Friday, July 31, 2009

cerita aku..

bunuh lah aku..
penuhi permintaan ku..
kerna setiap hari aku melihat diri sendiri..
di penuhi emosi yg merantai hati..
menjerati segala cinta yg ku miliki..
iri pada kamu..
kerna sentiasa senyum tanpa ragu..
sedang ku kaku..
terpaku layu..
ingin menari seperti robot tidak bersendi..
ingin menyanyi..
bagai katak di dalam perigi..
walau kamu semua ada disisi..
kenapa aku masih terasa sendiri..
sunyi sepi.

aku termenung melihat awan..
yg putih bersih bergerak perlahan..
aku dalam khayalan..
dan bila tersedar aku terasa sialan..
beban ini membuat ku rasa kekurangan..
tapi aku percaya pada tuhan..
dia pasti tahu apa yg dilakukan.
dan aku tetap melangkah kehadapan..
walau aku kini dalam kehujanan..
walau aku kini dalam tangisan..
aku akan teruskan kehidupan..
semoga disatu hari..
aku dapat ubah hidup sendiri..
semoga diwaktu itu..
aku tak menghampakan ibu..
adakah aku mampu??

untuk kawan.
walau aku keseorangan..
tapi aku boleh menjadikan diri ini teman..
untuk kamu meluahkan..
dan bila aku tak diperlukan..
kamu boleh pergi meninggalkan aku begini..
kerna aku sudah biasa sendiri..
dibuai mimpi..menceriakan org lain tapi bukan diri ini..
menceritakan keseronokan.. sedang hati sudah lama mati.
tak siapa pedulikan..tak minta aku untuk di simpati..
apapun yg terjadi.. aku tetap emy.
tersenyum pada kamu sehingga kamu pergi..

peace..

:))

Friday, July 24, 2009

laptop ku dipinjam oleh ayah ku.

hmm.. laptop dipinjam kerana ayah ku ingin membuat kerja kerja kursus dia.
jadi aku ternganga sebentar...
so lagu lagu terhenti seketika... aiseyman...
terima kasih kepada yg sudi melihat dan mengutuk lirik lirik ini..
sekian terima kasih sila datang lagi..
:)

salfarina..

salfarina..
maafkan aku kerna..
membuatkan kau membazir masa..
menyintai aku tanpa ada apa apa..
aku tak pernah membandingkan
dengan ina atau sesiapa yg kau ragukan..
aku tak pernah curang dengan tuduhan..
yg kau lontarkan pada ku satu masa dulu..
sehingga kini aku masih kaku..
bila gagal menjaga mu..
gagal sehingga kau menjadi ragu..
tertundukku malu..
cinta yg ku agung kini hapus begitu..
di suatu saat kau pasti akan temui..
cinta sejati yg sebenarnya hakiki..
sedang aku akan sentiasa mendoakan..
kebahagiaan dan keindahan cintamu..
tapi aku tak boleh lupakan mu..

degup jantung ini seakan mengetahui..
aku sedang bermimpi suatu cinta yg mati..
mungkin kesilapan aku..
sampai kau tak mempercayai aku..
salfarina...
maafkan aku..
kerana tidak dapat melupakan mu..
kau antara yg terbaik yg pernah mendampingi ku..
kau yg terhebat menyintai aku..
kini ku tahu kau sudah pergi..
tak guna untuk aku tangisi..
kau mudah melupakan aku disini..
kau mudah melalui hidup tanpa "emy"..
sedang aku mengheret kenangan..
malam atau siang ku hanya berangan..
kau dtg dan menerima ku..
tapi aku tahu kau dan pergi dulu..
menghapuskan cinta aku.
yg ku pinta hanya satu..
maafkan aku..
maafkan aku..

Saturday, July 18, 2009

persahabatan..

ku mencipta sebuah senikata,
ilham dari naluri hati yang bercerita,
seorang gadis yang sangat ku bangga.
seorang gadis ku gelar "best friend forever"
bagai bayu yg menyapa..
begitu lembut suaranya..
bagai petir yg kuat berlaga..
begitu juga ketawanya...
aku tahu aku sudah berjumpa..
dengan teman yg tak mungkin ku jatuh cinta,
dengan teman yg membuat ku tersenyum semula..
kita belum berjumpa.
mungkin aku tak tahu semua perkara.
aku tak tahu semua tentang dia,
aku hanya pegang satu perkara..
"usik aku bermakna usik dia"
dan sejauh mana aku berada.
sesukar mana sesuatu yg melanda..
aku akan menghubungi dia.
kerana dia teman yg paling aku percaya..
kerana dia tahu hampir semua rahsia.

