Monday, December 27, 2010

hujan disember...cinta tak disebut.

bergetar hati ini melihat perpisahan..
yg terjadi pada diri ini keseorangan..
penipuan dan penghinaan berlaku atas percintaan..
terkancing mulut dan suara..
seram sejuk tepat pada dada...
didalam hati bagai ada mata kail yg mencucuk..
beribu mata kail tersangkut dan membengkok..
aku berjalan seakan menunduk..
jalan ku kekok.. aku rasa sungguh teruk..
air mata hampir melimpah ke pipi..
aku tahan dengan perit sekali..
didalam kereta ber "air cond"
aku mengambil telephone...
mencari seseorang untuk ku luahkan..
ternampak nama seorang kawan..
aku mendail.. memberitahu dan mataku masuk habuk kayu..
bercucuran air mata jatuh ke stering kereta...
dia kata tinggalkan sahaja...
didalam kereta dibawah hujan aku menderita..
ditemankan dia yg bagai ada disisi..
aku dah tiada siapa lagi untuk aku luah..
aku pasrah..
kawan ku meletakkan phone dan aku hempaskan ke bawah..
aku berjalan dalam hujan..
aku taknak hidup tanpa perempuan..
tapi perempuan dan percintaan akan terjadinya penderitaan..
dibulan disember aku ketawa..
kerana cinta ke terbakar begitu sahaja..
menyala api dibawah hujan..
tanpa asap hanya bahang kepanasan..

aku melihat gambar dia..
aku rasa dia suka permainkan cinta..
tapi aku tak salahkan dia..
aku rasa aku salahkan diri..
yg tak tau menghargai..
aku terduduk di batu..
melihat keatas hujan menimpa ku..
mengangkatkan tangan menadah..
menyapu ke muka yg tadi sudah basah..
oleh tangisan seseorang lelaki yg kalah..
b... adakah kau tak pernah rasa bersalah?
bersumpah bahawa aku yg terakhir..
tidak curang walau darah kau keluar mengalir...
tapi... semua itu hanya dibibir...
aku terngiang kata kata mu..
hatiku remuk hancur begitu..
di bulan disember aku membatu...
dalam rahmat hujan aku tersedu...
betul kata mak aku..
cinta itu sakit bagai sembilu..
masuk tak terasa..
tapi keluarkannya pasti sengsara...

jangan kau menangis jika aku pergi..
aku pergi kerana kau sudah tiada hati..
sangat susah memegang lilin yg sudah hampir mati..
sangat payah berjalan di atas paku paku yg berdiri..
biar aku sendiri..
mengelap air mata yg tiada kenal erti..
aku tak sepadan dengan dia..
kecantikannya bukan pada aku sahaja..
dia ingin katakan aku bukan "taste" nya...
aku ingin mengamuk.. membunuh.
tapi bila melihat hati yg remuk.. dan cinta yg tidak lagi penuh..
aku tahu luka ini takkan sembuh...
masa yg lama untuk pulih...
dan aku takkan berhenti untuk bersedih...
hati ini telah dilukai pedih...

tercatit sebuah catatan penutup..
bahawa disember cinta ku termaktub...
penghinaan seorang perempuan pada aku yg melitup..
dibawah hujan aku berjalan kalut...
mata yg terbuka kini hampir tertutup..
aku akan mati dengan cinta yg tak disebut!!!

biskut tiger dah habis....

-thanks fie sbb teman aku..

Sunday, November 21, 2010

lirik untuk kekasih ku.. "perghh.."

disini aku ada satu soalan..
dimana kau belum memberikan jawapan..
aku tahu kau seorang gadis yg baik hati..
tidak tercarik noda oleh kejahatan lagi..
senyuman mu..bagai penawar hidup ku..
kerinduan ku padamu hampir menjadi ketagihan..
kau lah bidadari yg turun untuk menjadi peneman..
pada yg tersasar hidup dan hilang arah..
kau datang berikan cahaya yg cerah..
aku tak sanggup kehilangan walaupun terpaksa menyerah..
aku rela mati dari kehilangan sebuah sejarah.
percintaan kita ini bagai langit dan bumi..
aku kotor dan tiada daya untuk mengangkat muka..
sedang kau bagai asal dari kayangan yg ada di syurga..
terimalah diriku..
takkan ku biar kau menangis sayu..
aku mampu untuk lakukan semuanya..
demi senyuman,belaian dan kasih sayang dia..

setiap cebisan kenangan pada ku hilang..
tiada ina atau sesiapa yg dapat menghalang..
cintaku sebelum ini tiada mampu melawan cinta mu..
bagai seribu bidadari memimpin mu pada ku..
hitam sejarah dan kejahatan ini seakan pudar..
bila mendengar kata kata dan tawa riang ria..
aku berterima kasih pada tuhan..
memberi satu cinta yg penuh dengan keindahan..
aku mewujudkan kau di dalam lirik..
walau aku tahu kau tidak dapat diungkapkan walau sedikit..
aku tahu aku sedang gilakan kau..
aku tahu mungkin kata kata ku melampau..
tapi aku tak pernah berikan lirik yg melakaui..
batasan yg ada dalam hati ini..
peluklah aku.. aku ingin berada dalam kehangatan mu..
kau menunduk padaku dengan sopan dan aku rasa akan kebahagaian..
terima kasih kesayangan..

aku cintakan kau pada pandangan pertama..
gelaran ku padamu adalah biskut tiger..
cinta ku pada mu sesetia langit pada dunia..
dan aku merasakan kau segala galanya..
jika kau tiada..
aku binasa..
aku mati dalam kecewa..
aku akan menutup mata..
dan takkan bangun sampai bila bila..
kau pernah berkata.. aku kau cinta.
tak pernah kau rasa bahagia dan tertawa sebegini rupa..
aku berjanji akan buat kau bahagia..
tiada air mata..tiada duka dan kecewa..
semua untuk kau sahaja..
nur farah syahira..

jika aku mati dahulu..
dan kau melihat ku pergi begitu..
aku nak kau tahu..
kau mengalahkan yg lain dalam percintaanku..
dan terima kasih kerana melenyapkan memori duka itu.
kini aku bagai bernafas baru..
bila kau menjadi peganti pada semua memori yg dulu..
kau yg terbaik bagiku..
sumpah aku menyintai mu..
selamanya..
aku tahu kau juga menyintai ku sampai bila bila..

mwahhh!!~~

-utk nur farah syahira " harap ini yg terakhir sampai ke akhir hayat "

peace!~

Tuesday, November 16, 2010

lirik raya korban.

bangun raya..
ada sembahyang raya tapi aidiladha,
aku bangun melihat family..
mereka tak abis abis didapur lagi..
aku cuba mencari lagu lagu yg kena dgn suasana..
tapi tak ada..
erk? kenapa lagu raya aidil adha tiada?
nyanyilah pasal sedihnya lembu..
atau bangganya lembu menjadi korban manusia..
yg memperingati perbuatan nabi ibrahim mengikut perintah allah yg esa..
memberikan nabi ismail sebagai korban untuk taat pada perintah dan agama..
aku termenung di depan komputer..
cuba memikirkan mcm mana nak type lagi..
sejarah aidil adha tentang pengorbanan..
aku pula dalam agama sentiasa terlupa dalam perjalanan..
hmm.. aku dah banyak berkorban untuk kawan kawan..
untuk kekasih yg pertama dalam kehidupan..
tetapi pada tuhan?
belum lagi kan?
kehidupan ini perlu ada pengorbanan..
baru dapat sesuatu yg terbaik selepas kehilangan..
bagai satu pemintaan pada tuhan..
ingin yg terbaik tapi diberikan hujan..
lebat berdentum dan mengerikan..
tapi selepas itu tuhan beri kita pelangi yg mencantikkan..
untuk kita pandang dan memujuk hati yg tadi sedang ketakutan..
jadi semua ada "pro dan contra"
dimana positif dan negetif juga wujud dalam kehidupan yg nyata...
tapi aku tak pedulilah..
yg penting ada rendang dan limpa..
feveret aku sejak kecil lagi..
mak mesti marah sebab aku tak balik lagi..
hahahaha...

terfikir bila melihat lembu itu..
mak kata jgn sedih sebab nanti tak dapat mkn lembu..
aku pun menahan..
tapi terharu bila lembu itu menangis..
menghembuskan nafas dengan cara tragis..
dan mengeluarkan bunyi yg sgt dramatis..
ehh aku pulak kenapa puitis..
sedang perut berbunyi menandakan nasik dah dihidang..
tapi aku tak puas hati kenapa lagu raya korban tak berkumandang..
apa yg terjadi pada lembu lembu yg terkorban..
jgn rasa kesian nanti tak boleh makan..
aku dengar jeritan budak kat masjid tadi..
hahahaha geli hati..
tak terfikir nak buat lirik..
kalau tidak dah bertulis nota ku dengan bait bait..
sambil berfikir.. aku nampak kanak kanak riang membawa daging lembu..
aku rasa sungguh seronok melihat mereka bergembira begitu..
semoga satu dunia brseronok..
yg miskin dan terpinggir pun ikut seronok..
yeah!!

di akhir kata..
aidil adha ini ada sejarahnya..
sepuluh zulhijjah hari penting dalam sejarah..
dimana nabi adam dan hawa di keluarkan dari syurga allah..
dan betapa pentingnya kita untuk ke kubur..
dan bermaafan jgn takbur..
berbaju baru dan melawat saudara yg hampir hambur...
panjang nye cerita aku pun kebulur..
aku pun nak melawat saudara dalam bahasa jawa dipanggil (sedulur)
jadi untuk semua kawan kawan..
ucapan aidil adha didahulukan..
salah dan silap harap dimaafkan..
aku korbankan lirik untuk dibacakan..
so... bye.. aku nak mkn lembu tanpa sedih dan kesian..
sebab aku dah kelaparan!!!
hahahaha...

happy eid dul adha iella!!!!!.

pelacur

12 malam..
aku di depan cermin dan diam..
hanya memakai pakaian dalam..
baru melayan kawan yg memberikan aku bayaran..
cukup untuk diri ini makan..
sakit.sedap atau senak semua itu lumrah..
untuk meneruskan hidup yg tak tentu arah..
untuk ku sambut bala dari jalan yg salah..
aku dah tak rasa apa..
di atas katil di henjut,cium tanpa rela..
aku pasrah mengira masa..
mcm2 bangsa rupa dan segalanya..
lelaki yg bangsat yg memuaskan nafsu..
menjadikan aku begini tanpa malu..
aku buntu..ingin berubah,sedangkan bagai satu dunia menghina aku..
aku mengaku.. hidup ini hanya sementara..
dan aku sanggup lakukan apa sahaja..
kalau dapat mengulangi masa..
bukan begini..
berpakaian sexy..
bepelukan menyerahkan batin sendiri..
sedangkan hati sakit tidak terperi..
aku dah tiada geli..
perasaan aku mati..
mencari nafkah dengan lelaki yg bernafsu serakah..
bilakah langit mendung ini akan cerah..
bilakah lutut ini akan turun ke sejadah..
sedang tiada jalan untuk ku berubah..

