Monday, May 17, 2010

cerita masa dulu.

pernah kah kehilangan yg tersayang..
masa kau keseorangan terhoyong hayang..
perlukan teman tapi tiada siapa datang..
bagai pengemis yg berkudis merangkak menangis..
tiada siapa pedulikan, yg kau tahu hanya nasihatkan..
adakah aku membebankan.?
menjadi kawan tapi hanya selalu mengadu nasib dan menyusahkan..
dalan hati ini kesakitan.. tapi aku tak inginkan perhatian..
aku inginkan sesuatu untuk aku mengadu..
melihat kedinding dan bercakap..
aku menekup muka dan mata mula terlelap..
menutup mata dan memikirkan semula..
sejarah dulu kala dimana cinta menjadi pemusnah semua,
kuasa mengurung aku di dalam penjara..
aku terduduk sengsara menghitung masa..

tangan bergari..
kekasih aku tertunduk sepi,
mak menyepi memandang diri ini..
aku memalukan keluarga..
semua jadi celaka..
kawan kawan kata aku gila,
kekasih aku pergi begitu sahaja,
duduk di pintu besi,
melihat ke tingkap dan menjerit dalam hati,
setiap pagi aku ingin memeluk mak,
tapi aku tetap terkurung menangis sebak,
aku berdendam..
aku akan tunjukkan dan suruh mereka berdiam..
suruh mereka tergamam..
aku menjaga hati mereka..
tapi mereka tak pandai jaga hati ini..
aku tak harapkan kawan kawan..
fifie di seberang lautan,
zul masih dalam pelajaran..
hanya aku disini keseorangan..

10kali fikir..
cuba carik kawan yg hampir..
tapi mcm iela yg tak suka didampingi..
membuatkan aku tak selesa mendampingi..
mungkin aku bekas jenayah..
yg suka buat org susah..
yelah..hidup aku tak boleh blah..
ex aku pun blah..
semua aku yg salah..
aku taknak berubah untuk hidup aku yg mmg susah.
tapi aku buktikan..
aku bukan syaitan.. tapi ciptaan tuhan..
mungkin dulu aku bagai anjing..
tapi tak selamanya aku akan menyalak nyaring..
aku akan berpaling..
dan membuat diri aku berdiri gagah seperti king!
tapi sekarang aku masih pening.

mp3 ditelinga..
aku mencipta sesuatu dengan peka,
lirik atau beat pasti aku reka..
aku nak jadi rapper gangsta..
dan aku harap semua terlaksana...
sebab aku akan letakkan hidup aku untuk bermula.
dan berakhir dengan kematian miskin atau kaya.
satu masa kamu percaya..
aku akan berjaya semula dan kekal selamanya.

No comments: