Saturday, April 24, 2010

hebohku untuk cinta..

terbangun dari mimpi..
terkesima sendiri..
datang satu cahaya dan terus bersuara..
dimana ku harus hebohkan cinta pada satu dunia..
untuk ku tunjukkan pada mereka..
aku juga bercinta dan bahagia..
setiap saat ku damba kan dia..
ku lakarkan pada dinding maya..
nama cerita dan segalanya..
bukti cinta ku utuh tanpa cacat celanya..
setanding cinta ku seperti majnun dan laila..
berhari hari dengan namanya.. suaranya..
di atas, bawah, tepi dan tengah semua cinta.
tiada kekosongan dan aku rasa bahagia.
sudah tiada rahsia.. aku ingin berkongsi..
supaya peminat ku tahu cerita selepas berhari hari..
yg aku rasa takkan basi.. dan mereka patut mengerti..
cinta ku murni dan suci..

harkktuih!!
penat mulut ku berbuih..
akhirnya putus ditengah jalan..
kecoh mcm cerita cinta purba khayalan..
tapi sedikit goyang hancur berderai..
aku sedih tahap bersepai..
cinta yg ku kecoh kini terdampar di tepi pantai..
dihanyut lautan sedih sepi melambai..
ku letakkan gambarnya..
ku cetakkan madahnya..
ku ceritakan susahnya...
untuk kamu tahu aku sudah putus.
fikiran ku buntu dan aku hampir mampos.
datanglah kwn kwn dengan simpati..
aku ini tak reti menghargai..
dan tak pandai mendekati..
mungkin dengan cerita simpati dapat aku melihat kamu disisi.
aku bagai tak dapat berdiri..
rasa nyawa ini bagai pergi..
aku dah nak mati..
setiap hari bersedih dan meluka hati..
pedih berganti pedih..
sakit berganti sakit..
ku tunjukkan pada kamu..
supaya kamu dapat kesiankan aku...

ku berdoa pada tuhan satu keindahan..
tapi..
seperti datangnya ribut taufan..
berderu lebat ku kehujanann..
menahan ku kesejukan..
selepas itu datang keindahan..
iaitu pelangi yg cantik pada pandangan..
tak terlawan dan tak tertanding pilihan..
terima kasih tuhan..
diuji dan diberi sedikit kesusahan..
untuk ku dapat sepenuh keindahan..
tak perlu ku hebahkan pada semua..
cinta ku ini tetap sama..
dan menjadi rahsia adalah terbaik untuk ku rasa..
aku tak ingin manis ku dikongsi..
dan aku tak mahu pahit ku mereka benci..
biarlah semua dari hati..
sampai ku mati...

tak mati kekasih ku kalau tak lakar nama dia walau sehari.

peace!~

hahahahaha.

2 comments:

Anonymous said...

apsal ko x letak contoh panah arjuna? wahhh patriotik yer, laila & majnun lagi ko.
=P

Mr EMYHOSA said...

panah arjuna? kenapa nama tu wujud lagi!!!