di belakang lorong..
melihat kawasan yg lohong..
aku tahu ini jalan terpesong..
takkan aku nak jerit mintak tolong!!!
sedang ini dulu jalan aku pilih..
berhutang dan menjadi penagih..
untuk selesai aku terpaksa menahan pedih..
menjual maruah untuk diratah dan di agih..
sedih? rasanya dah lama berlalu..
duduk di hotel melihat jantan terbaring ditepi ku..
dia tak mengenali ku.. tapi memberi ucapan i love u..
membuka pakaian ku..
meneroka seluruh tubuh badan..
dia kegersangan..
sedang aku tiada langsung perasaan..
yg ku buat hanya sebuah lakonan..
aku bukan syaitan..
tapi terikat yg menjadi hamba pada jantan jantan..
yg jauh lebih teruk dan laknat dari syaitan..
aku dah tak mampu untuk menahan..
yg terakhir hanya merasa lelehan dari dosa ku yg keseorangan..

ibu bapa pergi kerana tak mengaku aku anaknya..
jantan jantan menipu dan memuaskan nafsu mereka..
semua manusia hanya menghina dan jijik melihat aku menjaja..
tuhan tolonglah bantu hidup ku..
padamu hanya kau yg maha mengetahui..
yg diriku tak rala untuk menahan lagi..
tiada air mata atau daya untuk ku harungi..
yg tinggal hanya mati...
tiada lagi cinta..
rindu dan kasih pada aku pelacur yg hina..
hidup hancur binasa...
melihat tapak tangan yg ada didepan muka..
menekup sambil berkata..
tolong ambil pisau dan tikamlah pada dada..
kerana tak tahan menahan sebak didada..
bukan aku ingin selamnya menjadi pelacur..
tapi mereka tak pernah memberi ku peluang untuk mengatur..
ingin ku berubah kedepan..
mereka suruh ku mengundur..
kembali ketempat ini menjadi pelacur.

Thursday, November 11, 2010

cinta yg terpisah.

"terbaik"nya malam ini kerana kita bertengkar..
sebaliknya aku terdiam bila hati ini berdebar..
bila kau mengungkit semua dari mula..
kau benci..kau tak puas hati..
kau kata lebih baik aku mati..
dan aku hanya berdiri memerhati..
kau menangis dan menghempas pintu..
menghakis semua cinta ku..
rupanya kau rasa aku tak berguna sejak kita bercinta..
kau rasa sengsara..
kau ubah fikiran dengan pantasnya..
semua cinta yg kau kata hanya pura pura..
aku mencipta sebuah lagu bukan untuk mengutuk mu..
aku ingin katakan aku tak boleh hidup tanpa dirimu..
aku gagal dalam bercinta..
tapi aku tahu aku tak pernah menduakan cinta..
aku bersumpah yg kau terakhir bagiku..
tolong terima aku dan aku rela perbaiki semua itu..
tapi..
malam ini aku berjalan sendiri..
bila panggilan "phone" aku dimaki..
dan tiada lagi peluang diri ini..

didalam hujan ku menyendiri..
bagai mata kail tercangkuk dihati..
terasa sakit yg aku tak pasti..
terduduk ku menahan air mata ini..
kesalahan aku cuma tiada masa depan..
yg aku boleh berubah jika diusahakan..
tapi kau tiada sabar..
aku tak pernah buat kau susah..
apatah lagi mengatakan kau salah..
tapi kau rasa aku yg menyusah..
jalan terbaik kau hanya berpisah..
aku mencari cinta.. bukan perempuan..
aku bukan manusia sempurna.. tapi hampir kepada syaitan..
mungkin kau dewi purnama yg sentiasa bercahaya..
tapi bukan cahaya itu boleh bersinar selamanya..
dan aku bukan tak pernah fikir masa depan kita..
tapi apakan daya..
kata apa tak guna..
kau pergi begitu saja..
bagai daun pintu yg menghempas semula..

malam tadi aku mula ketawa..
tiba tiba kau menelefon ku semula..
kau kata tiada lelaki yg boleh buat kau ketawa..
kau ingin aku menemani..
aku buntu tapi menyedari..
kau tak jumpa lagi peganti..
kita berbual lama..
kau menangis di akhir perbualan kita..
kau kata "rindu aku"
aku kata kenapa aku?
kau kata... aku pilihan mu..
akhirnya aku menghabiskan perbualan..
dengan kata kata.. takpelah aku ni budak setan..
layak duduk hutan...
dia terdiam dan phone pun diletakkan..

pecintaan ini sangat menyusahkan..
bila perempuan anggap diri mcm puteri kayangan..
melatakkan aku di tong sampah..
kini ambil dan simpan di almari yg indah,.
bodohlah..
aku bukan barang simpanan..
dan kau bukan puteri kayangan..
aku akan terus pergi..
berjalan dan menghilangkan diri..
tanpa berkata apa..
aku cuma niat dalam hati..
aku hanya menyintai dia yg dulu..
bukan sekarang yg aku tak pasti tentang cintaku..
tersenyum sekejap..
sebelum menutupkan lampu yg malap..
dan akhirnya aku terlelap..
adakah cinta boleh jadi sesenyap ini...
takkan walau dalam mimpi..

bye..

Tuesday, October 19, 2010

teruk,buruk tapi happy...

aku pernah rasa bangun pagi sakit hati..
pergi kerja tak breakfast lagi..
semua pandang aku dengan pakaian lusuh itu..
j.E.A.N.S dengan t-shirt bundle ku..
menaiki bas berhimpit..
bayar tambang harga singgit..
tapi berdiri sampai kaki sakit..
turun dan mengeluarkan minyak wangi..
menyembur pada diri yg pagi tadi tak mandi..
memulakan langkah mengambil packet coffee..
yg dibekalkan percuma di ofis tadi..
membancuh minum sambil mengelamun..
rasa diri bagai lanun..
tersisih dari mereka yg kaya..
memandang aku hina.. memandang aku sebelah mata..
adakah kehadiran aku tak wujud?
atau simpati yg aku tak patut..
melihat keluar tingkap..
melihat mereka mengutip tin,kotak tanpa bercakap..
tersenyum walau hujan menyirami..
aku tak faham kenapa mereka tetap happy..
aku pergi kepada mereka untuk mengetahui..

meredah hujan..
fikiran ini terasa bodoh..
apa yg aku buat nie menggelupuh..
pergi melihat org tua yg mcm lumpuh..
tapi kuat bekerja sambil senyum selamba..
oi pakcik!! kenapa masih tersenyum dalam hujan?
pakcik melirik dan berkata.. bodoh ko nie.. nie kan rahmat tuhan..
aku terdiam tergamam.. pening aku ku pendam..
dengan selamba ku berjalan..
pakcik menjerit.. "bersyukur apa yg kau ada..
bukan mengeluh sesuatu yg kau dah ada..
bodoh biar berpada pada..
jgn habiskan bodoh itu pada semua..
nanti bodoh pun takde jadi banganglah namanya!!"
gila aku tersenyum walau ayat itu untuk aku..
terus aku balik berjalan kaki sampai kerumah tanpa malu..
aku rasa aku tahu..
seteruk aku..
ada lagi teruk dari aku..
dan aku kena berusaha untuk tidak jadi bodoh lagi..
tetapi belajar cara berdikari...

duduk di kerusi di penghujung rumah..
membisu sendiri badan terasa lemah..
aku rasa bersalah pada hidup..
tidak tersenyum dan happy pada setiap hari..
aku diberi nafas dan hidup bebas..
aku rasa aku terlupa dengan perkara asas..
ingat yg kat atas!!
maha pencipta yg tiada batas..
aku bergaduh,merompak,berzina dan minum arak..
tapi tuhan tetap beri rezeki yg banyak..
mungkin aku tamak..
sampai menghukum diri sendiri yg bodoh sgt..
tapi sebenarnya aku kuat..
sgt kuat untuk tersenyum di muka bumi yg berkat..

Friday, September 24, 2010

aku tak paham!

jika kali ini aku kehilangan dia..
aku akan pastikan semuanya binasa..
bila pergaduhan terjadi..
kau suka kata aku yg mengapi..
sedang kau yg tak serik lagi..
menipu aku ketika aku leka..
ketika aku sedang dilamun cinta..
ketika aku sedang percaya..
kau dengan berwayangkan manja,
mengada memasang dua..
di perbualan telepon kau menangis..
tak bersalah sampai air mata kering menitis..
tapi kau sebenarnya iblis..
semuanya hancur habis..
memutar belitkan simpati serta fantasi..
menyebabkan realiti kau itu sudah basi..

aku panggil kau b..omel
aku tahu kau juga suka membebel..
kau manja bila aku memeluk erat..
kau kata kita bersama selamanya..
sesaat kau takkan lupa apa itu cinta..
dengan nama emy terpahat dihati kau akan menyitai aku sampai kau mati..
tapi......
aku kena tipu lagi..
semua kata kita sepadan..
walau aku gemuk dan kau kurus bagai papan..
tapi perangai kita yg happy dan seronokkan...
buatkan kita rasa dunia ini kita yg punya kan?
tapi aku tak fahamm..
kenapa malam ini aku duduk tergamam..
menangis dibawah bulan pada waktu malam..
disebabkan perempuan aku menyimpan dendam.

sekali lagi..
kita bergaduh..
kau menampar aku..
aku mengangkat tgn tapi aku tak mampu..
aku pergi..kau mengejar..
aku menolak kau menangis..
hati ini makin terhakis..
cinta ke air mata ke sama je..
aku tak suka..
kau pergi saja..
aku dah tak mampu nak buat apa apa..
kau mengamuk..
aku peduli apa..
kau menjerit tekak kau yg perit..
semak kepala aku..hati sakit..
aku berlalu begitu..
dan sekarang kita dua membisu..

