Sunday, November 21, 2010

lirik untuk kekasih ku.. "perghh.."

disini aku ada satu soalan..
dimana kau belum memberikan jawapan..
aku tahu kau seorang gadis yg baik hati..
tidak tercarik noda oleh kejahatan lagi..
senyuman mu..bagai penawar hidup ku..
kerinduan ku padamu hampir menjadi ketagihan..
kau lah bidadari yg turun untuk menjadi peneman..
pada yg tersasar hidup dan hilang arah..
kau datang berikan cahaya yg cerah..
aku tak sanggup kehilangan walaupun terpaksa menyerah..
aku rela mati dari kehilangan sebuah sejarah.
percintaan kita ini bagai langit dan bumi..
aku kotor dan tiada daya untuk mengangkat muka..
sedang kau bagai asal dari kayangan yg ada di syurga..
terimalah diriku..
takkan ku biar kau menangis sayu..
aku mampu untuk lakukan semuanya..
demi senyuman,belaian dan kasih sayang dia..

setiap cebisan kenangan pada ku hilang..
tiada ina atau sesiapa yg dapat menghalang..
cintaku sebelum ini tiada mampu melawan cinta mu..
bagai seribu bidadari memimpin mu pada ku..
hitam sejarah dan kejahatan ini seakan pudar..
bila mendengar kata kata dan tawa riang ria..
aku berterima kasih pada tuhan..
memberi satu cinta yg penuh dengan keindahan..
aku mewujudkan kau di dalam lirik..
walau aku tahu kau tidak dapat diungkapkan walau sedikit..
aku tahu aku sedang gilakan kau..
aku tahu mungkin kata kata ku melampau..
tapi aku tak pernah berikan lirik yg melakaui..
batasan yg ada dalam hati ini..
peluklah aku.. aku ingin berada dalam kehangatan mu..
kau menunduk padaku dengan sopan dan aku rasa akan kebahagaian..
terima kasih kesayangan..

aku cintakan kau pada pandangan pertama..
gelaran ku padamu adalah biskut tiger..
cinta ku pada mu sesetia langit pada dunia..
dan aku merasakan kau segala galanya..
jika kau tiada..
aku binasa..
aku mati dalam kecewa..
aku akan menutup mata..
dan takkan bangun sampai bila bila..
kau pernah berkata.. aku kau cinta.
tak pernah kau rasa bahagia dan tertawa sebegini rupa..
aku berjanji akan buat kau bahagia..
tiada air mata..tiada duka dan kecewa..
semua untuk kau sahaja..
nur farah syahira..

jika aku mati dahulu..
dan kau melihat ku pergi begitu..
aku nak kau tahu..
kau mengalahkan yg lain dalam percintaanku..
dan terima kasih kerana melenyapkan memori duka itu.
kini aku bagai bernafas baru..
bila kau menjadi peganti pada semua memori yg dulu..
kau yg terbaik bagiku..
sumpah aku menyintai mu..
selamanya..
aku tahu kau juga menyintai ku sampai bila bila..

mwahhh!!~~

-utk nur farah syahira " harap ini yg terakhir sampai ke akhir hayat "

peace!~

Tuesday, November 16, 2010

lirik raya korban.

bangun raya..
ada sembahyang raya tapi aidiladha,
aku bangun melihat family..
mereka tak abis abis didapur lagi..
aku cuba mencari lagu lagu yg kena dgn suasana..
tapi tak ada..
erk? kenapa lagu raya aidil adha tiada?
nyanyilah pasal sedihnya lembu..
atau bangganya lembu menjadi korban manusia..
yg memperingati perbuatan nabi ibrahim mengikut perintah allah yg esa..
memberikan nabi ismail sebagai korban untuk taat pada perintah dan agama..
aku termenung di depan komputer..
cuba memikirkan mcm mana nak type lagi..
sejarah aidil adha tentang pengorbanan..
aku pula dalam agama sentiasa terlupa dalam perjalanan..
hmm.. aku dah banyak berkorban untuk kawan kawan..
untuk kekasih yg pertama dalam kehidupan..
tetapi pada tuhan?
belum lagi kan?
kehidupan ini perlu ada pengorbanan..
baru dapat sesuatu yg terbaik selepas kehilangan..
bagai satu pemintaan pada tuhan..
ingin yg terbaik tapi diberikan hujan..
lebat berdentum dan mengerikan..
tapi selepas itu tuhan beri kita pelangi yg mencantikkan..
untuk kita pandang dan memujuk hati yg tadi sedang ketakutan..
jadi semua ada "pro dan contra"
dimana positif dan negetif juga wujud dalam kehidupan yg nyata...
tapi aku tak pedulilah..
yg penting ada rendang dan limpa..
feveret aku sejak kecil lagi..
mak mesti marah sebab aku tak balik lagi..
hahahaha...

