Sunday, January 31, 2010

rindu

ku berdiri...
didalam kegelapan..
sendiri bergelinangan..
cuba melangkah..tapi susah..
cuba memaksa.. tapi kalah..
ku mengangkat tangan untuk satu cahaya..
semakin lama ia pergi jauh ke udara..
aku putus asa..
melutut aku di atas paku paku cinta..
dibebani kehidupan yg tak nampak kesudahan..
dihujani dengan penipuan yg terang terangan..
aku kebingungan...
aku mempercayai sesuatu yg tiada pasti..
aku melampaui akal logik ku lagi..
sedang ku tahu..
didepan ku ini hanya cinta yg mati.

jangan beritahu aku dia dah pergi..
jangan ceritakan kesalahan dia pada aku ini..
aku tahu dia dah pergi..
tapi jangan harap dia boleh rampas memori ini..
cinta,ketawa atau air mata.. semua.
ada di semat di dalam hati dan ku pahat di kepala..
biarlah dia pergi.. aku tersenyum puas..
kerana jiwa ku bebas.. melihat cinta ku yg "last"
aku takkan balas.. sebab aku tahu..
aku pernah ada yg terbaik.. terhebat..
dia pergi dari ku mungkin takdir..
tapi terima kasih kerana pernah mengucapkan cinta padaku melalui bibir..

menundukkan kepala didalam hujan..
kisah ku ini jadi tatapan..
kadang kadang aku buat santapan "keboringan"
sedang ku berjalan dibawah hujan..
ku lihat pacaran berpegangan tangan..
hati aku terhenti degupan..
melihat si dia bergembira bercinta...
sedang aku bagai hampir gila..
tapi aku tertewa bila melihat mereka..
kerana sama bodoh mcm aku juga..
jalan bawah hujan buat apa?
hahahahaha gila.
sebenarnya nak sedapkan hati sahaja..
arghhh.. rasa mcm sengsara..
tapi aku berbangga kerana aku dulu yg dapat dia..
cinta ini bagai air mata..
lalu dan lalu dan lalu dan lalu..
sampai rasa tak mampu..
terus tertidur kaku.
huhuhuhuhuhuhuhuhuhu...

dah jangan type lagi emy.
senyap je..
jgn cerita arggghhh!!!!!!
satu perkataan je..
untuk dia.

.rindu.

Sunday, January 24, 2010

ada faham kan? kan?

pertikaian antara dua perempuan..
tentang cinta dan kedudukan..
kelakar gila..
buat aku rasa mcm bodoh je..
semak bila kena terangkan serentak..
benak otak aku senak dan membuak..
ketika semua kawanku sedang bercinta..
aku pula kemelut dengan dilemma..
rasa mcm "casanova" hahahaha..
bapak dia lah.. aku rasa cam sial lah..
kenapa? pertama sebab tak selesa..
kedua..sebab aku tak rasa manisnya cinta..
ketiga aku rasa cam org bersalah je..
keempat malas aku nak citer..

pengertian diriku ini susah nak baca..
kalo diorang rasa boleh conquer..
try ler kalau itu yg ko rasa..
aku bukan misteri cuma aku suka bermimpi..
dan "tak port" hal masa depan nie..
tak "takot" dengan hal "clash nie"
gi mampos kalau cinta itu pergi..
tak haus aku dengan betina betina mcm lu org nie..
aku suka perempuan yg tau jaga diri dan berdikari..
tak kepit sana sini pastu jaga tepi kain aku ni..
aku tahu dia cinta aku..
dan dia tahu aku sgt cinta dia..
tu je.. yg lain tu extra je..
pelik sgt kalau korang gaduh pasal hal cinta.
hahaha pasal aku pulak tu yg gila.

kau kata aku ni budak yg happy and gila..
dia kata aku ni boleh buat dia bahagia..
tapi korang tak pernah buat aku happy,bahagia atau gila..
korang nak menerima semua daripada aku..
tapi tak pernah memberi sesuatu pada aku..
bukan aku mintak bebukan..
cuma secebis penghargaan yg aku rasa aku ni bukan mainan..
fahamkan? bodohlah korang.
jgn fikir aku ni kepunyaan atau pun kesayangan..
sbb satu masa korang pasti menyesal sbb aku ni cepat bosan..
hahaha..cinta tu mcm tebulah.. habis manis sepah dibuang..
itu yg korang buat kat aku..
dah penat aku buat korang gembira..korang campak aku ke longkang..
ceh bangang!
dah rasa cam sampah aku nie..
sampah yg bernama emy..
hihihihihi...