Wednesday, August 25, 2010

aku putus cinta tadi.

berdiri disana dan lihat aku terbakar..
kerna aku lilin yg menyala berkobar..
bila bendera cinta berkibar..
aku tersenyum dan bersabar..
menunggu untuk memeluk dan mencium..
tapi.."boom"
kehancuran datang..
kau bukan keseorangan mcm kau ceritakan..
kau penipu yg mungkin sesat dalam angan angan..
aku inginkan teman..
perhatian!!
percintaan!
dan impian..
tapi kerosakan yg kau lakukan
membuatkan aku dlm kesengsaraan..
tapi takpe..
dunia ini mmg ada karma nye..
takdir aku bagai lilin hanya mati..
di buang digantikan dan tiada nilai..
cita cita ingin membina mahligai..
tapi belum separuh jalan dah bersepai..
terima kasih tuhan..
memberikan aku satu pertolongan..
yg dimana sakitnya tidak tertahan..
tapi baik untuk masa hadapan..

tertunduk sepi dan penat begini..
aku ingin hebohkan siapa awek emy..
tapi terkandas disini..
aku tiada tempat mengadu..
yg ada hanya blog yg kosong itu..
aku tak malu mengatakan aku sudah jatuh cinta..
dan tak malu mengatakan aku dah patah jiwa..
tapi takpe..
mungkin kau dahulu pernah dimiliki dia..
petingkah aku?
tidak!
mafaatkah aku..
sementara pun tidak..
persinggahan untuk dijadikan pengalaman..
bermuka buruk dan gemuk..
latar belakang teruk..
dan layak untuk jiwa ini remuk..
dan kini aku diam terduduk..
tiada tempat untuk aku peluk..
kembali sendiri berjalan kekok..
cinta ini banyak selok belok..
tapi aku hanya dapat jalan yg berlekuk..
akhirnya tersedar bila ayam berkokok..
rupanya aku hanya seorang manusia yg buruk..

suara dia..
aku takkan lupa gelak ketawanya..
hadiah mashimaroo yg aku bagi kat dia..
tadi aku dihina oleh balak dia..
aku cuba nak marah..
tapi balak dia tak salah..
aku yg tak boleh blah..
mmg aku hanya sampah yg layak duduk di tong sampah..
kau pernah menyintai seseorang..
tapi sekarang kau ajak aku berkongsi cinta..
yg sebenarnya hanyalah luka..
gangster?
gangster jga perlukan cinta..
tapi pengakhir pada sengsara..
hanya lah aku ditinggalkan jua..
tapi takpe..
aku tak marah dia..
langsung tak marah dia..

takkan nak cakap tolong kembali..
walau aku melolong tetap kau dah dimiliki..
menangis sendiri di dalam hati..
lagi sakit dari menangis didepan computer ini..
tergendala semua perkara..
aku raya tanpa cinta.. tapi lega kerana tak sakit kepala..
seorang lagi..mengharap datang bidadari..
tapi yg ku jumpa hanya yg basi..
sisa atau bekas sesiapa..
aku tak peduli dia siapa..
latar belakang bohsia atau apa..
tapi tolong jgn kata kau berbahagi dua..
sebab aku tak reti itu semua..
perhatian semua aku dah ditinggalkan..
balak dia sms kata "ko bodoh ke apa?"
aku membalas "aku bodoh ke?"
dia menelefon dan akhirnya aku mengerti..
dia dah ada seorang lelaki..
rasa nak mati.. tapi ada juga sukahati..
pengakhir kata aku berdiam diri..
bukan takut tapi aku taknak gaduh pasal semua ni..
biar aku pergi..
dan jgn kau panggil aku sayang lagi.
selamat tinggal B.

fuhhhh, lega!~

suka menunggu kau

aku tak boleh beritahu apa itu ketakutan..
bila cinta itu menjadi ragu dan aku kerasukan..
menangis keresahan tak tahu dimana ingin ku adukan..
kedudukan aku di dalam hati mu..
melulukah aku dengan soalan yg dituju?
meluru ku ingin mendapatkan mu..memeluk mu..
tapi kau bagai melepaskan gengaman tangan ku..
merenggangkan dirimu pada ku..
ini yg ku rasakan..
ini sangat memedihkan..
aku tak takut dengan dugaan yg datang..
tapi aku takut kau yg undur kebelakang..
gengam lah tangan ini..
hubungan kita semua ada dalam gengaman ini..
jangan lepaskan.. tiada yg kedua.. tolong jangan lepaskan..
bebaskan segala keraguan dan jangan ada keegoaan..
sedangkan adam dan hawa pernah dipisahkan..
tapi bersatu semula kerana mereka tak putus asa kan?..
walau kau jauh.. aku tak kisah..
walau tiada teman wayang atau peneman shopping..
aku taknak semua itu.. sebab itu semua tak penting..
hidup ini hanya ada kamu..
walau kau tiada.. tapi aku tak curiga..
aku akan menunggu kerana ini yg aku suka..
jika kau minta aku meninggalkan kau..
itu sangat melampau!!
sedang aku tak boleh hidup tanpa kau..
aku boleh sasau..
berdebar debar menanti hari itu..
kau pula dah menyerah tanpa mencuba dulu..
ini diri aku..
peduli apa dengan semua itu..
aku mahu kamu..
siapa ingin halang aku?
lihat ke mata ku...
air mata jatuh kerana risaukan dirimu..
bukan suka suka jatuh tanpa hala tuju..
aku buktikan walaupun aku kini keseorangan..
sebab aku suka menunggu kau dengan penuh penuh kesabaran..


jgn menipu bila ia terasa sakit..
jangan menjerit sebab aku tahu ianya perit..
aku bukan berbelit..
tapi aku taknak jadi mangsa tersepit..
di antara keduanya cinta dan cita cita..
mahu ataupun terpaksa..
aku atau kedua ibu bapa..
aku tak kisah itu semua..
aku akan menunggu mu dengan rela..
tapi jangan pisahkan cinta kita..
jangan kau sebut perkataan "pergilah"
sebab aku akan menjawab "boleh blah"
aku takkan lepaskan apa aku inginkan..
kau seseorang yg buat aku keselesaan..
berjanji pada aku tiada dua tiga atau empat..
dan aku berjanji kamu pasangan yg tepat..
cepat!! jgn mengalah..
aku taknak kalah..
kita betul bukannya salah..
tunjukkan pada dunia kita kuat dengan cinta..
kerna aku tak kisah aku suka menunggu cinta dia..


perasaan aku tiada siapa tahu..
tapi aku tahu kau pun macam aku..
kemana kau ingin pergi..?
aku ingin pergi juga.. aku taknak sendiri..
kalau bukan jasad ku bersama mu..
hati dan jiwa ini tetap pergi bersama mu..
bersamamu mendampingi mu..
aku pernah bercinta tapi tak sesungguh ini..
aku pernah ada kekasih tapi tak sebaik ini..
aku pernah dihalang tapi bukan cara begini..
tapi aku tak kisah aku rela menunggu dia..
aku percaya dia tiada siapa..
dan dia kena yakin aku dan tiada siapa..
untuk hidup.. atau melitup..
aku dah tutup jendela pintu cinta untuk semua..
kecuali dia..satu satunya cinta dan nyawa..
dan aku tak akan menderhaka kepadanya..
kerana aku suka menunggu dia sehingga dia tiba..
di pangkuan ku semula.. di pelukan ku jua..

Monday, August 9, 2010

aku sgt suka!!

aku cuba buat wasiat..
ku tulis jadi surat..
dengan mata yg berat..
aku cuba celik dan angkat..
segala emosi yg tengah sarat..
setiap inci dan had..
aku cuba type dgn smart..
aku cuba belagak kuat..
tapi sebenarnya aku lemah..
aku tabah? sbnrnya aku kalah..
aku cuba blah tapi tak boleh blah..
aku rasa aku betul tapi semua salah..
semua aku rasa susah..
tapi aku tetap gelak..
jalan dengan belagak..
semua yg semak ku redah jugak..
maki caci aku.. aku buat pekak..
tumbuk tendang aku.. aku menahan senak..
aku bukan benak.. aku cuma taknak..
paksa atau arah..?
siapa? mak atau ayah..
aku terduduk dan teringat dadah..
aku resah tapi boleh gelak hahahahah..

lihat? aku sedang ketawa..
dengar di jiwa..
aku menangis sengsara..
hukuman menunggu..
mungkin ini lirik terakhir ku..
mungkin aku kena redah dulu..
dunia ini mmg aku tak tahu..
takdir itu pasti yg terbaik untuk aku..
berjalan bertiga tapi bagai seorang..
tiada betina jalang atau perempuan gampang.
tiada bantal peluk atau tempat yg empuk..
hari hari menjadi pemain..
kesana sini tapi yg jadi lain..
datanglah hujan atau angin..
datanglah angan tapi aku tak yakin..
sebab semua yg aku ada hanya perkataan "pain"

aku ketakutan..?
tapi takpe fifie ada..
bukan dia aje..
ramai kawan yg aku percaya..
aku gembira walau semua tak menghadapinya..
tapi mereka tahu kewujudan aku..
satu ku pinta dari kamu..
jika nampak aku terbakar..
biarkan saja..
jika nampak aku kecawa..
tinggalkan saja..
jika nampak aku mati..
tanamkan ku sempurna.
aku dah duapuluh lima..
tapi tak jadi apa?
semua itu gila...
tapi takpe aku suka..
sangat suka..

tolong jaga keluarga..
aku rasa mcm dah tiada..
darap kamu semua gembira..
harap aku dapat beraya..
tapi kalau dah nasib aku akan keluar dan bergelar gangster..

Friday, August 6, 2010

cinta perhentian.

jgn dekat dengan ku ..
kerana aku tahu kau memerhatikan ku..
tepat pada masa..
kau yg suka bergaduh dari bermanja..
cinta? atau aku hanya perhentian sahaja.?
dari memulakan baik kita tamatkan..
jgn simpan jgn sematkan..
penat? melayan kerenah gila babi..
tenat? otak ini menelaah setiap hari..
mengira janji janji yg menipu diri sendiri..
yg tak mampu ku kotakan..
semua menjadi masaalahkan?
aku yg mulakan..kan?
sumpah kau setia? sumpah hanya aku sahaja?
selepas itu kau meludah dan terus blah je..
sambil menjeling kau kata aku mcm anjing..
bila kau pening kau "phone" ring..ring..
aku menjawab dan kau kata.."i miss u darling"
heh.. bodoh nye...

kau pernah rasa dicintai..
tapi tak pernah sekali menyintai..
kau meminta.. tapi tak memberi..
setakat body? itu tak membawa erti..
semua lelaki pernah rasa sekali..
tapi yg aku ingini hanya sejati..
aku fahamkan tapi kau tak mengerti..
kau fahami tapi cuba cuba lari.
buat buat tak reti..
buat muka comel dan setiap hari membebel..
aku mengeleng kepala sampai terkehel..
bila kau curang..aku bertanya dan kau kata "what the hell?"
what the fuck? what the heck? what apa what?
semua kau mengelak dan menyalak..
kau tak salah..aku yg salah..
kau cantik.. tapi perangai kau freak..
dari bersama baik kita break..

aku cuba memegang tangan..
kau kata jangan..
sudah jgn sentuh..
ye..kau yg salah tapi aku yg bodoh..
cuba memujuk walau tahu kau sengaja merajuk..
aku mmg teruk.. tapi kau?
tahap melampau.. kadang kadang sasau..
fikirlah.. apa yg jadi?
cinta ini mmg tak jadi.. hanya satu cerita lagi..
kau berlari.. menangis tak henti..henti..
hebat ke tu cara cinta sebenar..
bagi aku hanya satu lagi cara cinta kurang hajar..
suasana sepi tanpa dia..
tapi selesa mcm tiada apa..
bosan pun ada..
tapi dia dah tiada..
semua pun tiada..
tapi takpe.. aku dah biasa..

