Monday, February 8, 2010

untuk mama..

aku menghargai..

kini aku berdiri..
cuba memberikan lirik sendiri.
tentang mama yg membesarkan aku..
seorang diri kerana ditinggalkan suami..
dia menangis ketika aku sedang tidur..
dan tersenyum untuk buat aku terhibur..
dia bekerja untuk aku belajar..
belikan computer hasil titik peluh kerja..
tapi aku jadi gangster..
terlupa tentang dia sehingga masuk penjara..
tapi dia tetap disisi ku jua..
tanpa mengalah dia tetap memeluk ku..
mengatakan pada semua yg mama tak boleh hidup tanpaku..
dan aku menangis tersedu..
bila ingat kenangan dulu..

kini aku dah dewasa..
aku cuba membayar balik semua perkara..
mama kata jgn jadi jahat..
sumpah sekarang aku dah tak buat!!
aku sentiasa ingat..
selagi mama ada didepan mata..
aku akan kasih dan sayang selamanya..
aku akan buang cinta demi mama ku..
mungkin tak terlambat untuk ku mencium pipi..
mengesat air matanya dan memberikan wang untuk dia happy..
dan aku gembira sekali bila ada yg mengembirakannya..
dia tersenyum bagai pelangi..dengan matanya yg kecil..
bila dia naik angin..dia akan membebel..
tapi aku dah biasa.. aku rindukan bebelannya..
masakan dan layanan dia pada aku anak kesayangannya..
dan aku tak dapat membalas semua jasanya.
semoga allah letakkan mama di martabat yg tinggi..
kerana dia berjaya mendewasakan aku ini..
dengan sepenuh hati..

aku pernah ditangkap polis..
tapi aku tak menangis..
di penjarakan..
tapi aku tak menangis..
ditinggal kekasih..
aku tak menangis..
tapi bila mama ku menangis..
aku akan ikut menangis..
kerana aku tak sanggup melihat dia kesedihan..
kerana suami dia yg meninggalkan..
dan anak dia yg bagai syaitan..
tapi aku berdoa..
agar dia boleh bahagia dihari tuanya..
semoga satu masa dia bangga menjaga aku seadanya..
dan aku bangga ada mama sepertinya..
aku sayangkan dia..
harap aku akan dapatkan menantu terbaik untuknya.. "hahahaha"

mama ku.
aku harap kau tahu..
aku cuba untuk membahagiakan mu..
walau tak seberapa..
tapi aku akan cuba sedaya upaya..
sebab aku hanya anak tunggal..
dan hanya aku yg boleh berjaya atau gagal..
sememangnya aku nyesal.. sbb berpikiran bebal..
kini aku cuba memperbetulkan..
demi mama ku yg tersayang..
nanti emy belikan mama tudung putih hitam manik manik..
yg mama minta masa kita singgah di butik..
aku tahu mama hanya mengusik..
sebab harganya mahal dan aku tak mampu belikan..
tapi aku akan pastikan mama dapat memakai tudung pujaan..
dari anakmu kesayangan..

dedicate to my mama : norshidah binti ahmad.
panjangkan umur dan peliharalah kesihatan dan kebahagiaan nye..amin..

syg mak.

1 comment:

Anonymous said...

wah, boleh report mak ko neh
ko da wat quote utk mak ko
beshhhhh!~