terfikir bila melihat lembu itu..
mak kata jgn sedih sebab nanti tak dapat mkn lembu..
aku pun menahan..
tapi terharu bila lembu itu menangis..
menghembuskan nafas dengan cara tragis..
dan mengeluarkan bunyi yg sgt dramatis..
ehh aku pulak kenapa puitis..
sedang perut berbunyi menandakan nasik dah dihidang..
tapi aku tak puas hati kenapa lagu raya korban tak berkumandang..
apa yg terjadi pada lembu lembu yg terkorban..
jgn rasa kesian nanti tak boleh makan..
aku dengar jeritan budak kat masjid tadi..
hahahaha geli hati..
tak terfikir nak buat lirik..
kalau tidak dah bertulis nota ku dengan bait bait..
sambil berfikir.. aku nampak kanak kanak riang membawa daging lembu..
aku rasa sungguh seronok melihat mereka bergembira begitu..
semoga satu dunia brseronok..
yg miskin dan terpinggir pun ikut seronok..
yeah!!

di akhir kata..
aidil adha ini ada sejarahnya..
sepuluh zulhijjah hari penting dalam sejarah..
dimana nabi adam dan hawa di keluarkan dari syurga allah..
dan betapa pentingnya kita untuk ke kubur..
dan bermaafan jgn takbur..
berbaju baru dan melawat saudara yg hampir hambur...
panjang nye cerita aku pun kebulur..
aku pun nak melawat saudara dalam bahasa jawa dipanggil (sedulur)
jadi untuk semua kawan kawan..
ucapan aidil adha didahulukan..
salah dan silap harap dimaafkan..
aku korbankan lirik untuk dibacakan..
so... bye.. aku nak mkn lembu tanpa sedih dan kesian..
sebab aku dah kelaparan!!!
hahahaha...

happy eid dul adha iella!!!!!.

pelacur

12 malam..
aku di depan cermin dan diam..
hanya memakai pakaian dalam..
baru melayan kawan yg memberikan aku bayaran..
cukup untuk diri ini makan..
sakit.sedap atau senak semua itu lumrah..
untuk meneruskan hidup yg tak tentu arah..
untuk ku sambut bala dari jalan yg salah..
aku dah tak rasa apa..
di atas katil di henjut,cium tanpa rela..
aku pasrah mengira masa..
mcm2 bangsa rupa dan segalanya..
lelaki yg bangsat yg memuaskan nafsu..
menjadikan aku begini tanpa malu..
aku buntu..ingin berubah,sedangkan bagai satu dunia menghina aku..
aku mengaku.. hidup ini hanya sementara..
dan aku sanggup lakukan apa sahaja..
kalau dapat mengulangi masa..
bukan begini..
berpakaian sexy..
bepelukan menyerahkan batin sendiri..
sedangkan hati sakit tidak terperi..
aku dah tiada geli..
perasaan aku mati..
mencari nafkah dengan lelaki yg bernafsu serakah..
bilakah langit mendung ini akan cerah..
bilakah lutut ini akan turun ke sejadah..
sedang tiada jalan untuk ku berubah..

di belakang lorong..
melihat kawasan yg lohong..
aku tahu ini jalan terpesong..
takkan aku nak jerit mintak tolong!!!
sedang ini dulu jalan aku pilih..
berhutang dan menjadi penagih..
untuk selesai aku terpaksa menahan pedih..
menjual maruah untuk diratah dan di agih..
sedih? rasanya dah lama berlalu..
duduk di hotel melihat jantan terbaring ditepi ku..
dia tak mengenali ku.. tapi memberi ucapan i love u..
membuka pakaian ku..
meneroka seluruh tubuh badan..
dia kegersangan..
sedang aku tiada langsung perasaan..
yg ku buat hanya sebuah lakonan..
aku bukan syaitan..
tapi terikat yg menjadi hamba pada jantan jantan..
yg jauh lebih teruk dan laknat dari syaitan..
aku dah tak mampu untuk menahan..
yg terakhir hanya merasa lelehan dari dosa ku yg keseorangan..