Tuesday, July 20, 2010

aku tak peduli apa..?

dikala semua nye memaki..
aku ketawa sendiri..
apa yg aku buat aku tak peduli..
kalau aku mati..mereka bukan mati..
kalau aku sedih adakah mereka turut pedih?
letih.. bila fikirkan org lain..
semuanya sama sahaja again and again..
aku mencari happy bukan lagi pain..
aku tak peduli..
biar tgn ku dengan carlsberg..
dan semua org katakan aku jerk..
aku etap begini..
hidup dengan nama emy..
mencari ketenangan di bawah hujan..
bila petir berdentuman..
kilat mengoyak langit bagai senyuman..
aku berjalan kegelapan..
dengan pakaian hitam bagaikan syaitan..
hati ku siapa tahu?
menangis termangu sedu..
menghakis benci dengan syabu..
melayan lagu meleret bagai syahdu..
itu yg aku mahu.. dan itu yg kamu tak mahu..
ada aku peduli itu?

mereka kata mereka raja..
dengan duit dan tentera..
aku merangkak sambil mengira..
umur aku semakin dewasa..
aku ingin mengubah semua..
fuck gangster!!
melayu mudah lupa...
aku tak peduli..
kalau semua tak mahu aku lagi..
pengorbanan aku mmg tak bererti..
mulai hari ni aku telah mati..
hidup semula sebagai 1 jiwa..
mencari manusia yg mati pada satu masa..
menghidupkan jiwa dan hati mereka..
untuk menentukan sengsara dan derita..
menghapuskan penipuan yg berleluasa..
supaya mereka tahu apa itu citarasa..
sebenarnya kehidupan yg porak peranda..
dan apa itu makna gila..

aku peduli apa?
aku peduli pada bandar klang..
bandar yg melahirkan banyak bangang dan jalang..
mengajar aku erti perang!
aku peduli pada kawan kawan..
yg perbah belot dan datang bila aku senang..
aku peduli pada abg abg..
yg sentiasa pijak aku bila aku terhoyong hayang..
ku melayang jauh dan terbang..
tapi aku masih ingat klang..
salah satu dari kisah kehidupan padang..
adakalanya semak adakalanya tenang..

aku angkat jari tengah..
dan memaling arah..
aku terus blah..
aku pernah salah..dan sekarang mereka kata aku salah..
mereka yg tak boleh blah..
dah lah..
tak payah susah susah..
aku tak peduli siapa..
kerana aku hanya peduli satu perkara..
aku emy yg gangster di bandar diraja..
aku peduli apa..?

Saturday, July 17, 2010

keluar!!

kau boleh baca lirik yg aku ciptakan..
tapi belum tentu ko paham apa yg aku tuliskan..
cuba menyelam hidup ini..
penuh pukimak dan duri dalam diri..
cuba bentuk masa depan..
dengan guna kaki tangan..
aku bahagikan masa kepada 4..
satu persatu aku agihkan part by part..
ada yg tak sempat.. ada yg tepat..
dari dulu aku merempat..
dan sampai sekarang masih merempat..
cuma kini aku dah nampak jalan keluar..
aku juga faham erti semak dan belukar..
erti nafsu dan sabar..
daripada samar dan hingar bingar..
kini aku nampak ruang legar..
untuk ku faham erti kehidupan..
perlukan tempat untuk ku luahkan..
suarakan betapa pukimaknya diri ini..
menipu untuk senyuman..
menipu untuk kebahagiaan..
menipu untuk kesayangan..
akhirnya aku berdiri meniti kepuasan..

ribut petir atau kepanasan..
ada mereka tahu?
mereka mengharapkan sesuatu..
merasakan aku raja..
sebenarnya tiada apa..
aku cuba beri mereka gembira..
duit? kesenangan atau apa sahaja..
untuk aku cuma satu..
hari yg bakal menunggu..
harap tuhan menjaga ibu..
dan limpah kurnianya hanya untuk ibuku..
dan pada aku itu sudah cukup..
untuk ku berjalan bergari atau muka ditekup..
peluklah mereka jika aku masih ada..
peluklah selagi aku mampu bersama mereka..
kesakitan dan kematian akan menjemput..
dan aku rasa semuanya akan berjalan lancar bukan tersangkut..
aku bukan tempat mereka berpaut..
aku harap mereka bersama aku ketika mereka takut..

kehadapan kepada semua pembenci..
aku tahu korang semua dengki..
ini untuk kemudahan..
aku akan menghilang..
dan korang akan rasa sunyi..
sebab tiada pukimak babi yg wujud lagi..
dan tiada gangster yg ditakuti..
semua untuk korang tahu..
betapa seronoknye aku hidup..
berjalan atau tidur dengan nada melodi..
dan aku cuba hidup sendiri..
bersama kawan kawan dan adik aku sendiri..
siapa? tak perlu tahu? cuma aku nak keluar dari situ..
cuba keluar sampai aku mahu..
satu masa nanti aku akan diingati..
itupun selepas aku mati.

Wednesday, June 30, 2010

jalan mati.

aku merasakan kehidupan ini..
merupakan 2 pilihan sendiri..
takut atau tak takut itu dihati..
sangkut kaki ini pada pilihan..
memilih cinta atau bukan..
memilih jalan atau longkang..
sokong atau bangkang..
semua dari hati yg takut atau berani..
pada mereka yg belum keluar dari sengsara..
cuba berani berkata yg kamu bukan hamba..
bukan org suruhan tapi berjaya dan merdeka..
aku juga kerja.. tapi bukan gaji buta..
aku juga gangstar tapi bukan celaka..
kita berjalan dan jujur dgn diri sendiri..
cinta yg datang atau pergi..
aku tak peduli..
aku nak senyuman ibu didepan mata ini..
duit perlu dicari.. arah tuju dan destinasi..
sampai datang satu jalan yg tak dapat dielak lagi..
jalan mati.

pukimak semua org..
itu dulu tapi sekarang..
aku lebih pada masa depan dan kematangan..
aku membesar dalam dunia gelap..
berhati hati tapi tetap tersilap..
menangis tapi tetap berjalan..
tidak takut pada cubaan..
tapi keliru di tgh permainan..
pernah ku menangis depan kawan..
dia kata aku bukan syaitan..
kalau aku berusaha pasti ada kejayaan..
senyum bila kita bersedih..
jgn lari walau dihadapan itu pedih..
hadap jgn anggap diri tersisih..
kekasih? ina belum ada peganti..
tapi aku tak takut mengatakan ada lagi..
ada lagi yg terbaik tapi aku masih mencari..
aku berjanji ini yg terakhir kali..
aku takkan pandang belakang lagi..
aku akan terus kehadapan tanpa peduli..
kerna aku tahu tiada jalan mati yg mananti.

aku cuba keluar dari hidup dulu..
tapi bodohnye aku..
hidup itu tiada jalan keluar..
yg ada hanya sedar,
dan ambil semuanya yg ada..
jgn malas jgn leka..
jgn tidor lama lama..
kerja tapi bukan hamba..
setiap saat ada jadual..
aku settingkan masa walau untuk berbual..
aku bebas tanpa cinta..
sepi juga bila teringat dia..
tapi cekalkan hati..
biar dihempap hujan batu..
tetap dgn pendirian jitu..
biar semua tahu..
aku yg criminal ini tahu hidup yg baru..
perubahan berlaku dan aku tak mahu buntu..
kerana tiada jalan mati didepan aku.

Friday, June 25, 2010

gaduh dan pisah.

terbuka pintu sengsara..
mengimbau perbuatan kita..
mengkhianati cinta..
pentingkan diri dari semua janji..
melihat air matamu..
aku tahu kau dah jemu dan ragu.
aku pula buntu dan terus kaku..
kau bertanyakan soalan bertalu talu..
aku tak tahu aku tak tahu.. itu jawapan aku.
kau persoalkan setia dan letaknya dimana?
kau ungkitkan kisah lama yg kau tahu siapa salahnya..
semuanya aku.. semua nya aku.
sampai aku tak sabar dan melafazkan kata pergi..
di bawah hujan kau menangis..
semua yg kita bina habis..
kau hakis dengan cemburu dan buruk sangka..
aku terduduk dan kau berlalu sahaja.
rokok di tangan dijadikan peneman..
aku ingin menangis tapi air mata tidak bercucuran..
melangkah dengan perlahan...
mencari jawapan...
melangkah pelahan..
menggigil satu badan..
kerna cintaku hilang..
hilang dalam kemelut cinta yg bangang.

kini ku di kamar..
keseorangan berdebar..
tangan ku berdarah darah..
cuma menumbuk cermin sampai pecah.
untuk hilangkan rasa gelisah..
aku menjerit dalam hati..sudah sudah.
aku dah terduduk dan kalah..
aku hanya manusia yg sentiasa melakukan kesilapan..
dan senang terlupa apa yg dijanjikan..
tapi jgn salahkan semuanya padaku..
aku mengaku aku tak sesuai untuk mu..
tapi jgn kau caci maki aku..
sekali imbas kau melupakan detik manis..
dan memandang aku seperti najis..
kau lupa waktu mulanya kita kiss..
dan kau lupa kita tak sepatutnya always..
dan akhirnya semua pun habis..

tapi aku berikrar..
aku harap kau juga sama..
yg kita takkan berjumpa..
cuma aku ada satu perkara..
sebelum kau habis baca..
cibta yg datang kau jgn persia..
dan yg pergi kau kuburkan sahaja..
supaya kau dan aku tahu..
yg kita tak menyesal berpisah begitu..