cerita ni ditujukan pada kamu dan dia..
dimana tak habis habis tunjuk terer..
apa yg aku ada sampai korang jadi mcm hooker?
rasa rosak nama jatuh saham aku celaka..
pelik gila..
harap korang sedar dan kembali ke pangkal jalan..
jgn jadikan aku satu tauladan..
tapi jadikan sebagai sempadan..
ada fahamkan? kan?

Saturday, December 26, 2009

hari perpisahan sebuah percintaan..

ku lihat kedalam mata mu..
penuh cinta dan nafsu..
dan bila ku memeluk mu..
aku tahu hati kau tiada disitu..
melayang keluar dari kegelapan..
dan bila kau terpandang wajah ku..
kau hanya mampu tersenyum kaku..
aku tahu sejak dulu..
kau bukan milik ku..
aku tahu sejak dulu..
cinta kita hanya menipu..
cinta selalu datang dan pergi..
tapi aku tetap disini..
ketakutan pada cinta ini..
seperti syaitan bermuka bidadari..
aku tak tahu untuk percaya siapa lagi?
adakah sesiapa percaya aku ini?

kesayanganku..
aku tak mampu menjadi sempurna..
aku tahu mengejar sengsara..
di tepi jalan berangan dewasa..
masa depan aku belum nampak apa..
adakah kau ingin ku menjadi lilin..
membakar diri untuk membuat kau yakin..
membuat kau ketawa sedang ku binasa?
aku kini sengsara..
aku tak pernah ada 2 kekasih..
dan aku tahu aku tak tersalah pilih..
tapi jawapan didepan mata..
kau pergi dengan sengaja..
tanpa memikirkan hati ini bagaimana?
kesedihan dibawah hujan..
dikiri malaikat di kanan pula syaitan..
membisik ketelinga hingga aku hilang pedoman..
ahkirnya aku menjerit mengoyak semua kenangan..

kehodohan diri ku dipaparkan..
kebodohan aku menunggu mu di ketawakan..
tapi adakah mereka tahu..
mengubat hati yg luka ini tersangatlah pilu..
mengambil masa yg lama untuk jadi seperti dulu..
kau perlukan seseorang..
aku pasti datang..
tapi bila aku perlukan teman..
kau terus menghilang..
mungkin aku tak layak bercinta..
menangis aku ketakutan bila aku jatuh cinta..
kerna aku takut kehilangan org yg ku cinta seperti biasa..
terduduk ku sengsara..
melihat kamu semua bercinta..
sedangkan aku dikutuk dihina..
hal kecil kau besarkan..
cinta kita kau pertaruhkan..
akhinya kau tak pedulikan..
terus kau pergi dan meraikan..
hari perpisahan sebuah percintaan..

jika ini karma..
harap maafkan aku ya?
jika ini penebus dosa..
aku bersyukur kehendaknya..
jika aku ditakdirkan tidak bercinta..
terima kasih pada yg menerima cinta saya..
aku redha..
tertunduk ku pada yg esa..
ke syurga atau neraka..
aku harapkan teman yg mampu untuk ku bercinta..
akan ku lapkan air matanya..
walau air mata ku dijadikan gantinya..
aku tak mahu melalui lagi..
perpisahan cinta yg menyakitkan hati..
lebih baik aku mati..
mati dengan sendiri...
dari melihat hari perpisahan sebuah percintaan ku disini.

opppsss..berhenti.
aku dah marah nie.. "bengang bengang"
hahahahaha...