Ini persahabatan..
Tiada kata indah yg perlu diucapkan,
Tiada romantic yg perlu dituliskan.
Aku mencipta satu penulisan..
Dari hati yang penuh keikhlasan..
Mungkin ini peninggalan seorang kawan,
Untuk dia jadikan tatapan.
Yang aku pinta hanyalah dia ketawa,
Bersama cinta dia dan keluarga,
Bersama cita cita dan keseluruhannya…
jika bulan bercahaya di panggil cinta..
bintang bergemerlapan di panggil kawan..
kehidupan aku gelap tanpa cinta..
tapi berkilauan kerana ada persahabatan
aku tak perlukan “angel” untuk memberi senyuman,
cukup seorang kawan biar pun dia memberi kutukan,
dan menjadi penyeri jika aku keseorangan.
Dia akan “kacau” jika aku kesengalan..
Dia takkan “halau” jika aku menyibukkan?
Hahahaha…

aku rasa ko tahu aku tuju untuk siapa..

peace.

Friday, July 17, 2009

budak kaya jadi rapper?

jika aku diberi pilihan..
aku tetap pilih jalanan..
pengalaman dan pengetahuan..
walau aku dihina..
berpakaian tak berjenama..
sedang performer lain datang dengan kereta..
lagak gangster, pakaian budak kaya..
melihat aku bagai anjing..
lalu depan ku dah buat bising..
berlagak dengan rantai blink blink..
aku tetap steady..
aku tahu mereka tu budak study..
hanya wayang konon street..
hanya tayang dia budak freak..
adakah mereka sakit?
teringin ke nak jadi jahat?
jahat itu betul ke hebat?
seronok ke mengaku merempat?
sedang aku inginkan hidup normal..
keluarga bahagia bukan struggle..
pergi ke college.. bukan kena kejar polis..
aku naik ke pentas.. semua melihat bagai najis..
mulakan beat.. aku bermula..
semua melihat dengan ternganga..
aku sampaikan cerita terus ke telinga..
keadaan sebenar kami semua..
dipinggir masyarakat..
org awam meluat..
tetap kami berjalan..
menyanyi tanpa mic depan kawan kawan..
depan org ramai.. aku suarakan..
"fuck siapa yg pandang.. korang ingat aku telanjang..
nak cakap bangang..korang hidup senang..
meh lah datang..aku terajang..biar bodoh mcm binatang"

melihat budak kaya cuba menyanyi..
kasut kotor dah sakit hati..
sekali tanya budak IPT..
boleh ke jadi THUG?
tahu ke dia apa itu sengsara di kaki lima?
kesejukan tanpa apa apa..
budak kaya tu menyanyi ke membaca?
kenapa bunyi mcm celaka?
turutan mendatar tanpa alunan nada..
mungkin mulut dia penuh gula gula..
aku bukan mencaci..
tapi hati ni rasa nak maki..
merosakkan image MC,
baik dia pergi nyanyi lagu siti.

budak kaya ku..
mari duduk bawak lampu..
tengok aku jalani hidup yg pilu..
tanpa katil dan penghawa dingin..
tanpa tv dan kipas angin..
kencing di longkang..
melepak bagai jantan dan jalang..
di tangkap jadi bekas banduan..
apa yg kau rasakan?
taknakkan?
pergilah balik dengan kekayaan..
jgn berlakon menyanyi kesedihan..
luahan nyanyian langsung tak berkesan..
sebab kau takkan faham..
dari siang ke malam..
jatuh bangun terpelosok tersembam..
esok tetap tersergam menggenggam..
sebuah cerita yg sekarang ku jadikan ilham..

iklan iklan iklan 2 - rehat jap beb....


sikit info disini.. aku letakkan sepoloh artist yg menjadi kekaguman aku.. mendengar lirik mereka.. tupac,notorius b.i.g,eric clapton,kurt cobain,pink,mariah carey,aaliyah,celine dion dan kelly clarkson...
belum aku letak kumpulan... mmg banyak walau aku more to rap tapi kalau music untuk aku rilek mmg banyak yg bukan dari genre rap. semua semua aku layanlah.. sepoloh ni pun yg terdekat je aku letak malas nak pikir. tapi aku selalu dengar lagu doranglah..
kalau kumpulan mcm -kiss,GnR,MLTR,aerosmith.....
destiny child,bon jovi,outkast,ACDC,led zeplin.. fuhh banyaklah..
kumpulan nie aku layan banyak kumpulan rocks tahun 70an sampai 90an..
lirik diorang true siut!!!
dari segi gaya penampilan yg aku sangat adore adalah sid vicious dari sex pistols.
kebanyakan lirik yg aku buat mmg aku flow dari otak dan aku taip terus dengan bantuan jari jemari ku sendiri... berdasarkan kisah benar pengalaman hidup dan pemikiran serta pendapat mengenai apa yg ku cuba sampaikan melalui lirik aku sendiri semua dari otak karat aku neh.
walaupun aku dengar lagu omputeh tapi grammar aku mmg failed.. teruk sangat.
so tgh belajar berjinak dengan lirik omputeh..
aku juga ada layan artist malaysia... mcm search,ella..KRU,nico,4u2c.. skg ni aku layan lagu stacy hahahha...
so lirik aku ni ada banyak ketegori ada yg agak cun ada yg bodoh sangat..
rangkap yg lemah,intro dan outro yg tak kemas..
jadi korang nilailah sendiri...

"ada mata lu org tengok..
ada mulut lu org kutok..
ada jari..komen lu kasik tarok..
barulah syokkkk...."

peace!.

mintak maaf. - blur neh..

jika kamu mengenali ku..
ingin ku katakan satu..
maafkan ku untuk pertama kali..
mencipta lirik dari lubuk hati..
untuk sahabat yg aku kenali..
untuk bff yg pernah ku lukai..
untuk family yg pernah ku hancuri..
untuk ex yg ku selalu bohongi.. (hehehehe)
aku mengakui sifat ku ini..
kadangkala disukai kadangkala dibenci..
ayat aku pun tak boleh blah.. ( kata iela..)
tapi aku sedar dan mengaku salah..
membuatkan kamu rasa susah..
membuatkan kamu mcm sampah..
tetap kamu disisi..
menjaga jiwa dan sanubari..
"taknak kecik kan hati emy"
sedang aku terus berlagak..
meneruskan apapun yg membuatkan kamu muak..
tak serius dengan nasihat dengar nak tak nak..
aku tahu dan aku menyesali..
aku salahkan diri sendiri..
duduk didalam bilik memandang ke almari..
mentaliti ku bercabang dan aku menyedari..
hidup ini bagai melody..
perlu bercorak bukan mendatar..
jika berselerak.. punah dan hambar..
manalah aku dapat kata pujangga ni..
selamba type dekat nukilan seni..
tapi ini yg terpacul dari otak emy.
juga tersasul tertekan papan kekunci..
terkeluarlah senikata lirik tersendiri..
ikhlas dari hati maafkan aku sekali lagi..

mak dan abah..
aku mengaku aku bersalah..
jadi anak buat kamu susah..
tapi aku bersumpah..
aku akan berikan kamu senyuman..
dan aku akan jadi anak kebanggaan..
untuk kawan kawan..
zul dan lan.. jimmy juga wawan.
kamu tahu aku dah berubahkan?
aku akan tunjukkan.. ini yg aku janjikan..
aku memohon maaf juga pada abglan..
kerna tak menyambung janji kumpulan..
kerna aku tak boleh meraja bagai syaitan..
aku tak boleh berlumba seakan shogan..
dan bergaduh untuk menang perlawanan..
maafkan aku kawan kawan.
terima kasih..
untuk peluh dan darah yg kamu korbankan..
terima kasih...
untuk doa dan sokongan yg kamu berikan..
terima kasih..
pada tuhan yg selalu ada bila aku kesedihan.