Wednesday, June 9, 2010

dia telah pergi.

dia pergi.
dari ku ini..
kerna aku tak mengerti..
maksud cinta yg dia beri..
petikan gitar berbunyi..
dikala air mata mengalir dipipi..
dan kemalapan lampu menyinari..
aku bagai lilin terbakar sepi..
tunggu untuk mati..
gelap gelita dunia ini..
kerana mu..
aku membatu..
dan terpaku...
hati ini memburu..
mencari kesalahan ku..
kenapa kau meninggalkan aku??
kenapa kau berlalu begitu...?
di hidup ini.. aku membisu..
menyimpan kesakitan hati..
untuk kau fahami luka ini..
pada suatu hari..
aku buktikan..
yg aku pecinta yg berpegang pada kesetiaan..
aku bercinta dengan seorang perempuan..
yg menyiksa jiwa aku selama beratus tahun..
tanpa keampunan aku cuba memohon..
agar satu dunia melihat..
aku menyiksa dan memahat..
diri ini untuk kau merasa kesakitan akibat..
cinta yg kau berikan akhirnya kau sendiri berlaku jahat..
sgt jahat...

ku berjalan sendiri..
mematikan diri..
hanya mencium aroma derita..
mimpi dan cerita..
semuanya musnah begitu sahaja..
maafkan aku..
jika aku mengganggu mu..
aku hanya ingin kau tahu..
seumur hidup ni aku hanya menyintaimu...
wajah mu.. belaian manja mu..
kembalilah ke pangkuan..
itu yg aku ingin katakan..
tapi semua hancur.
lebur..
bertabur...

untuk yg terakhir kali..
aku pergi..
aku ingin kau cari...
apa erti cinta pada diri sendiri..
bagi aku cinta akan ku simpan sampai mati.
dan nama mu takkan ada peganti..
dalam hati atau sanubari..
dan pada satu hari..
jika kita berjumpa lagi..
aku harap kau tahu sesuatu..
yg aku masih menunggu..
menunggu sesuatu yg aku sendiri pun tak tahu..
aku mahu itu.

Friday, May 28, 2010

peristiwa di highway...

desiran ombak pagi bagai terdengar ditelinga..
tapi aku sekarang di tepi jalan raya yg hingar bingar..
cuba buat lirik dgn kertas dan pen..
dalam poket ada tiga puloh hinggit tujuh posen..
aku berjalan kaki dengan keraguan..
jalan apa yg harus aku gunakan..
mengimbas kenangan dulu..
nak cerita pun malu..
lirik itu dah tersiap dari dulu..
aku tahu nak mulakan darimana..
melihat ke langit..
dengan panas terik matahari yg perit..
melihat diri sendiri..
kenapa boleh jadi begini..
nama aku emy..
cuba sesuaikan hidup yg penuh ilusi..
nampak kereta putih estima..
dia berhenti di tepi lebuh raya...
suatu masa aku ingin kan estima..
tapi apakan daya..
gaji aku hanya lepas beli maggie saja..
hmm..

aku cuba berlari..
tapi tak tahu destinasi..
aku berlari laju lagi..
sampai penat aku berhenti..
badan yg gemuk tercungap..
aku berhenti peluh ku lap..
aku dah fade up..
tapi aku taknak give up..
nampak garisan putus putus di tengah jalan..
aku cuba bermain di tengah tengah jalan..
hon berbunyi..
kereta waja pelahan kan kelajuannya..
dia cakap "gila ka!!!"
aku biarkan saja..
aku ketepi dan biarkan kereta itu pergi..
aku melihat keatas dan nampak lampu jalan..
alangkah indahnya si lampu jalan..
dapat dilihat bagai khayalan..
bila malam bercahaya beramai ramai..
tanpa keseorangan dan tak pernah lalai..
tapi bila dilangar tumbang berderai..
hmmm...

aku melangkah ke satu simpang..
signboard menunjukkan menghala ke klang..
bandar paling gampang tapi aku sayang..
banyak peristiwa berlaku tapi taknak cerita sekarang..
aku dah rasa mcm bangang!!
singgah ke kedai mamak beli air kosong..
aku berehat dan otak aku tetiba kosong..
kertas putih yg ku tulis dah mcm belacan..
tapi untuk lirik mmg aku layan..
aku ketawa sensorang..
semua tgk aku mcm bangang...
aku teruskan perjalanan..
melihat permandangan..
hmmm...

(cerita ini adalah ketika aku kehabisan minyak di highway dan terpaksa membeli minyak di stesen minyak yg jauh sgt... cissss....")

Monday, May 24, 2010

hilang kawalan cinta."mati"

aku berjalan turun dari tangga..
melihat satu satu anak tangga..
air mata menitis aku lap saja..
ia menitis lagi aku biarkan saja..
pukimak perempuan itu curang..
dia bersama lelaki dia atas ranjang..
aku terdiam terdengar jeritan batinnya..
bersama lelaki lain menyerahkan badannya..
di atas katil ku.. di bawah selimut ku..
mengeletar kepala lutut aku..
melihat sekujur tubuh memeluk kekasihku..
sejuk seram tengkuk aku..
mata aku hampir tidak percaya..
keringat peluh berlumba lumba keluar..
teringat janji manis mu di pangkuan ku..
kini kau mengkhianati ku di tempat tidur ku..
lampu meja malap menjadi tempat kau lepaskan sedap..
jantung ku berkedap..
aku tekad mengambil spanar size besar..
aku menghayun kedua dua..
berselerakan semua pasu bunga..
kedua dua terlantar ternganga..
mata ku menjadi merah menyala..
aku mengambil pisau didapur..
aku mencincang mereka berterabur...
aku menghidupkan gas...
melepaskan lighter dan seluruh rumah berbunyi zaaaasSssSss...
terbakar!!! meletop..
aku tak sanggop..
tapi pukimak mereka mmg patut..
mati daripada hidop..

dengan sweater yg basah..
aku lari dan ingin menyerah..
aku ke balai polis..
dengan perwatakan seperti iblis..
aku kata aku dah bunuh seorang gadis..
yg curang padaku..
yg bangang sebab tipu aku..
polis terus menggari aku..
aku ketawa..
mereka kata kenapa?
sebab aku nampak gadis itu terbakar hangus..
sedahngkan aku hanya angkatkan ibu jari tanda bagus..

aku kini di tiang besi..
tunggu masa untuk gantung mati..
tapi aku masih lagi ketawa sendiri..
sebab aku nampak kekasih aku datang..
dengan badan yg telanjang..
muka yg cacat terbakar bagai di panggang..
dia menunggu ku di neraka..
dia ingin memohon maaf kerana kelakuannya..
aku tak nak kata apa..
aku nak kata sesuatu pada kamu semua..
aku mati dan jadi hantu..
aku akan bakar siapa yg mengkhianti percintaan itu..
sebab aku tahu satu.. dalam bercinta jangan menipu..
huhuhuhuhuhu...

Monday, May 17, 2010

cerita masa dulu.

pernah kah kehilangan yg tersayang..
masa kau keseorangan terhoyong hayang..
perlukan teman tapi tiada siapa datang..
bagai pengemis yg berkudis merangkak menangis..
tiada siapa pedulikan, yg kau tahu hanya nasihatkan..
adakah aku membebankan.?
menjadi kawan tapi hanya selalu mengadu nasib dan menyusahkan..
dalan hati ini kesakitan.. tapi aku tak inginkan perhatian..
aku inginkan sesuatu untuk aku mengadu..
melihat kedinding dan bercakap..
aku menekup muka dan mata mula terlelap..
menutup mata dan memikirkan semula..
sejarah dulu kala dimana cinta menjadi pemusnah semua,
kuasa mengurung aku di dalam penjara..
aku terduduk sengsara menghitung masa..

tangan bergari..
kekasih aku tertunduk sepi,
mak menyepi memandang diri ini..
aku memalukan keluarga..
semua jadi celaka..
kawan kawan kata aku gila,
kekasih aku pergi begitu sahaja,
duduk di pintu besi,
melihat ke tingkap dan menjerit dalam hati,
setiap pagi aku ingin memeluk mak,
tapi aku tetap terkurung menangis sebak,
aku berdendam..
aku akan tunjukkan dan suruh mereka berdiam..
suruh mereka tergamam..
aku menjaga hati mereka..
tapi mereka tak pandai jaga hati ini..
aku tak harapkan kawan kawan..
fifie di seberang lautan,
zul masih dalam pelajaran..
hanya aku disini keseorangan..

10kali fikir..
cuba carik kawan yg hampir..
tapi mcm iela yg tak suka didampingi..
membuatkan aku tak selesa mendampingi..
mungkin aku bekas jenayah..
yg suka buat org susah..
yelah..hidup aku tak boleh blah..
ex aku pun blah..
semua aku yg salah..
aku taknak berubah untuk hidup aku yg mmg susah.
tapi aku buktikan..
aku bukan syaitan.. tapi ciptaan tuhan..
mungkin dulu aku bagai anjing..
tapi tak selamanya aku akan menyalak nyaring..
aku akan berpaling..
dan membuat diri aku berdiri gagah seperti king!
tapi sekarang aku masih pening.

mp3 ditelinga..
aku mencipta sesuatu dengan peka,
lirik atau beat pasti aku reka..
aku nak jadi rapper gangsta..
dan aku harap semua terlaksana...
sebab aku akan letakkan hidup aku untuk bermula.
dan berakhir dengan kematian miskin atau kaya.
satu masa kamu percaya..
aku akan berjaya semula dan kekal selamanya.

Monday, May 3, 2010

warkah buat bekas cinta.

ketika malam berlabuh..
suara ku kelam dan jiwa ku lumpuh..
ku ambil kertas dan tinta..
ku tuliskan warkah selepas ku tiada..
dengan tangisan dan penyesalan..
aku berikan sebuah warkah penulisan..
peninggalan terakhir untuk kawan kawan...
melihat keluar jendela dan ternampak awan..
kematian menunggu didepan..
bagai terlihat malaikat maut berkeliaran..
dengan tangan bergetar ku tuliskan nama pertama..
yg paling penting dan terindah dalam hidup ku..
yg banyak ku sia sia kan dan ingin ku melutut pada mu..
bekas kekasih ku..
dimana pernah ku janjikan sesuatu..
pernah ku biarkan dia sendirian disitu..
aku harap dia tahu..
yg aku menyesal tinggalkan dia begitu..
bagaikan balingan dadu..
aku tidak tahu apa yg bakal belaku..
tiba tiba aku teringatkan kamu..
adakah aku bodoh dan buntu..
aku tahu semua salah aku..
tapi kamu semua menghantui aku..
jadi warkah ini untuk kamu..
maafkan aku..
tolong doakan kematian aku sebagai satu penebusan yg lalu..

ingin ku ceritakan satu persatu..
tapi itu buat aku malu..
meninggalkan mereka yg sgt setia..
walau perangai kadang kadang gila..
tapi aku sayangkan mereka..
aku rasa mereka bukan psycho..
tapi aku yg bodo..
kerana tak dapat menilai kerana ego.
aku berjanji akan mati untuk mereka..
menjaga mereka tanpa nangis hanya ketawa..
tapi diri ini yg celaka..
mungkin karma untuk ku telah tiba...
terduduk termenung melihat semua cerita..
bagi aku ianya tak sia sia..
bagi aku semua nya sgt istimewa..

melangkahkan kaki..
cuba melawan dugaan ini..
tapi kalah dengan kebutaan sendiri..
yg membutakan aku..
yg membodohkan aku..
hanya cinta kamu..
aku tak dapat memberi pilihan..
akhirnya aku ditinggalkan..
kau menuding jari..
memusingkan fakta untuk ku mati..
dan pengakhirnya adalah tangisan air mata ini..
mencurah curah didalam bilik gelap ini..

