Sunday, April 21, 2013

sandiwara

disudut yang penuh kegelapan, aku terduduk kesepian, menikmati hari hari yg tinggal, disulam kejayaan,kalah dan gagal.. bermacam ragam sehingga hari ini.. setiap kali aku mengingati.. aku akan tersenyum sendiri.. melihat keatas.. langit terbentang luas.. aku terfikir kemana dia? hati ini terseksa tapi nak ku luah dimana? sengsara? aku macam dah biasa.. dia datang dan pergi.. singgah sambil menari di atas kesedihan ini.. kadangkala aku terhenti seketika.. bila aku rasa cinta ini bagai sandiwara.. aku layankan sahaja lakonan primadona.. selayaknya hati ini dipijak oleh kecurangannya.. sejak kau pergi.. aku tertanya apa yg akan terjadi.. hati ini gagal untuk tahu.. apa yg harus aku tuju.. memujuk diri ini supaya ceria.. tersenyum sendiri bagai nak gila.. memandang cermin untuk melihat dia... berkata sendiri seperti dia disisi.. kenapa aku masih ada dia.. bila dia pergi aku rasa dia mati.. bila dia datang aku rasa sayang.. emosi ini terganggu lagi.. bagai petikan gitar dan desiran pantai bermelodi.. hati dan jiwa bagai tiada fungsi.. aku mati dalam cinta ini.. penat melayan.. karenah dia yg tak keruan.. kadangkala menangis, kadangkala angkuh.. aku terasa bodoh..' bodoh tapi seakan keliru.. bagaimana dia tak berperasaan pada aku.. tapi boleh bersandiwara begitu... ye aku tahu.. kau bukan untuk aku.. tapi aku tahu.. aku tetap sayang cinta itu.. sampai aku tahu.. yg aku tiada di dunia untuk itu.

Tuesday, January 17, 2012

kehilangan dia.

tak tahu aku nak ungkapkan apa???
aku boleh katakan "tolong lah pulangkan kwn aku"
tolong lah... :(

Friday, May 20, 2011

dia bukan sempurna...

sepuluh tahun dahulu...
aku menangis kerana tak tahu..
apa itu hidup,dunia atau segala durjana..
ibu menangis,ayah pergi bagai cerita sudah habis..
terlupa anak nya disini..
perlukan sesuap nasi.. dan pengalaman yg tak terisi..
datang seorang abg.. bukan darah daging..
seorang ketua gangster yg paling penting..
mengambil aku sebagai kuli..
mengajar aku makna hidup dibuli..
aku seorang diisi dengan senyuman..
dia mengajar aku agar tenang setenang air lautan..
bergelora bagai bencana menghempas dunia..
aku belajar satu persatu.. mahu tak mahu aku teruskan..
aku kekalutan kadang kala aku menangis kepenatan..
fikiran aku tertekan.. tapi aku tak mengalah malah terus kedepan..
dengan berkat kesabaran dan pelajaran abg lan..
aku bergelar harimau di jalanan..
aku tak keseorangan..
ada abg bagai ayah dan guru ku..
ada penentang dan pembantu yg sentiasa ingin menjadikan aku yg terbaik..
aku ini tercarik.. aku tak pernah serik..
jatuh bangun dia sentiasa menerima..
aku pengkhianat aku pembelot...
tapi dia di sisi dengan senyuman dan luka ku di balut..
aku takut dengan dia.. aku hormat dia..
sampai aku lupa dia bukan sempurna..

pukimak punya emy..
kena kau lupa tentang LPG..
gelang merah.. tentera merah..
kita lakukan demi maruah..
tapi aku pergi cuba untuk mencari arah...
aku terpesong sana dan sini..
aku tak berubah..
sampai 1-1-11 aku berpangkat..
aku berubah.. aku cuba lihat apakah aku jahat?
tinggalkan abg dalam keadaan sepi..
menunggu aku dengan satu jawapan ngeri..
adakah dia emy?
emy yg aku bela dari kecil..?
atau aku terlepas pandang..?
mata terkebil.. mulut membebel..
air mata bercurah.. aku pasrah..
aku dah gangster dan besar sudah..
tapi aku lupa..
hosa takkan lengkap tanpa alanhosa..