untuk kamu berdua..
fifie dan iela..
satu rendah satu tinggi sangat.
aku tahu aku jahat..
tapi aku bersyukur ada kamu..
satu gulon dan satu bolat..
melihat kamu aku tak pernah jemu..
jika kita berpisah..
dan takkan berjumpa sudah..
ketahuilah..
berkawan dengan kamu berdua buat ku rasa bangga.
hidup aku sungguh ceria tanpa ku fikir kenangan lama.
ada cerita baru..
mendengar cerita cinta kamu..
dan aku harap kamu bahagia selalu..
ku memohon maaf untuk kesilapan lalu..
dan maaf jika tak sempat mengucapkan..
selamat tinggal pada kamu berdua kawan..
dan pasti kita bertiga bagai adik beradik kan?
kan? kan? nah.. aku bagi satu senyuman..
hehehehehe...

Thursday, July 16, 2009

anniversary...

late night i call you..
u never answered..why boo?
if u period dont make me feel idiot..
u irratated u look really weird..
lock in ur door and be frustrated.
msg me and shout "enough this conversate"
i never do anything why u really hate?
just open ur heart like open the gate..
i walk to ur life gamble with my fate..
now i feel affraid.. u make me feel death..
no matter what i still wait..
until u think normally head..
if i do wrong just punish me and i rather paid..
and u said...

this is our anniversary..
1 years and firsttime to be..
but where the gift? or something to me?
u forget and dont say L.o.V.e..
im ur gf but u bz with ur self..
owh shit.. now i remember..
now i know why she really anger..
i said im sorry..
but this girl too cold for my appoligy..
i walk away and search in cities..
think to make her feel happy..
buy cake, candle and some candy..
flower with ur favorite colour pinky..
gift from shop zone like armani or gucci..
i dont care bout the cost or money..
anything everything for my baby..

this is the love rule..
if she sad just quick and make move..
if she had what she want just a prove.
i walk with all this gift to celeberate this all..
she look at window with my guitar i sing avenged sevenfold..
and i call her for down on me and accept my appology.
she said i bite u first cuz make me really angry..
and i said u can do whatever u want to do to me..
cuz u my boo and forever i will remember this anniversary..
then she accept my sorry and bite me when moon brightly..
hihihihihi...

-english oh english.. sangat susah dan berterabur aku rasa..-

perasaan aku sekarang.

ini semua bagai mimpi..
aku teruja dan "happy"..
terasa mcm berlainan sekali..
hidup dah berubah lagi..
kini bertujuan...
ada haluan..
tidak ada percintaan yg menyusahkan..
mahupun perempuan bermata duitan..
ada duit nak beli durian..
sedang dulu rokok sebatang pun mintak kawan..
kini apa yg ku mahu.. aku boleh dapatkan..
tanpa rompakan atau buat pinjaman..
setiap pagi bermula dengan senyuman..
walau kadangkala keletihan..
tetap ku berterima kasih pada tuhan..

hukuman dah dekat..
tapi aku dah tak jahat..
mungkin ini untuk ku beringat..
supaya taubat..
supaya lebih matang dan kuat..
melangkah terus tanpa disekat..
bila hukuman sudah ku buat.
aku ingin berjumpa mereka..
kawan yg sentiasa ada...
bila aku suka atau duka..
walau tak nampak muka..
tapi sungguh selesa..
awal lagi aku dah order..
milo ais dan nasik goreng cina..
dan aku suka bila dia berkata..
sakit aku bermakna sakit dia..
dia "best friend forever.."

aku bukan lagi gangster..
aku kini dah bekerjaya..
walau gaji sederhana..
aku tetap gembira..
aku juga telah jadi seorang brother..
kepada adik yang aku tak pernah jumpa..
terima kasih adek..
memberi peluang yg terbaik..
aku akan jaga dengan baik..
tak pernah ku jangka..
membeli laptop guna duit yg ada..
hasil halal dari gaji pertama..
ps2 dan handset 3G
original cd's rm45.00 from b.i.g and p.a.c
mcd's untuk sarapan pagi..
tak pernah terfikir hidup begini..
nampak police pun dah tak lari..
selepas trial nanti aku akan free..
aku berjanji akan bahagiakan family..
yeah..aku sangat happy..