aku jatuh cinta dengan fasha..

bunyikan semua muzik yg ada..
petikan gitar dan pukulan drum juga..
kenapa kau takutkan cinta?
sedangkan semua nya indah sahaja..
walau kadangkala kita menangis..
tapi selepas itu pastinya ada yg manis..
ikhlas kan senyuman..
terima cinta dengan seluruh kepercayaan..
bukan dengan runtuhkan kehormatan..
cuma jujur dengan perasaan..
fikirkan fantasi..
yg hadir pasti menjadi reality..
semua itu akan kita lalui..
bersama bercinta bertengkar dan baik semula..
kerana aku rasa semua itu lumrah cinta..
hahahaha..

kau tak perlukan sesiapa..
untuk jadikan tangisan itu ketawa..
jadikan ketidakselesaan itu selesa..
kerana aku ada..
menjadi cinta dan hamba untuk patuh pada segalanya..
siapa yg patahkan cinta..
pasti dia bukan manusia..
siapa yg lari dari cinta..
aku akan mengejarnya..
sampai ku menutup mata..
ku pasti mengejar cintanya...
kerna aku tak suka sesiapa..
kecuali si dia..
si dia..
hanya dia sahaja..
muaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh....

di atas kerusi aku termenung dengan sendiri..
tersenyum kerana menggelikan hati..
ku mencipa lirik untuk si dia..
yg tak mungkin baca..
kerana khas untuk fasha sanda..
aku mengatakan aku menyintai dia..
lalalalalala....
aku tak gila,
cuma aku takleh nak carik sesiapa..
dia yg sesuai untuk aku bercinta..
dan aku tak peduli..
walau datang angelina jolie..
aku tetap suka fasha sanda juga...
hahahaha...
tapi..
adakah dia akan tahu perasaan aku..
sesungguhnya aku mmg tak malu..
tu pasal aku gelak pecah perut huhuhuhuhuhu...
masuk air aku...

muah!!~
peace!~

Saturday, April 24, 2010

hebohku untuk cinta..

terbangun dari mimpi..
terkesima sendiri..
datang satu cahaya dan terus bersuara..
dimana ku harus hebohkan cinta pada satu dunia..
untuk ku tunjukkan pada mereka..
aku juga bercinta dan bahagia..
setiap saat ku damba kan dia..
ku lakarkan pada dinding maya..
nama cerita dan segalanya..
bukti cinta ku utuh tanpa cacat celanya..
setanding cinta ku seperti majnun dan laila..
berhari hari dengan namanya.. suaranya..
di atas, bawah, tepi dan tengah semua cinta.
tiada kekosongan dan aku rasa bahagia.
sudah tiada rahsia.. aku ingin berkongsi..
supaya peminat ku tahu cerita selepas berhari hari..
yg aku rasa takkan basi.. dan mereka patut mengerti..
cinta ku murni dan suci..

harkktuih!!
penat mulut ku berbuih..
akhirnya putus ditengah jalan..
kecoh mcm cerita cinta purba khayalan..
tapi sedikit goyang hancur berderai..
aku sedih tahap bersepai..
cinta yg ku kecoh kini terdampar di tepi pantai..
dihanyut lautan sedih sepi melambai..
ku letakkan gambarnya..
ku cetakkan madahnya..
ku ceritakan susahnya...
untuk kamu tahu aku sudah putus.
fikiran ku buntu dan aku hampir mampos.
datanglah kwn kwn dengan simpati..
aku ini tak reti menghargai..
dan tak pandai mendekati..
mungkin dengan cerita simpati dapat aku melihat kamu disisi.
aku bagai tak dapat berdiri..
rasa nyawa ini bagai pergi..
aku dah nak mati..
setiap hari bersedih dan meluka hati..
pedih berganti pedih..
sakit berganti sakit..
ku tunjukkan pada kamu..
supaya kamu dapat kesiankan aku...

ku berdoa pada tuhan satu keindahan..
tapi..
seperti datangnya ribut taufan..
berderu lebat ku kehujanann..
menahan ku kesejukan..
selepas itu datang keindahan..
iaitu pelangi yg cantik pada pandangan..
tak terlawan dan tak tertanding pilihan..
terima kasih tuhan..
diuji dan diberi sedikit kesusahan..
untuk ku dapat sepenuh keindahan..
tak perlu ku hebahkan pada semua..
cinta ku ini tetap sama..
dan menjadi rahsia adalah terbaik untuk ku rasa..
aku tak ingin manis ku dikongsi..
dan aku tak mahu pahit ku mereka benci..
biarlah semua dari hati..
sampai ku mati...

tak mati kekasih ku kalau tak lakar nama dia walau sehari.

peace!~

hahahahaha.

Saturday, April 17, 2010

takut dirimu ku cintai..

melihat kedalam matamu yg sayu..
aku tahu kau sakit membisu..
disaat ini kau perlukan aku..
tapi aku terpaksa pergi..
kerana takut dirimu ku cintai..
sedangkan kau tiada perasaan dihati..
aku memarahi diri..
keliru dengan perhubungan..
lalu ku membuat keputusan..
pergi dan berjalan keseorangan..
disetiap langkah ku..
aku percaya yg kau mampu..
menghadapinya tanpa aku..
aku akan simpan senyuman mu..
yg selalu buat aku terpaku..
aku akan semat di jiwa..
kerana kau yg terhebat untuk ku cinta..

aku ingin kau tahu..
yg aku ingin menyintai mu..
tapi diri ini tak dapat bersama mu
ku berikan seluruh ragaku..
untuk kau tahu aku tak mampu menyintaimu..
sampai disini kisah kita..
harapkan kau dapat cinta sebenar..
lupakan semuanya dan hapuskannya..
agar dunia mu bukan lagi dalam bayangan..
debar jantung mu didengari ke kayangan...
dan dapat kau melupai aku dengan satu senyuman..
kerana aku bukan lagi kesayangan..
ku tahu aku tiada untuk mu..
selalu pergi meninggalkan mu..
tak dapat memberikan kau sesuatu yg kau mahu.
yg aku ada hanya alasan untuk menipu dirimu..

rinduilah seseorang yg bukan aku..
cintailah yg mampu untuk menyintaimu..
hatimu bukan untukku..
jangan sakiti hati itu kerana untuk menjaga hati ku..
ku tak mampu memberikan senyuman kebahagiaan..
ku akan pergi dan berdoa pada tuhan..
semoga kau dalam kesenangan..
dan diriku ini kau abadikan dalam kenangan..
tiada apa yg mampu mengubahnya..
sedangkan kau tahu..
aku menyintaimu lebih dari apa pun dalam hidupku..
tiada yg dapat menyangkal semua itu..
tapi aku terpaksa berlalu..
kerana diriku ini tak layak untuk dicintai..
hanya sekadar sampai masa untuk mati.

"nurul asykin nadwell"

Friday, April 9, 2010

kekasih lama.

ku tahu ini akan terjadi..
satu persatu semua akan pergi..
melihat diri ku sendiri..
berdiri di depan cermin yg sepi..
semuanya dah berakhir..
aku hanya mampu melihat takdir..
keluar dari segala gala..
melihat kekasih lama bahagia dengan tunangnya..
sedangkan aku masih menunggu hukuman dunia..
ada yg dah berkahwin..
menjalankan hidup dengan yakin..
aku gembira untuk mereka..
tak!! sebenarnya aku cemburu dengan semuanya..
aku rasa bagai gila.. kadang kala aku senyum saja..
hati ini?
bercampur memori..
berbelah bagi..
aku tak tahu untuk apa aku masih berdiri..
sampai sekarang tiada cinta lagi disisi..
aku takut tak dapat menyayangi dengan sepenuh hati..
aku bukan berpaut pada masa depan sendiri..
tapi dengan tapak kaki aku berjalan menghitung hari..

aku tunjukkan aku siapa pada mereka..
tapi mereka mahu mengubah aku jadi mcm mereka..
tak jadi apa..
cinta itu hancur binasa..
aku cuba dengar cakap mereka.. kekasih lama..
tapi aku dikatakan curang pula..
aku cinta pada mereka..
tapi mereka kata aku gila..
aku hanya tempat untuk mereka happy..
hanya happy..
selepas tamat sedih mereka..
aku ditinggal terus serta merta..
panggil aku mr joker!!
budak celaka yg buat org gembira..
dengan itu aku tak sakit hati sampai bila bila..

indahnya dunia yg penuh dengan cinta..
"selamat pagi sayang" ayat yg aku selalu terima..
sekarang dah tiada..
mereka dah lupa..
aku bukan gila cuma teringat sahaja..
masa yg tinggal ini aku cuba menulis apa sahaja..
untuk mereka tahu..
aku tak pernah benci dengan cinta lama dulu..
yg pernah aku panggil syg,mumumumu,oren dan boo..
aku gembira bersama kamu..
harap kamu bahagia dengan pilihan kamu..
aku adalah kejahatan cinta yg kamu takkan lupa..
dan kamu adalah bidadari aku yg singgah sementara..
aku hargainya..
terima kasih kekasih lama..
meninggalkan aku dengan hanya panggilan telephone..
atau menghantar msg dengan ucapan "gone"...
so its done..

-umpah aku teringat kamu semua..
selamat bertunang..pada kamu..
selamat berkahwin pada dia...
dan berkasih pada semua yg pernah bagi aku cinta..

-haha.