20-04-2011..
dia pergi tanpa sepatah kata..
dia cuma kata ingin tunggu aku..
aku tidur dan tak peduli semua itu..
aku malu.. aku bunuh abg aku..
sampai dia pergi..
aku tak boleh lupa sendiri..
aku emy..
dia ciptakan hosa diatas jari..
menciptakan fenomena klang tanpa kita sedari..
dia LPG.. dan akan aku warisi..
LPG lagenda pengasas gangster...

Sunday, April 3, 2011

terpilih.

pertama di dua ribu sebelas..
aku mulakan dengan lirik keras..
tentang cinta lagi tapi bukan bunga bunga..
tentang ego hati dan melapetaka..
melihat dia bersama org ketiga..
aku gila berpaling muka keluar air mata..
berdentum perasaan bercampur kecewa..
cuba tersenyum tapi tangan mengeletar..
masuk ke kereta menghempas pintu..
hentak stering bila lidah ku kelu..
air mata keluar bertalu talu...
menjerit di jiwa perempuan penipu!!!
start enjin dan cuba tenang..
tapi aku terasa bangang..
badan kejang aku rasa kosong dan telanjang..
menutup mata menarik nafas panjang..
cuba untuk mati tapi tak berani..
cuba untuk patah balik tapi tak sanggup lagi..
melihat percintaan terbakar api..

kereta berhenti..
aku menelefon fifie..
dia kata lantakkan perempuan biar dia mati..
aku pun cuba untuk happy..
dan kata itu sudah pasti..
tapi adakah itu cukup untuk mengubat hati?
rasa mcm aku yg nak mati..
terfikir memori..
senyumannya dan tingkah lakunya..
terbayang aku sentiasa..
aku bukan gilakan dia..
tapi tiada lagi siapa yg jadi saingannya..
mencari lagi..?
aku penat dah ni...
setiap kali bercinta pasti hancur..
bila aku nak bahagia takkan sampai aku berumur..
tapi setiap kali bercinta mesti aku yg undur..
semangat bercinta pun dah kendur...
biarlah aku mati walau tak bertempur..
biarlah tak bernama nisan dikubur..

mengenang diri sendiri..
owh celaka..
permpuan itu datang lagi..
lagi celaka..
dia cuba kata dia bersalah dan ingin bersama..
aku rasa sekali lagi gila..
hati ini kata aku cinta dia..
fikiran mula kata tiada..
aku tertanya damba..
kenapa jadi begini pula..
akhir sekali aku ambil keputusan untuk terima..
walau sakit hati ini belum pulih..
tapi aku cuba ubah dia dan menjadi yg pertama dan akhir terpilih..

Monday, December 27, 2010

hujan disember...cinta tak disebut.

bergetar hati ini melihat perpisahan..
yg terjadi pada diri ini keseorangan..
penipuan dan penghinaan berlaku atas percintaan..
terkancing mulut dan suara..
seram sejuk tepat pada dada...
didalam hati bagai ada mata kail yg mencucuk..
beribu mata kail tersangkut dan membengkok..
aku berjalan seakan menunduk..
jalan ku kekok.. aku rasa sungguh teruk..
air mata hampir melimpah ke pipi..
aku tahan dengan perit sekali..
didalam kereta ber "air cond"
aku mengambil telephone...
mencari seseorang untuk ku luahkan..
ternampak nama seorang kawan..
aku mendail.. memberitahu dan mataku masuk habuk kayu..
bercucuran air mata jatuh ke stering kereta...
dia kata tinggalkan sahaja...
didalam kereta dibawah hujan aku menderita..
ditemankan dia yg bagai ada disisi..
aku dah tiada siapa lagi untuk aku luah..
aku pasrah..
kawan ku meletakkan phone dan aku hempaskan ke bawah..
aku berjalan dalam hujan..
aku taknak hidup tanpa perempuan..
tapi perempuan dan percintaan akan terjadinya penderitaan..
dibulan disember aku ketawa..
kerana cinta ke terbakar begitu sahaja..
menyala api dibawah hujan..
tanpa asap hanya bahang kepanasan..