ibu bapa pergi kerana tak mengaku aku anaknya..
jantan jantan menipu dan memuaskan nafsu mereka..
semua manusia hanya menghina dan jijik melihat aku menjaja..
tuhan tolonglah bantu hidup ku..
padamu hanya kau yg maha mengetahui..
yg diriku tak rala untuk menahan lagi..
tiada air mata atau daya untuk ku harungi..
yg tinggal hanya mati...
tiada lagi cinta..
rindu dan kasih pada aku pelacur yg hina..
hidup hancur binasa...
melihat tapak tangan yg ada didepan muka..
menekup sambil berkata..
tolong ambil pisau dan tikamlah pada dada..
kerana tak tahan menahan sebak didada..
bukan aku ingin selamnya menjadi pelacur..
tapi mereka tak pernah memberi ku peluang untuk mengatur..
ingin ku berubah kedepan..
mereka suruh ku mengundur..
kembali ketempat ini menjadi pelacur.

Thursday, November 11, 2010

cinta yg terpisah.

"terbaik"nya malam ini kerana kita bertengkar..
sebaliknya aku terdiam bila hati ini berdebar..
bila kau mengungkit semua dari mula..
kau benci..kau tak puas hati..
kau kata lebih baik aku mati..
dan aku hanya berdiri memerhati..
kau menangis dan menghempas pintu..
menghakis semua cinta ku..
rupanya kau rasa aku tak berguna sejak kita bercinta..
kau rasa sengsara..
kau ubah fikiran dengan pantasnya..
semua cinta yg kau kata hanya pura pura..
aku mencipta sebuah lagu bukan untuk mengutuk mu..
aku ingin katakan aku tak boleh hidup tanpa dirimu..
aku gagal dalam bercinta..
tapi aku tahu aku tak pernah menduakan cinta..
aku bersumpah yg kau terakhir bagiku..
tolong terima aku dan aku rela perbaiki semua itu..
tapi..
malam ini aku berjalan sendiri..
bila panggilan "phone" aku dimaki..
dan tiada lagi peluang diri ini..

didalam hujan ku menyendiri..
bagai mata kail tercangkuk dihati..
terasa sakit yg aku tak pasti..
terduduk ku menahan air mata ini..
kesalahan aku cuma tiada masa depan..
yg aku boleh berubah jika diusahakan..
tapi kau tiada sabar..
aku tak pernah buat kau susah..
apatah lagi mengatakan kau salah..
tapi kau rasa aku yg menyusah..
jalan terbaik kau hanya berpisah..
aku mencari cinta.. bukan perempuan..
aku bukan manusia sempurna.. tapi hampir kepada syaitan..
mungkin kau dewi purnama yg sentiasa bercahaya..
tapi bukan cahaya itu boleh bersinar selamanya..
dan aku bukan tak pernah fikir masa depan kita..
tapi apakan daya..
kata apa tak guna..
kau pergi begitu saja..
bagai daun pintu yg menghempas semula..

malam tadi aku mula ketawa..
tiba tiba kau menelefon ku semula..
kau kata tiada lelaki yg boleh buat kau ketawa..
kau ingin aku menemani..
aku buntu tapi menyedari..
kau tak jumpa lagi peganti..
kita berbual lama..
kau menangis di akhir perbualan kita..
kau kata "rindu aku"
aku kata kenapa aku?
kau kata... aku pilihan mu..
akhirnya aku menghabiskan perbualan..
dengan kata kata.. takpelah aku ni budak setan..
layak duduk hutan...
dia terdiam dan phone pun diletakkan..

pecintaan ini sangat menyusahkan..
bila perempuan anggap diri mcm puteri kayangan..
melatakkan aku di tong sampah..
kini ambil dan simpan di almari yg indah,.
bodohlah..
aku bukan barang simpanan..
dan kau bukan puteri kayangan..
aku akan terus pergi..
berjalan dan menghilangkan diri..
tanpa berkata apa..
aku cuma niat dalam hati..
aku hanya menyintai dia yg dulu..
bukan sekarang yg aku tak pasti tentang cintaku..
tersenyum sekejap..
sebelum menutupkan lampu yg malap..
dan akhirnya aku terlelap..
adakah cinta boleh jadi sesenyap ini...
takkan walau dalam mimpi..

bye..