Saturday, March 20, 2010

menangislah emy.

peribadi ku tersingkap lagi..
di atas kerusi aku menangis lagi..
melihat cermin dengan bayangan samar..
terpapar kemelut dimuka yg gementar..
terketar ketar jiwa ku menyasar..
aku kaku..
siapa yg ada disisi aku?
aku perlukan teman untuk luahkan semua..
cerita,dendam,sangsi dan cinta..
aku cuba menghubungi mak..
mendengar dua beep aku terus letak..
mungkin ceritakan pun mak takkan faham..
lagipun hari dah jauh malam..
badan ku seakan ingin demam..
kepala aku sakit..
tekak ini seakan sudah menjerit..
terasa kelat dan perit..
tapi sebenarnya mulut aku seakan sudah terjahit..
oleh bait bait kehidupan sebuah kesengsaraan..
dimana aku tinggalkan yg benar dan melupakan tuhan.
mencari beban yg dan bagai aku mati perlahan lahan..
aku tak tahan.. tapi tak boleh menangis keseorangan..
tiada titisan yg dipanggil tangisan..
sehingga aku melukakan tangan untuk setitik air mata..
sehingga aku nampak darah aku menitik dengan banyaknya..
tapi aku hanya ketawa dan terus ketawa..
hahahhaaha....

aku cuba mencari diri sendiri..
ex couple aku kata aku ni pentingkan diri..
belagak poyo lagi bodo..
kawan aku kata aku ni kecoh.. dan agak gopoh..
ada yg sound kata kata aku ni tak senonoh..
ada yg kalau tgk muka aku mcm nak bunuh..
kutukkan ex couple pada aku mmg penuh..
sehingga buat blog untuk kutuk dan hina..
adakah aku mmg celaka..
adakah dalam cinta mereka, aku ni tak berguna?
adakah mereka semua sempurna berbanding aku yg gila?
dalam kehidupan pun sama?
jadi gangster.. menyusahkan keluarga..
jadi baik org kata aku pura pura..
pergi masjid pun org kata aku nak menunjuk saje..
aku tak kisah apa org kata..
cuma aku kisah kenapa mereka takder kerja?
adakah ada gaji untuk mereka buat aku hina?
adakah mereka tak rasa rugi pada waktu dan suasana?
adakah pahala mereka lagi tinggi dari dosa?
heh... tiada yg sempurna jika kita bergelar manusia..
aku mencari haluan diri..
biarpun melangkah kaki kanan atau kiri..
takkan mengubah apa sebab aku tetap emy..
emy yg sangat happy.

aku berjalan tak berbaju di bawah hujan..
semua di restoran melihat aku sedang berjalan..
berangan bagaikan slash dengan petikan guitar..
aku berjalan sambil menjerit "korang tgk apa!!"
aku cuba ingin menangis sekuat hati..
tapi aku menangis bagai budak kecik hanya didengari fifie. "cover rahsia"
aku cuba ingati apa kesalahan aku pada cinta?
tinggalkan mereka? atau aku ambil dara mereka?
oh tak mungkin.
cuma aku mungkin tak pernah menghargai mereka..
sehingga mereka hilang rasa percaya..
kepada kwn kwn.. idup masih panjang..
jgn jadi bangang..
jadi manusia yg suka menentang..
bukan binatang..

menangislah emy..
walau ko ada iela dan fifie..
tapi mereka semua bz..
ex couple pun bz..
semua dah crazy...
family pun nak jauhkan diri..
semua nie masaalah dan buat aku ingin menangis...
walau rupa bengis..
tapi hati ada taman..
itu lah manusia yg penuh dengan penipuan..
ketawa dlm menangis..
menangis pun ketewa...
emyhosa oh emyhosa.
mwahss...~~~

Sunday, March 14, 2010

aku tak mampu. untuk kwn kwn.

aku hanya budak lelaki..
tanpa masa depan hanya mimpi mimpi...
mimpi yg tak pasti jadi kenyataan..
mimpi sedih yg buang masa dan harapan..
kehadapan kepada kedua ibu bapa?
apakah yg akan jadi pada kamu berdua?
bila kamu tua? bila kamu perlukan aku jua..
adakah aku akan jadi berguna? atau mcm sekarang juga.
aku cuba berkerja tapi perempuan buat aku merana?
perempuan sial yg bodo..
yg fifie katakan mereka phsyco..
aku bukan kaku..tapi buntu sebab aku tak faham cinta mereka itu..
mengacau keselesaan itu..
menyesatkan dan membuat aku keliru..
pedih mata aku..
sakit hati aku..
tapi aku tak dapat luahkan..
kepada kawan kawan "bullshit"
mereka tak pernah faham..
cuma tahu aku tersenyum dari siang ke malam..
cuma tahu aku ini badut yg hanya buat mereka digembirakan..
aku tak minta dihargai.. aku minta difahami..
itu pasal disini aku hanya ada iela dan fifie..
yg melihat sebuah karya sampah aku yg tak berfaedah..
melihat aku menang dan kalah..
tentang cinta atau kehidupan yg tak pernah berubah..
fuck ina memori cinta luka..
fuck semua yg sangka aku gembira..
mereka hanya tahu satu perkara..
"emy hanya gembira dan gila"

semua mata melihat aku..
dengan jacket dan moto jaguh itu..
aku ingin jadi macam takiya genji..
bergaduh untuk kegembiraan family..
tapi itu movie.
sedangkan aku emy yg hidup dlm dunia relity..
aku berjalan diatas paku sambil berdarah darah..
dan kamu bangga melihat sambil bersorak "yeah yeah"
bodohlah.. bukan kamu..
bodohlah..untuk aku..
sebab melakukan untuk mengembirakan kamu..
yg aku pinta hanya satu..
jangan pergi tinggalkan aku jika aku menangis tersedu..
baik korang angkat pisau dan terusssssss bunuh aku..

masa dah tamat..
aku nak taip banyak tak sempat..
aku sekarang tak merempat..
tapi hati ini bagai tak larat..
berat berjalan..
cuma mampu tersenyum..
untuk kamu semua tersenyum..
satu masa korang lihat..
aku akan jadi sangat jahat..
untuk cinta atau kehidupan yg bagai neraka..
sebab aku rasa semua ini tak guna..
perbincangan yg gila tak jadi apa..
aku nak korang tengok aku menghukum diri sendiri..
menjadi seseorang yg tiada hati..
dan tolong kuburkan aku jika terjumpa aku mati..
di sini atau didepan kamu sendiri..

heh...

sungguh cantik dunia ini dengan gelak ketawa kamu..
walau aku tak mampu..

Tuesday, February 9, 2010

mimpi dalam hati.. tentang aku

dibawah hati ini ada satu mimpi..
mimpi yg aku rasa tak beberapa pasti..
aku ingin jadi penyanyi bukan rock atau rnb..
tapi aku tak tahu..
mcm mana nak mula aku buntu..
dengan duit dan kerja tak menentu..
kasut,seluar dan baju aku buruk..
perangai dan latar belakang ku buruk..
aku cuba menyorok..
jadi penyanyi dlm blok ke blok..
aku luahkan apa yg aku rasa seronok..
di restoran aku "rap" semua org hanya tengok..
mungkin diorang ingat aku buang tebiat atau bongok..
cuba kamu lihat..
aku hanya luahkan melalui blog tanpa penat..
dua tiga comment yg aku dapat..
thanks kawan yg sokong sampai sekarang..
aku semakin tenang bila aku dapat luahkan..
tapi mimpi didalam hati ni..
mungkin tiada siapa peduli..
aku hanya nak jadi diri sendiri..
mengecapi mimpi ini hanya sekali..
mungkin aku hanya lupa diri..
sbb dunia itu jauh untuk aku kecapi..

aku "rap" tentang mereka..
tentang cinta mereka..
suka duka sedih ketawa semua untuk mereka..
tapi mereka lupakan aku..
tiada siapa tanya aku..
apa aku perlu.. kenapa aku jadi begitu..
aku hanya ingin pegang microphone..
ambik kerusi dan sit down..
flow over the people tentang dunia ghetto at town..
cuz this is my sound..
want rebound and all of you be around..
aku tak kisah korang lebelkan aku clown..
yg penting mimpi aku jadi kenyataan..
mereka mendengar lirik aku tentang kemiskinan..
bagai eminem,tupac dan biggie disatukan..
dan aku menyanyi dari dalam hati yg penuh kesakitan.
mungkin takkan kesampaian..
kesudahan hanya aku sendiri terduduk berangan..

aku melihat kawan aku graduate..
sedangkan aku bertungkus lumus cari duit..
dari aku kurus hingga gemuk...
aku tak penah lupakan mimpi walaupun sibuk..
di blog hanya ada fie,iela dan salfarina..
mungkin hanya mereka yg percaya..
yg aku boleh berjaya..
atau hanya sekadar menjaga hati sahaja..
hahahaha...
aku tak perlukan cinta..
aku tak perlukan harta..
aku hanya inginkan microphone dan beat..
untuk aku hit dengan suara yg sakit..
untuk street,convict dan drug addict..
untuk satu malaysia yg terlupa ada nya sengsara..
gangsta? dadah? adakah kamu sudah lupa..?
kewujudan kami di tengah tengah bandar..
tertinggal kerana kamu menghindari dan mencaci..
sedang aku ingin berubah..
kamu panggil pula aku sampah..
sudah sudah lah.. kami memang sampah..
tapi mana tong sampah untuk kami berkumpul..
kamu hanya tahu bercakap dan memukul..
kami sahaja yg tidak betul..
tapi hakikat kamu tu yg biol..

tekanan ini membuatkan aku ingin menyanyi..
rap dengan reality bukan fantasy..
pil ecstacy atau pun rochi..
marijuana atau ice baby..
aku dah tak peduli..
dalam hati ini geram untuk menyanyi..
aku tak peduli kalau satu dunia "Fuck emy"
aku hanya nak semua tahu apa yg terjadi disini..
aku hanya bergurau..
dengan suara garau..
aku bergurau tentang kehidupan perjalanan sebuah kematian..
dan permintaan terakhir aku iaitu satu perjuangan..
melody dan beat tak dapat dipisahkan..
rap dan poem itu satu keindahan..
dan aku nak kenalkan pada kamu erti music kesakitan..

aku nak microphone..
aku nak speaker and put each zone..
aku tahu aku alone..
lirik ini takkan ada yg baca pun..
tapi bila aku "gone"
aku nak korang tahu mimpi dalam hati ini "not done"

"tidor"
kenangan waktu menyanyi muda muda dulu.

Monday, February 8, 2010

untuk mama..

aku menghargai..

kini aku berdiri..
cuba memberikan lirik sendiri.
tentang mama yg membesarkan aku..
seorang diri kerana ditinggalkan suami..
dia menangis ketika aku sedang tidur..
dan tersenyum untuk buat aku terhibur..
dia bekerja untuk aku belajar..
belikan computer hasil titik peluh kerja..
tapi aku jadi gangster..
terlupa tentang dia sehingga masuk penjara..
tapi dia tetap disisi ku jua..
tanpa mengalah dia tetap memeluk ku..
mengatakan pada semua yg mama tak boleh hidup tanpaku..
dan aku menangis tersedu..
bila ingat kenangan dulu..

kini aku dah dewasa..
aku cuba membayar balik semua perkara..
mama kata jgn jadi jahat..
sumpah sekarang aku dah tak buat!!
aku sentiasa ingat..
selagi mama ada didepan mata..
aku akan kasih dan sayang selamanya..
aku akan buang cinta demi mama ku..
mungkin tak terlambat untuk ku mencium pipi..
mengesat air matanya dan memberikan wang untuk dia happy..
dan aku gembira sekali bila ada yg mengembirakannya..
dia tersenyum bagai pelangi..dengan matanya yg kecil..
bila dia naik angin..dia akan membebel..
tapi aku dah biasa.. aku rindukan bebelannya..
masakan dan layanan dia pada aku anak kesayangannya..
dan aku tak dapat membalas semua jasanya.
semoga allah letakkan mama di martabat yg tinggi..
kerana dia berjaya mendewasakan aku ini..
dengan sepenuh hati..

aku pernah ditangkap polis..
tapi aku tak menangis..
di penjarakan..
tapi aku tak menangis..
ditinggal kekasih..
aku tak menangis..
tapi bila mama ku menangis..
aku akan ikut menangis..
kerana aku tak sanggup melihat dia kesedihan..
kerana suami dia yg meninggalkan..
dan anak dia yg bagai syaitan..
tapi aku berdoa..
agar dia boleh bahagia dihari tuanya..
semoga satu masa dia bangga menjaga aku seadanya..
dan aku bangga ada mama sepertinya..
aku sayangkan dia..
harap aku akan dapatkan menantu terbaik untuknya.. "hahahaha"

mama ku.
aku harap kau tahu..
aku cuba untuk membahagiakan mu..
walau tak seberapa..
tapi aku akan cuba sedaya upaya..
sebab aku hanya anak tunggal..
dan hanya aku yg boleh berjaya atau gagal..
sememangnya aku nyesal.. sbb berpikiran bebal..
kini aku cuba memperbetulkan..
demi mama ku yg tersayang..
nanti emy belikan mama tudung putih hitam manik manik..
yg mama minta masa kita singgah di butik..
aku tahu mama hanya mengusik..
sebab harganya mahal dan aku tak mampu belikan..
tapi aku akan pastikan mama dapat memakai tudung pujaan..
dari anakmu kesayangan..

dedicate to my mama : norshidah binti ahmad.
panjangkan umur dan peliharalah kesihatan dan kebahagiaan nye..amin..

syg mak.