aku melihat gambar dia..
aku rasa dia suka permainkan cinta..
tapi aku tak salahkan dia..
aku rasa aku salahkan diri..
yg tak tau menghargai..
aku terduduk di batu..
melihat keatas hujan menimpa ku..
mengangkatkan tangan menadah..
menyapu ke muka yg tadi sudah basah..
oleh tangisan seseorang lelaki yg kalah..
b... adakah kau tak pernah rasa bersalah?
bersumpah bahawa aku yg terakhir..
tidak curang walau darah kau keluar mengalir...
tapi... semua itu hanya dibibir...
aku terngiang kata kata mu..
hatiku remuk hancur begitu..
di bulan disember aku membatu...
dalam rahmat hujan aku tersedu...
betul kata mak aku..
cinta itu sakit bagai sembilu..
masuk tak terasa..
tapi keluarkannya pasti sengsara...

jangan kau menangis jika aku pergi..
aku pergi kerana kau sudah tiada hati..
sangat susah memegang lilin yg sudah hampir mati..
sangat payah berjalan di atas paku paku yg berdiri..
biar aku sendiri..
mengelap air mata yg tiada kenal erti..
aku tak sepadan dengan dia..
kecantikannya bukan pada aku sahaja..
dia ingin katakan aku bukan "taste" nya...
aku ingin mengamuk.. membunuh.
tapi bila melihat hati yg remuk.. dan cinta yg tidak lagi penuh..
aku tahu luka ini takkan sembuh...
masa yg lama untuk pulih...
dan aku takkan berhenti untuk bersedih...
hati ini telah dilukai pedih...

tercatit sebuah catatan penutup..
bahawa disember cinta ku termaktub...
penghinaan seorang perempuan pada aku yg melitup..
dibawah hujan aku berjalan kalut...
mata yg terbuka kini hampir tertutup..
aku akan mati dengan cinta yg tak disebut!!!

biskut tiger dah habis....

-thanks fie sbb teman aku..

Sunday, November 21, 2010

lirik untuk kekasih ku.. "perghh.."

disini aku ada satu soalan..
dimana kau belum memberikan jawapan..
aku tahu kau seorang gadis yg baik hati..
tidak tercarik noda oleh kejahatan lagi..
senyuman mu..bagai penawar hidup ku..
kerinduan ku padamu hampir menjadi ketagihan..
kau lah bidadari yg turun untuk menjadi peneman..
pada yg tersasar hidup dan hilang arah..
kau datang berikan cahaya yg cerah..
aku tak sanggup kehilangan walaupun terpaksa menyerah..
aku rela mati dari kehilangan sebuah sejarah.
percintaan kita ini bagai langit dan bumi..
aku kotor dan tiada daya untuk mengangkat muka..
sedang kau bagai asal dari kayangan yg ada di syurga..
terimalah diriku..
takkan ku biar kau menangis sayu..
aku mampu untuk lakukan semuanya..
demi senyuman,belaian dan kasih sayang dia..

setiap cebisan kenangan pada ku hilang..
tiada ina atau sesiapa yg dapat menghalang..
cintaku sebelum ini tiada mampu melawan cinta mu..
bagai seribu bidadari memimpin mu pada ku..
hitam sejarah dan kejahatan ini seakan pudar..
bila mendengar kata kata dan tawa riang ria..
aku berterima kasih pada tuhan..
memberi satu cinta yg penuh dengan keindahan..
aku mewujudkan kau di dalam lirik..
walau aku tahu kau tidak dapat diungkapkan walau sedikit..
aku tahu aku sedang gilakan kau..
aku tahu mungkin kata kata ku melampau..
tapi aku tak pernah berikan lirik yg melakaui..
batasan yg ada dalam hati ini..
peluklah aku.. aku ingin berada dalam kehangatan mu..
kau menunduk padaku dengan sopan dan aku rasa akan kebahagaian..
terima kasih kesayangan..

aku cintakan kau pada pandangan pertama..
gelaran ku padamu adalah biskut tiger..
cinta ku pada mu sesetia langit pada dunia..
dan aku merasakan kau segala galanya..
jika kau tiada..
aku binasa..
aku mati dalam kecewa..
aku akan menutup mata..
dan takkan bangun sampai bila bila..
kau pernah berkata.. aku kau cinta.
tak pernah kau rasa bahagia dan tertawa sebegini rupa..
aku berjanji akan buat kau bahagia..
tiada air mata..tiada duka dan kecewa..
semua untuk kau sahaja..
nur farah syahira..

