Saturday, April 24, 2010

hebohku untuk cinta..

terbangun dari mimpi..
terkesima sendiri..
datang satu cahaya dan terus bersuara..
dimana ku harus hebohkan cinta pada satu dunia..
untuk ku tunjukkan pada mereka..
aku juga bercinta dan bahagia..
setiap saat ku damba kan dia..
ku lakarkan pada dinding maya..
nama cerita dan segalanya..
bukti cinta ku utuh tanpa cacat celanya..
setanding cinta ku seperti majnun dan laila..
berhari hari dengan namanya.. suaranya..
di atas, bawah, tepi dan tengah semua cinta.
tiada kekosongan dan aku rasa bahagia.
sudah tiada rahsia.. aku ingin berkongsi..
supaya peminat ku tahu cerita selepas berhari hari..
yg aku rasa takkan basi.. dan mereka patut mengerti..
cinta ku murni dan suci..

harkktuih!!
penat mulut ku berbuih..
akhirnya putus ditengah jalan..
kecoh mcm cerita cinta purba khayalan..
tapi sedikit goyang hancur berderai..
aku sedih tahap bersepai..
cinta yg ku kecoh kini terdampar di tepi pantai..
dihanyut lautan sedih sepi melambai..
ku letakkan gambarnya..
ku cetakkan madahnya..
ku ceritakan susahnya...
untuk kamu tahu aku sudah putus.
fikiran ku buntu dan aku hampir mampos.
datanglah kwn kwn dengan simpati..
aku ini tak reti menghargai..
dan tak pandai mendekati..
mungkin dengan cerita simpati dapat aku melihat kamu disisi.
aku bagai tak dapat berdiri..
rasa nyawa ini bagai pergi..
aku dah nak mati..
setiap hari bersedih dan meluka hati..
pedih berganti pedih..
sakit berganti sakit..
ku tunjukkan pada kamu..
supaya kamu dapat kesiankan aku...

ku berdoa pada tuhan satu keindahan..
tapi..
seperti datangnya ribut taufan..
berderu lebat ku kehujanann..
menahan ku kesejukan..
selepas itu datang keindahan..
iaitu pelangi yg cantik pada pandangan..
tak terlawan dan tak tertanding pilihan..
terima kasih tuhan..
diuji dan diberi sedikit kesusahan..
untuk ku dapat sepenuh keindahan..
tak perlu ku hebahkan pada semua..
cinta ku ini tetap sama..
dan menjadi rahsia adalah terbaik untuk ku rasa..
aku tak ingin manis ku dikongsi..
dan aku tak mahu pahit ku mereka benci..
biarlah semua dari hati..
sampai ku mati...

tak mati kekasih ku kalau tak lakar nama dia walau sehari.

peace!~

hahahahaha.

Saturday, April 17, 2010

takut dirimu ku cintai..

melihat kedalam matamu yg sayu..
aku tahu kau sakit membisu..
disaat ini kau perlukan aku..
tapi aku terpaksa pergi..
kerana takut dirimu ku cintai..
sedangkan kau tiada perasaan dihati..
aku memarahi diri..
keliru dengan perhubungan..
lalu ku membuat keputusan..
pergi dan berjalan keseorangan..
disetiap langkah ku..
aku percaya yg kau mampu..
menghadapinya tanpa aku..
aku akan simpan senyuman mu..
yg selalu buat aku terpaku..
aku akan semat di jiwa..
kerana kau yg terhebat untuk ku cinta..

aku ingin kau tahu..
yg aku ingin menyintai mu..
tapi diri ini tak dapat bersama mu
ku berikan seluruh ragaku..
untuk kau tahu aku tak mampu menyintaimu..
sampai disini kisah kita..
harapkan kau dapat cinta sebenar..
lupakan semuanya dan hapuskannya..
agar dunia mu bukan lagi dalam bayangan..
debar jantung mu didengari ke kayangan...
dan dapat kau melupai aku dengan satu senyuman..
kerana aku bukan lagi kesayangan..
ku tahu aku tiada untuk mu..
selalu pergi meninggalkan mu..
tak dapat memberikan kau sesuatu yg kau mahu.
yg aku ada hanya alasan untuk menipu dirimu..

rinduilah seseorang yg bukan aku..
cintailah yg mampu untuk menyintaimu..
hatimu bukan untukku..
jangan sakiti hati itu kerana untuk menjaga hati ku..
ku tak mampu memberikan senyuman kebahagiaan..
ku akan pergi dan berdoa pada tuhan..
semoga kau dalam kesenangan..
dan diriku ini kau abadikan dalam kenangan..
tiada apa yg mampu mengubahnya..
sedangkan kau tahu..
aku menyintaimu lebih dari apa pun dalam hidupku..
tiada yg dapat menyangkal semua itu..
tapi aku terpaksa berlalu..
kerana diriku ini tak layak untuk dicintai..
hanya sekadar sampai masa untuk mati.

"nurul asykin nadwell"

Friday, April 9, 2010

kekasih lama.

ku tahu ini akan terjadi..
satu persatu semua akan pergi..
melihat diri ku sendiri..
berdiri di depan cermin yg sepi..
semuanya dah berakhir..
aku hanya mampu melihat takdir..
keluar dari segala gala..
melihat kekasih lama bahagia dengan tunangnya..
sedangkan aku masih menunggu hukuman dunia..
ada yg dah berkahwin..
menjalankan hidup dengan yakin..
aku gembira untuk mereka..
tak!! sebenarnya aku cemburu dengan semuanya..
aku rasa bagai gila.. kadang kala aku senyum saja..
hati ini?
bercampur memori..
berbelah bagi..
aku tak tahu untuk apa aku masih berdiri..
sampai sekarang tiada cinta lagi disisi..
aku takut tak dapat menyayangi dengan sepenuh hati..
aku bukan berpaut pada masa depan sendiri..
tapi dengan tapak kaki aku berjalan menghitung hari..

aku tunjukkan aku siapa pada mereka..
tapi mereka mahu mengubah aku jadi mcm mereka..
tak jadi apa..
cinta itu hancur binasa..
aku cuba dengar cakap mereka.. kekasih lama..
tapi aku dikatakan curang pula..
aku cinta pada mereka..
tapi mereka kata aku gila..
aku hanya tempat untuk mereka happy..
hanya happy..
selepas tamat sedih mereka..
aku ditinggal terus serta merta..
panggil aku mr joker!!
budak celaka yg buat org gembira..
dengan itu aku tak sakit hati sampai bila bila..

indahnya dunia yg penuh dengan cinta..
"selamat pagi sayang" ayat yg aku selalu terima..
sekarang dah tiada..
mereka dah lupa..
aku bukan gila cuma teringat sahaja..
masa yg tinggal ini aku cuba menulis apa sahaja..
untuk mereka tahu..
aku tak pernah benci dengan cinta lama dulu..
yg pernah aku panggil syg,mumumumu,oren dan boo..
aku gembira bersama kamu..
harap kamu bahagia dengan pilihan kamu..
aku adalah kejahatan cinta yg kamu takkan lupa..
dan kamu adalah bidadari aku yg singgah sementara..
aku hargainya..
terima kasih kekasih lama..
meninggalkan aku dengan hanya panggilan telephone..
atau menghantar msg dengan ucapan "gone"...
so its done..

-umpah aku teringat kamu semua..
selamat bertunang..pada kamu..
selamat berkahwin pada dia...
dan berkasih pada semua yg pernah bagi aku cinta..

-haha.