Saturday, February 6, 2010

mencarimu..

aku sedang mencarimu..
tapi dimana arahku..
hanya mengikut kaki kemana pergi..
akhirnya aku menangis sendiri..
dan keesokan pagi..
aku terus mencari..
seumur hidupku aku akan mencari..
sebab aku tahu..kau ada untuk ku..
sebab aku tahu... kau dicipta untuk ku..
hujan yg turun aku tetap mencari..
kerna dihujung nanti akan datang pelangi..
aku akan terus melangkah seorang diri..
mencari cinta yg telah pergi..
kerana tiada peganti.. ataupun seiras untuk ku "copy"

selepas ini.. hidup ku hanya mencari..
aku takkan mengalah walau aku tahu ini tiada erti..
untuk kau tahu..biarpun mati..roh aku tetap mencari..
aku tersenyum simpul..
semangat ku kumpul..
tak guna ku menangis lagi..
sebab aku tahu kau akan menanti..
sebab aku tahu tiada lelaki lain setanding aku ini..
hihihihihi...
ku buka jendela dan menjerit "kau tetap dihati"
aku biarkan semua wanita membenci..
kerana ingin mereka tahu aku gilakan kau selamanya..
kerana ingin mereka tahu hatiku bukan mudah jatuh cinta..
aku meletakkan tangan ku di dahi..
membayangkan kita sedang menari..
sehingga ku tertidur dibuai mimpi..
bersama mu dipagi hari..
bertentang mata dan tersenyum manja..
aku bukan gila.. tapi ini yg aku rasa..
indahnya derita cinta...

adakah kau dengar jeritan hati ini..
tidak kan??
tak mengapa..
aku bangga menyintai mu..
dan bangga kerana cinta ini belum hilang..
bagai bayang bayang..
aku anugerahkan pengorbanan ini untuk yg tersayang..
tiada yg dapat menghalang..
walau bersama perempuan lain..
kau tetap dihati..sumpah.
dan aku akan terus mencari..
bukan mudah untuk menyerahkan "Crown hati"
dan pernah aku sarungkan sekali..
pada kau yg pernah pergi..
dan aku akan terus mencari..
mencari.. hingga aku mati.

mwaxxxssS..

street anthem.. jalanan.

kehidupan yg aku tak dapat lupakan..
ketika kita menjerit "fuck police" and raise street..!!

firstly in 2005 kita lepak di jalanan..
malas nak kerja tapi nak hiburan..
kecoh di trafic light..
dengan kereta curi with another side..
nampak polis kita hide..
tepi kereta polis kita ludah dan said fuck police..
ada punk,rapper dan hopper..
dream street yg kita bina ada didepan mata..
boys and girls hang like G's
no parent halang untuk buat babies..
negara bebas negara democracys..
jumpa girls sana aku kiss..
jumpa girl sini aku kiss..
tapi jgn sampai kena siplis..
hoeeee.pleasee..

sekarang dah dewasa..
terasa matang pula..
tapi aku miss waktu street anthem..
we play we out.. we hear we learn..
rompak seven eleven.. we must earn..
siapa tersilap they just got burn.
berpakain black..
ada tanda black jack..
drunk and sexs..
fuck and wet..
hahahaha..mendominasikan masa remaja..
menjadi budak gangster..
berhimpun menjerit dan bermaharajalela..
ader awek comel pulak tu..
setia dan sejiwa.. bersama waktu demi waktu..
aku rindu waktu dulu..
kening ada 2 line..
kepala botak ada 3 line..
yg lain just fine with mine..
ill be the sunshine...

knock knock the door..
we open and walk on the floor..
with blood and ladies in hot tub..
we show u the game to be fame..
drop the line..
kami mmg pemalas..
tak payah kerja tapi bebas..
ada duit hasil kebas dan tebas..
kita letupkan bandar klang se das demi se das..
aku menjerit hosa!!
itu nama aku dengan sejarahnya..
kita duduk di tepi jalan sambil merokok..
apa yg nak kita buat esok..
merompak sambil berseronok?
ataupun lepak kedai layan bola snok..

sekrang apa yg kau lihat semua tiada..
aku dah normal mcm biasa..
tapi aku tetap ketawa dan puas hati..
kerana dulu aku sempat lepak sampai pagi..
bersama kawan kawan untuk meneruskan mimpi mimpi..
cuma nasib aku tak mati..
aku bukan gila..
aku cuma terkesima..
terima kasih zaman remaja dulu kala..
aku sangat suka..
miss all ya'..

dedicate to CHF,public criminal clan,LPG Brothers.. and all gangs in..

real street hood...
mwahhsss....

in memories.

Sunday, January 31, 2010

rindu

ku berdiri...
didalam kegelapan..
sendiri bergelinangan..
cuba melangkah..tapi susah..
cuba memaksa.. tapi kalah..
ku mengangkat tangan untuk satu cahaya..
semakin lama ia pergi jauh ke udara..
aku putus asa..
melutut aku di atas paku paku cinta..
dibebani kehidupan yg tak nampak kesudahan..
dihujani dengan penipuan yg terang terangan..
aku kebingungan...
aku mempercayai sesuatu yg tiada pasti..
aku melampaui akal logik ku lagi..
sedang ku tahu..
didepan ku ini hanya cinta yg mati.

jangan beritahu aku dia dah pergi..
jangan ceritakan kesalahan dia pada aku ini..
aku tahu dia dah pergi..
tapi jangan harap dia boleh rampas memori ini..
cinta,ketawa atau air mata.. semua.
ada di semat di dalam hati dan ku pahat di kepala..
biarlah dia pergi.. aku tersenyum puas..
kerana jiwa ku bebas.. melihat cinta ku yg "last"
aku takkan balas.. sebab aku tahu..
aku pernah ada yg terbaik.. terhebat..
dia pergi dari ku mungkin takdir..
tapi terima kasih kerana pernah mengucapkan cinta padaku melalui bibir..

menundukkan kepala didalam hujan..
kisah ku ini jadi tatapan..
kadang kadang aku buat santapan "keboringan"
sedang ku berjalan dibawah hujan..
ku lihat pacaran berpegangan tangan..
hati aku terhenti degupan..
melihat si dia bergembira bercinta...
sedang aku bagai hampir gila..
tapi aku tertewa bila melihat mereka..
kerana sama bodoh mcm aku juga..
jalan bawah hujan buat apa?
hahahahaha gila.
sebenarnya nak sedapkan hati sahaja..
arghhh.. rasa mcm sengsara..
tapi aku berbangga kerana aku dulu yg dapat dia..
cinta ini bagai air mata..
lalu dan lalu dan lalu dan lalu..
sampai rasa tak mampu..
terus tertidur kaku.
huhuhuhuhuhuhuhuhuhu...

dah jangan type lagi emy.
senyap je..
jgn cerita arggghhh!!!!!!
satu perkataan je..
untuk dia.

.rindu.

Sunday, January 24, 2010

ada faham kan? kan?

pertikaian antara dua perempuan..
tentang cinta dan kedudukan..
kelakar gila..
buat aku rasa mcm bodoh je..
semak bila kena terangkan serentak..
benak otak aku senak dan membuak..
ketika semua kawanku sedang bercinta..
aku pula kemelut dengan dilemma..
rasa mcm "casanova" hahahaha..
bapak dia lah.. aku rasa cam sial lah..
kenapa? pertama sebab tak selesa..
kedua..sebab aku tak rasa manisnya cinta..
ketiga aku rasa cam org bersalah je..
keempat malas aku nak citer..

pengertian diriku ini susah nak baca..
kalo diorang rasa boleh conquer..
try ler kalau itu yg ko rasa..
aku bukan misteri cuma aku suka bermimpi..
dan "tak port" hal masa depan nie..
tak "takot" dengan hal "clash nie"
gi mampos kalau cinta itu pergi..
tak haus aku dengan betina betina mcm lu org nie..
aku suka perempuan yg tau jaga diri dan berdikari..
tak kepit sana sini pastu jaga tepi kain aku ni..
aku tahu dia cinta aku..
dan dia tahu aku sgt cinta dia..
tu je.. yg lain tu extra je..
pelik sgt kalau korang gaduh pasal hal cinta.
hahaha pasal aku pulak tu yg gila.

kau kata aku ni budak yg happy and gila..
dia kata aku ni boleh buat dia bahagia..
tapi korang tak pernah buat aku happy,bahagia atau gila..
korang nak menerima semua daripada aku..
tapi tak pernah memberi sesuatu pada aku..
bukan aku mintak bebukan..
cuma secebis penghargaan yg aku rasa aku ni bukan mainan..
fahamkan? bodohlah korang.
jgn fikir aku ni kepunyaan atau pun kesayangan..
sbb satu masa korang pasti menyesal sbb aku ni cepat bosan..
hahaha..cinta tu mcm tebulah.. habis manis sepah dibuang..
itu yg korang buat kat aku..
dah penat aku buat korang gembira..korang campak aku ke longkang..
ceh bangang!
dah rasa cam sampah aku nie..
sampah yg bernama emy..
hihihihihi...

cerita ni ditujukan pada kamu dan dia..
dimana tak habis habis tunjuk terer..
apa yg aku ada sampai korang jadi mcm hooker?
rasa rosak nama jatuh saham aku celaka..
pelik gila..
harap korang sedar dan kembali ke pangkal jalan..
jgn jadikan aku satu tauladan..
tapi jadikan sebagai sempadan..
ada fahamkan? kan?