doakan aku..
dosa dosa ku dulu..
banyak gila wa cakap lu..
sembahyang pun tak cukup 5 waktu..
tapi harap aku dapat berubah satu per satu..

iklan iklan iklan... -selepas penat berkarya-


contengan hati..

aku memegang duri dari sekuntum bunga..
bergenang air mata menahan sakitnya..
tetap ku bangga dan menjulang ke atas..
walau ku tahu kesakitan tidak terbatas..
melakar mimpi di langit biru..
melihat pelangi di hujung jari ku..
indahnya sebuah cereka jauh disitu..
ingin ku gapai tangan ku malas..
ingin ku sampai kaki ku kebas..
aku mendengar nadi ku sendiri..
menyanyi mengikut irama hati..
sesekali menangis inginkan mati..
ku teruskan langkah untuk mencari..
sebuah kisah yg ku tak pasti..

sang dewi menghayalkan ku..
pari pari menyesatkan ku..
bertahan dengan prinsip hidup.
perlahan menyisip dan melitup..
kolam cinta ku menghirup..
sekilas luka terjadi di emosi redup..
berlari dan cuba membalut luka..
darah ku keluar berwarna jingga..
dilihat semua fitnah menular..
cinta yg ku sasar..
menjadi mitos dan ku tak sedar..
sekian lama menunggu debar..
rupanya heretan kenangan liar..
terlambat untuk ku lakar..
kini mereput sampai ke akar..
berdiri ku berjanji akan membakar..
ku akan mulakan kembali pada yg hambar..

pendeta berkata aku penipu..
reka cerita dan merapu..
aku menyapu semua yg dulu..
peduli apa pada mereka yg tidak tahu.
gagal ku kerna bebal dan kurang handal..
padahal ku sengal sbb bodoh bermuka tebal.
ku menyendal supaya semua nya kekal..
tapi sesendal ku mereput kerna ku tak punya akal..
akhirnya termenung sial mengungkap sesal..
bersahabat ku dengan merpati..
jinak kau datang jinak kau lari..
jinak ku malang jinak ku mati..
aku takut!! celaka diri ini bodoh..
kalut keliru siapa ingin ku tuduh..
mengadap cermin melihat hudoh..
mengharap cermin untuk ku sembuh..
memecah cermin itulah angkuh.

-lirik di atas pasal penjara,cinta,ina, kawan yg membenci aku.
korang susah nak paham kan? hahahahaha.

Wednesday, July 15, 2009

memanjat.

aku cuba melihat kedepan..
apa yg aku selalu mimpikan..
tapi banyak yg menghalang..
aku tetap merancang..
yang pertama gagal..
yang kedua sengal..
yang ketiga tertinggal..
aku tetap memanjat..
untuk aku melihat..
mimpi yg aku pahat..
dan aku pasti akan dapat..
setiap langkah aku cuba tabah..
menggigil tapi aku takkan lemah..
cuba kedepan takkan menyerah..
kerana ku tahu..
tuhan sentiasa bersamaku..
"angel" juga membantu..
dan aku akan terus menuju ke arah yg ku mahu.

aku terus memanjat kelukaan..
aku harus memanjat ketakutan..
aku telus memanjat kehinaan..
demi sebuah kehidupan..
aku akan tersenyum..
jatuh dan terhukum aku terus menyambung..
memanjat walau setinggi gunung..
jatuh dan bangun bukan sendiri..
mungkin ada mereka yg masih menyayangi..
aku tak akan mengecewakan mereka lagi..
terus mencuba..
walau dalam kepala ada suara yg berkata..
"emy takkan mungkin berjaya"
tapi aku tetap cuba..
sebab aku ingin mencapai cita cita...
aku pahatkan dihati..
memperkuatkan diri..
memanjat apapun yg menghalangi..
sbb aku emy.. yg tak mudah patah hati.. (puji diri sendiri)

kadangkala aku menangis..
melihat mimpiku semakin terhakis
tapi cerita itu takkan habis..
selagi nyawa masih ada..
selagi itu aku akan berusaha..
kadangkala aku mengeluh..
mengatakan diri bodoh..
duduk sebentar..
akhirnya melangkah juga..
sebab aku perlu mengejar..
mimpi yg akan menjadi nyata..
memanjat apa sahaja..
untuk mencapai cita cita..
dan harap aku tak kecawa..
jika aku jatuh untuk kali keempat..
kerna ku pasti aku tetap akan memanjat..
dan akhirnya aku pasti akan dapat..
mencapai impian yang aku harap...

