilin hanya mati..
di buang digantikan dan tiada nilai..
cita cita ingin membina mahligai..
tapi belum separuh jalan dah bersepai..
terima kasih tuhan..
memberikan aku satu pertolongan..
yg dimana sakitnya tidak tertahan..
tapi baik untuk masa hadapan..

tertunduk sepi dan penat begini..
aku ingin hebohkan siapa awek emy..
tapi terkandas disini..
aku tiada tempat mengadu..
yg ada hanya blog yg kosong itu..
aku tak malu mengatakan aku sudah jatuh cinta..
dan tak malu mengatakan aku dah patah jiwa..
tapi takpe..
mungkin kau dahulu pernah dimiliki dia..
petingkah aku?
tidak!
mafaatkah aku..
sementara pun tidak..
persinggahan untuk dijadikan pengalaman..
bermuka buruk dan gemuk..
latar belakang teruk..
dan layak untuk jiwa ini remuk..
dan kini aku diam terduduk..
tiada tempat untuk aku peluk..
kembali sendiri berjalan kekok..
cinta ini banyak selok belok..
tapi aku hanya dapat jalan yg berlekuk..
akhirnya tersedar bila ayam berkokok..
rupanya aku hanya seorang manusia yg buruk..

suara dia..
aku takkan lupa gelak ketawanya..
hadiah mashimaroo yg aku bagi kat dia..
tadi aku dihina oleh balak dia..
aku cuba nak marah..
tapi balak dia tak salah..
aku yg tak boleh blah..
mmg aku hanya sampah yg layak duduk di tong sampah..
kau pernah menyintai seseorang..
tapi sekarang kau ajak aku berkongsi cinta..
yg sebenarnya hanyalah luka..
gangster?
gangster jga perlukan cinta..
tapi pengakhir pada sengsara..
hanya lah aku ditinggalkan jua..
tapi takpe..
aku tak marah dia..
langsung tak marah dia..

takkan nak cakap tolong kembali..
walau aku melolong tetap kau dah dimiliki..
menangis sendiri di dalam hati..
lagi sakit dari menangis didepan computer ini..
tergendala semua perkara..
aku raya tanpa cinta.. tapi lega kerana tak sakit kepala..
seorang lagi..mengharap datang bidadari..
tapi yg ku jumpa hanya yg basi..
sisa atau bekas sesiapa..
aku tak peduli dia siapa..
latar belakang bohsia atau apa..
tapi tolong jgn kata kau berbahagi dua..
sebab aku tak reti itu semua..
perhatian semua aku dah ditinggalkan..
balak dia sms kata "ko bodoh ke apa?"
aku membalas "aku bodoh ke?"
dia menelefon dan akhirnya aku mengerti..
dia dah ada seorang lelaki..
rasa nak mati.. tapi ada juga sukahati..
pengakhir kata aku berdiam diri..
bukan takut tapi aku taknak gaduh pasal semua ni..
biar aku pergi..
dan jgn kau panggil aku sayang lagi.
selamat tinggal B.

fuhhhh, lega!~

suka menunggu kau

aku tak boleh beritahu apa itu ketakutan..
bila cinta itu menjadi ragu dan aku kerasukan..
menangis keresahan tak tahu dimana ingin ku adukan..
kedudukan aku di dalam hati mu..
melulukah aku dengan soalan yg dituju?
meluru ku ingin mendapatkan mu..memeluk mu..
tapi kau bagai melepaskan gengaman tangan ku..
merenggangkan dirimu pada ku..
ini yg ku rasakan..
ini sangat memedihkan..
aku tak takut dengan dugaan yg datang..
tapi aku takut kau yg undur kebelakang..
gengam lah tangan ini..
hubungan kita semua ada dalam gengaman ini..
jangan lepaskan.. tiada yg kedua.. tolong jangan lepaskan..
bebaskan segala keraguan dan jangan ada keegoaan..
sedangkan adam dan hawa pernah dipisahkan..
tapi bersatu semula kerana mereka tak putus asa kan?..
walau kau jauh.. aku tak kisah..
walau tiada teman wayang atau peneman shopping..
aku taknak semua itu.. sebab itu semua tak penting..
hidup ini hanya ada kamu..
walau kau tiada.. tapi aku tak curiga..
aku akan menunggu kerana ini yg aku suka..
jika kau minta aku meninggalkan kau..
itu sangat melampau!!
sedang aku tak boleh hidup tanpa kau..
aku boleh sasau..
berdebar debar menanti hari itu..
kau pula dah menyerah tanpa mencuba dulu..
ini diri aku..
peduli apa dengan semua itu..
aku mahu kamu..
siapa ingin halang aku?
lihat ke mata ku...
air mata jatuh kerana risaukan dirimu..
bukan suka suka jatuh tanpa hala tuju..
aku buktikan walaupun aku kini keseorangan..
sebab aku suka menunggu kau dengan penuh penuh kesabaran..


jgn menipu bila ia terasa sakit..
jangan menjerit sebab aku tahu ianya perit..
aku bukan berbelit..
tapi aku taknak jadi mangsa tersepit..
di antara keduanya cinta dan cita cita..
mahu ataupun terpaksa..
aku atau kedua ibu bapa..
aku tak kisah itu semua..
aku akan menunggu mu dengan rela..
tapi jangan pisahkan cinta kita..
jangan kau sebut perkataan "pergilah"
sebab aku akan menjawab "boleh blah"
aku takkan lepaskan apa aku inginkan..
kau seseorang yg buat aku keselesaan..
berjanji pada aku tiada dua tiga atau empat..
dan aku berjanji kamu pasangan yg tepat..
cepat!! jgn mengalah..
aku taknak kalah..
kita betul bukannya salah..
tunjukkan pada dunia kita kuat dengan cinta..
kerna aku tak kisah aku suka menunggu cinta dia..