jika aku mati dahulu..
dan kau melihat ku pergi begitu..
aku nak kau tahu..
kau mengalahkan yg lain dalam percintaanku..
dan terima kasih kerana melenyapkan memori duka itu.
kini aku bagai bernafas baru..
bila kau menjadi peganti pada semua memori yg dulu..
kau yg terbaik bagiku..
sumpah aku menyintai mu..
selamanya..
aku tahu kau juga menyintai ku sampai bila bila..

mwahhh!!~~

-utk nur farah syahira " harap ini yg terakhir sampai ke akhir hayat "

peace!~

Tuesday, November 16, 2010

lirik raya korban.

bangun raya..
ada sembahyang raya tapi aidiladha,
aku bangun melihat family..
mereka tak abis abis didapur lagi..
aku cuba mencari lagu lagu yg kena dgn suasana..
tapi tak ada..
erk? kenapa lagu raya aidil adha tiada?
nyanyilah pasal sedihnya lembu..
atau bangganya lembu menjadi korban manusia..
yg memperingati perbuatan nabi ibrahim mengikut perintah allah yg esa..
memberikan nabi ismail sebagai korban untuk taat pada perintah dan agama..
aku termenung di depan komputer..
cuba memikirkan mcm mana nak type lagi..
sejarah aidil adha tentang pengorbanan..
aku pula dalam agama sentiasa terlupa dalam perjalanan..
hmm.. aku dah banyak berkorban untuk kawan kawan..
untuk kekasih yg pertama dalam kehidupan..
tetapi pada tuhan?
belum lagi kan?
kehidupan ini perlu ada pengorbanan..
baru dapat sesuatu yg terbaik selepas kehilangan..
bagai satu pemintaan pada tuhan..
ingin yg terbaik tapi diberikan hujan..
lebat berdentum dan mengerikan..
tapi selepas itu tuhan beri kita pelangi yg mencantikkan..
untuk kita pandang dan memujuk hati yg tadi sedang ketakutan..
jadi semua ada "pro dan contra"
dimana positif dan negetif juga wujud dalam kehidupan yg nyata...
tapi aku tak pedulilah..
yg penting ada rendang dan limpa..
feveret aku sejak kecil lagi..
mak mesti marah sebab aku tak balik lagi..
hahahaha...

terfikir bila melihat lembu itu..
mak kata jgn sedih sebab nanti tak dapat mkn lembu..
aku pun menahan..
tapi terharu bila lembu itu menangis..
menghembuskan nafas dengan cara tragis..
dan mengeluarkan bunyi yg sgt dramatis..
ehh aku pulak kenapa puitis..
sedang perut berbunyi menandakan nasik dah dihidang..
tapi aku tak puas hati kenapa lagu raya korban tak berkumandang..
apa yg terjadi pada lembu lembu yg terkorban..
jgn rasa kesian nanti tak boleh makan..
aku dengar jeritan budak kat masjid tadi..
hahahaha geli hati..
tak terfikir nak buat lirik..
kalau tidak dah bertulis nota ku dengan bait bait..
sambil berfikir.. aku nampak kanak kanak riang membawa daging lembu..
aku rasa sungguh seronok melihat mereka bergembira begitu..
semoga satu dunia brseronok..
yg miskin dan terpinggir pun ikut seronok..
yeah!!

di akhir kata..
aidil adha ini ada sejarahnya..
sepuluh zulhijjah hari penting dalam sejarah..
dimana nabi adam dan hawa di keluarkan dari syurga allah..
dan betapa pentingnya kita untuk ke kubur..
dan bermaafan jgn takbur..
berbaju baru dan melawat saudara yg hampir hambur...
panjang nye cerita aku pun kebulur..
aku pun nak melawat saudara dalam bahasa jawa dipanggil (sedulur)
jadi untuk semua kawan kawan..
ucapan aidil adha didahulukan..
salah dan silap harap dimaafkan..
aku korbankan lirik untuk dibacakan..
so... bye.. aku nak mkn lembu tanpa sedih dan kesian..
sebab aku dah kelaparan!!!
hahahaha...

happy eid dul adha iella!!!!!.