boneka pilu

bintang tanpa cahaya..
bulan pula redup tidak bersinar..
ku berjalan tidak bermaya..
selepas melihat kau melakukan onar..
terlintas kau menduakan cinta..
membunuh aku perlahan lahan..
melihat kau berpegangan tangan..
bergembira menghancurkan percintaan..
ku pulang dengan hati kecewa..
tidak ku tentang hanya membiarkan..
ku membalut luka dengan dosamu,
ku berpura ketawa dan cuba tidak megambil tahu,
melihat kau cuba berlakon didepan ku..
aku hanya berdiri kaku dgn lidah ku kelu,

aku melangkah tanpa arah..
hati ku menangis bercampur marah,
ingin ku pergi tapi bukan mengalah,
melepaskan kau tanpa tahu adakah ku bersalah..
aku menunggu dan menahan sedaya mampu..
perit kurasakan.. memelukmu bagai bayangan,
sakit seluruh jiwa ku mendengar bisikan percintaan,
ku bagai sesat dalam terang..
pahit untuk ku mengenang..
permainan mu itu sungguh curang..
kau masih mengambil berat diri ini..
masih merindui aku jika tiada disisi..
mendoakan kejayaan aku setiap hari..
tapi kenapa kau menipu aku lagi..
apa salah aku padamu?
sampai kau sanggup memperlakukan begitu..
bagai terjahit mulut aku..
untuk berterus terang apa yg terlihat didepan ku
bagai terjahit mata ini..
untuk melihat kau menyintai aku sepenuh hati.

pernah dulu aku bertanya..
adakah kau menyesal memilihku untuk bercinta?
kau megatakan tidak dengan bangga..
kau cintakan aku sepenuh jiwa..
aku berkorban segalanya..
mendampingi mu supaya kau tidak sepi..
memenuhi permintaan mu apapun ku beri..
akhirnya begini..
melihat lilin yg membakar diri..
demi menerangi sesiapa yg disisi..
akhirnya luluh lalu mati..
mungkin seperti aku..
tetap menunggu kau memberitahu..
sehingga kaku membatu jiwaku..
lalu kau dengan senangnya membuangku.
dibawah cahaya bulan aku melayu..
terdiam membisu hati merayu..
agar aku dapat keluar dari opera mu.
atau mati dalam boneka pilu.

this situation

u see me smile..
u see me wild..
but u never see me cry..
cuz i perfect to lie..
in fact i just too weak for stand.
always gettin banned..
everybody blame..
im tired to be in this game.
coward to walk again..
coward to talk in pain..
becouse of this 2 girl..
i try to beware for trouble..
doing work to show some people..
i change my style to be humble.
but i still get a fuck with no reason.
cuz im ex prison.. and all of u innocent?
i take my sin.. only god can judge me.
dont create asumption at me..
who ask you?
u never know what the fuck is goin on..
carry the beg full of money from shop zone.
slash the guard cuz try to stop me.
flash the light when money make me happy.
i fight on this fuckin court coz im guilty.
motherfucka u just judge me with my personality..
ur dream in ur bed full of cherish
i still walk on street and wait for vanish.

september will be my executioner
remember me when i disappear..
appoligize to all my friends..
i realize ill be missing all my gangs..
going down to my heart..
search part by part..
and i see ur name cross my blood,
my sister my younger and my partner..
wait for me and pray for my sinner..
may god bless me and free me for be prisioner,
don't want to see my mom crying..
but i can't get out to escaping.
take a good care mom.. this is the last thing,
and i swear i never do a crime again..
before this i make mistake cuz i just a man..
down my knee and hands up..
pray for god.. release me from this up,
this test its really hard..

i never proud what i've done!
all people know i do the crime.
now everybody watch me like prime time.
fuck who hate me!!
yeah damn right..
fuck who love me..
cuz u just act...

hahahaha..giler.