perasaan aku tiada siapa tahu..
tapi aku tahu kau pun macam aku..
kemana kau ingin pergi..?
aku ingin pergi juga.. aku taknak sendiri..
kalau bukan jasad ku bersama mu..
hati dan jiwa ini tetap pergi bersama mu..
bersamamu mendampingi mu..
aku pernah bercinta tapi tak sesungguh ini..
aku pernah ada kekasih tapi tak sebaik ini..
aku pernah dihalang tapi bukan cara begini..
tapi aku tak kisah aku rela menunggu dia..
aku percaya dia tiada siapa..
dan dia kena yakin aku dan tiada siapa..
untuk hidup.. atau melitup..
aku dah tutup jendela pintu cinta untuk semua..
kecuali dia..satu satunya cinta dan nyawa..
dan aku tak akan menderhaka kepadanya..
kerana aku suka menunggu dia sehingga dia tiba..
di pangkuan ku semula.. di pelukan ku jua..

Monday, August 9, 2010

aku sgt suka!!

aku cuba buat wasiat..
ku tulis jadi surat..
dengan mata yg berat..
aku cuba celik dan angkat..
segala emosi yg tengah sarat..
setiap inci dan had..
aku cuba type dgn smart..
aku cuba belagak kuat..
tapi sebenarnya aku lemah..
aku tabah? sbnrnya aku kalah..
aku cuba blah tapi tak boleh blah..
aku rasa aku betul tapi semua salah..
semua aku rasa susah..
tapi aku tetap gelak..
jalan dengan belagak..
semua yg semak ku redah jugak..
maki caci aku.. aku buat pekak..
tumbuk tendang aku.. aku menahan senak..
aku bukan benak.. aku cuma taknak..
paksa atau arah..?
siapa? mak atau ayah..
aku terduduk dan teringat dadah..
aku resah tapi boleh gelak hahahahah..

lihat? aku sedang ketawa..
dengar di jiwa..
aku menangis sengsara..
hukuman menunggu..
mungkin ini lirik terakhir ku..
mungkin aku kena redah dulu..
dunia ini mmg aku tak tahu..
takdir itu pasti yg terbaik untuk aku..
berjalan bertiga tapi bagai seorang..
tiada betina jalang atau perempuan gampang.
tiada bantal peluk atau tempat yg empuk..
hari hari menjadi pemain..
kesana sini tapi yg jadi lain..
datanglah hujan atau angin..
datanglah angan tapi aku tak yakin..
sebab semua yg aku ada hanya perkataan "pain"

aku ketakutan..?
tapi takpe fifie ada..
bukan dia aje..
ramai kawan yg aku percaya..
aku gembira walau semua tak menghadapinya..
tapi mereka tahu kewujudan aku..
satu ku pinta dari kamu..
jika nampak aku terbakar..
biarkan saja..
jika nampak aku kecawa..
tinggalkan saja..
jika nampak aku mati..
tanamkan ku sempurna.
aku dah duapuluh lima..
tapi tak jadi apa?
semua itu gila...
tapi takpe aku suka..
sangat suka..

tolong jaga keluarga..
aku rasa mcm dah tiada..
darap kamu semua gembira..
harap aku dapat beraya..
tapi kalau dah nasib aku akan keluar dan bergelar gangster..

Friday, August 6, 2010

cinta perhentian.

jgn dekat dengan ku ..
kerana aku tahu kau memerhatikan ku..
tepat pada masa..
kau yg suka bergaduh dari bermanja..
cinta? atau aku hanya perhentian sahaja.?
dari memulakan baik kita tamatkan..
jgn simpan jgn sematkan..
penat? melayan kerenah gila babi..
tenat? otak ini menelaah setiap hari..
mengira janji janji yg menipu diri sendiri..
yg tak mampu ku kotakan..
semua menjadi masaalahkan?
aku yg mulakan..kan?
sumpah kau setia? sumpah hanya aku sahaja?
selepas itu kau meludah dan terus blah je..
sambil menjeling kau kata aku mcm anjing..
bila kau pening kau "phone" ring..ring..
aku menjawab dan kau kata.."i miss u darling"
heh.. bodoh nye...

kau pernah rasa dicintai..
tapi tak pernah sekali menyintai..
kau meminta.. tapi tak memberi..
setakat body? itu tak membawa erti..
semua lelaki pernah rasa sekali..
tapi yg aku ingini hanya sejati..
aku fahamkan tapi kau tak mengerti..
kau fahami tapi cuba cuba lari.
buat buat tak reti..
buat muka comel dan setiap hari membebel..
aku mengeleng kepala sampai terkehel..
bila kau curang..aku bertanya dan kau kata "what the hell?"
what the fuck? what the heck? what apa what?
semua kau mengelak dan menyalak..
kau tak salah..aku yg salah..
kau cantik.. tapi perangai kau freak..
dari bersama baik kita break..

aku cuba memegang tangan..
kau kata jangan..
sudah jgn sentuh..
ye..kau yg salah tapi aku yg bodoh..
cuba memujuk walau tahu kau sengaja merajuk..
aku mmg teruk.. tapi kau?
tahap melampau.. kadang kadang sasau..
fikirlah.. apa yg jadi?
cinta ini mmg tak jadi.. hanya satu cerita lagi..
kau berlari.. menangis tak henti..henti..
hebat ke tu cara cinta sebenar..
bagi aku hanya satu lagi cara cinta kurang hajar..
suasana sepi tanpa dia..
tapi selesa mcm tiada apa..
bosan pun ada..
tapi dia dah tiada..
semua pun tiada..
tapi takpe.. aku dah biasa..