Tuesday, July 14, 2009

aku yg bersalah

memuji kau bila tiada disisi.
cuba menjauhi bila kau didepan mata ini,
aku ingin kau memahami..
yang aku bukan untuk kau lagi..
takdir bukan menyebelahi kita lagi..
aku sudah tidak merasa "happy"
walau jasad ku bersama mu tapi hati ini sudah lama pergi.
aku jahat kerna cuba menyembunyikan rasa ini.
tapi semakin itu aku terseksa sendiri.
aku yakin harus pergi..
maafkan aku.

saat kau peluk tubuh ku..
aku tahu yg kau menyintai aku..
kau bersungguh menemani ku..
di setiap nafas kau tak pernah menipu..
tapi aku tak mampu..
untuk menipu kau selamanya..
memang aku yg memulakannya..
mencuri hatimu kini aku memulangkannya..
dan aku tahu tak semudah itu kau menerimanya..
tapi percayalah..
aku mengaku aku bersalah.
aku tak ingin keadaan semakin parah..
kesudahannya kita perlu berpisah.

kau hadir bagai cinta terindah..
tak mampu ku ungkapkan sepatah demi sepatah..
cuma aku tak mampu melupakan yg sudah.
aku cuba untuk berubah..
bina cinta untuk melupakan ina,
tapi sia sia..
mungkin kau terbaik untuk ku cinta,
memang aku pernah menjadi pendusta..
tapi disini ku berkata benar..
aku mencintai kau tapi bukan sepenuhnya..
kita perlu berpisah itu yg seharusnya..
aku takkan mengulangi kesilapan yg sama..
dan aku harap tiada gadis yg jatuh cinta..
pada aku yg akan membawa melapetaka.

cinta - part 1

dah lama ku mencari dia..
sehingga hati ini menangis sengsara..
ku cuba melupakan cinta,
tapi rindu ini membuat ku gila.
aku cuba ketawa.. sia sia.
ku cuba bersedih.. tiada berair mata.
melihat ke kiri muncul bidadari..
melihat ke kanan muncul pari pari..
tetap ku mencari dia..cinta yg ku benci.
bagai bayu yg menghembus lautan..
menolak ombak menghempas pantai..
seakan aku yg ditimbus kenangan..
mengorak langkah tapi berderai..
mungkin dia bukan milik aku,
teringin untuk ku balik ke masa dulu,
melihat dia membuat pipi kembung..
bermata bulat dan suka bila didukung,
sekarang aku tertanya..
dimanakah dia...
aku yakin dia bahagia..
jika dia derita..
kembalilah ke pangkuan ku semula.
terciptanya aku adalah untuk mencintai dia..
mungkin terciptanya dia untuk membuat ku sengsara,
tapi aku bersyukur kerana pernah bersama,
memeluk mu ketika malam..
menyanyikan lagu "always" sampai kau terpejam,
menenangkan kau ketika menangis sampai kau diam,
menggigit telinga kau sebagai tanda geram,
membaca novel bersama dengan suasana tenteram,
kau masuk kedalam baju aku bila terasa seram,
kini tanpa kau aku merasa suram.
tapi kenangan itu masih ku genggam.
kerna aku tak dapat melupakan kisah silam,


aku pernah merasa cinta sekali,
kedua dan ketiga aku hanya berbohong pada diri sendiri,
cuba melupakan tapi ia makin menyakiti,
cuba membiarkan tapi ia makin menjadi jadi..
mungkin aku menzalimi diri sendiri..
hati dan naluri mati kerana menghukum diri,
cuba menjadi kekasih tapi hati ini bagai tersisih,
aku letih untuk mencari cinta selain dia yg ku kasih,
tapi aku perlu berjalan di dunia reality,
mencari cinta yg sememangnya untuk diri sendiri,
bukan menunggu sesuatu yg tak pasti,
tapi aku belum menemukan jalan..
untuk aku menghilangkan kesan kelukaan,
yg menjadi ratapan sehingga sekarang,
aku mengharap bulan terang..
dalam cinta yg tenang..
untuk menjahit luka..
yg kini masih melara..