Friday, December 25, 2009

izzaty.

the best thing tentang dia adalah segalanya..
tentang kehidupan semangat dan ucapannya..
tapi keadaan bercelaru..
bila cinta yg kau perlu aku tak ambil tahu..
aku tak bersedia.. dan harap kau faham juga..
kau cuba mengubah "kehidupan" ku..
penampilan dan juga perangai ku..
itu yg membuat kan aku benci pada mu..
dan cuba jauh sejauh mana perlu..
semua itu kau tahu..
tapi ego mu membuatkan aku buntu..
ego mu ingin aku berubah pada kehendak mu..
ingin ku "pukimakkan" diri ini..
kerana berjumpa dan cuba bercinta..
tapi "sial" pada kau juga..
yg membuatkan aku bagai boneka..
kamu kawal kamu jaga..
sampai masa kau biar binasa..
celaka.

aku bermula dari kosong..
dan kau angkat serta mengagung..
kawan kawan kau mula mencemuh..
maruah aku jatuh..
mereka kata aku mengikis..
sedangkan satu sen kau pun tak pernah habis..
kini dengan tiba tiba..
kau didalam karaoke..
menelefon ku dan memerli..
mengatakan aku tak berguna lagi..
tak sedar permata didepan mata..
bagi aku kau permata yg tak laku harganya..
cantik tapi langsung tak menarik..
aku tercabar tapi pelik..
adakah ini perhatian yg kau inginkan..?
aku tak boleh nak layan..
sumpah tak boleh nak layan..

saat ingin ku jatuh hati padamu..
kau pula jatuhkan hukuman padaku..
cemuhan dan hinaan itu sgt sakit..
aku takkan maafkan sebab ia sgt perit..
"gampang kau perempuan"
jeritan dalam hati ini kalau kau tak sedari..
aku harap mimpi ngeri ini berhenti..
aku akan pergi..
aku harap takkan jumpa kau walau dlm mimpi..
peristiwa buruk bila berjumpa kau dulu..
buat pertama kali hati ku bagai batu..
aku tak mahu tahu apa apa lagi..
pulangkan hadiah mu.. dan semua kenangan..
kalau aku yg bersalah..maafkan aku kawan..
mungkin gadis serupa kau susah untuk dicari..
kerana terlalu tinggi untuk aku kecapi..
terlalu tinggi untuk aku memiliki...

aku akan hidup seperti biasa..
tak tercalar pun makian kau yg celaka..
aku harap kau dapat berjumpa..
dengan insan yg serupa celaka macam kau juga..

bodoh punya izzaty.
hahahahahahahahahahaha....

-tension "tahapkronik" nie...

no peace. emyhosa.

aku real cinta dia.

aku cintakan dia..
itu perkataan pertama..
aku tak penah luah pada sesiapa..
hanya melihat sahaja..
hati ini ketakutan..
aku kaku memulakan..
sedangkan ingin ku menjerit..
aku menyintaimu!!
tapi ianya perit..
aku bersumpah..
setiap ku melangkah..
aku hanya fikirkan kau sajalah..
hidup ku jadi tak boleh blah..
kenapa cinta ini susah dan sgt payah..

ku ingin melutut..
hati ku dah terpaut..
tapi aku tak dapat membuka mulut..
siuuttt je..
kenapa susah aku nak berbicara..
aku takut kecewa..
ceh aku kan gangster..
masaalahnye ini cinta..
yg boleh menggegar dunia..
kini ada didepan mata..
aku rasa mcm sengsara..
mungkin aku patut cipta..
sesuatu untuk dia..
sebagai tanda.. aku real cinta dia..

jika kau didepan mataku..
aku ingin katakan sesuatu..
tiada harga untuk ku padamu..
jika ku berjudi..
dan kau pertaruhan hadiah ini..
aku akan pertaruhkan nyawa..
supaya aku tak kecewa..
untuk mendapatkan mu aku lakukan apa sahaja..

"sebenarnya aku takder idea siut.."
sebab aku tak bercinta lagi sampai skg...
hmmm.. susahnye nak buat ayat cinta nie.

Thursday, December 24, 2009

maaf.. clearkan story.

aku cuba "clearkan" cerita..
tentang kisah cinta baru dan lama..
bukan ingin ku "compare"
cuma gunakan blog ni hanya untuk"share"
"beware" tentang kisah cinta gila..
itu sahaja..
tandingan atau saingan.
itu semua lain keadaan..
kau ada bahagian yg dia tiada..
dan dia ada bahagian yg kau tiada..
semua perempuan bukan "perfect"..
dan aku bukan nak buat "select"..
tak handsome pun aku untuk itu..
tak macho pun aku untuk menentu..
kisah setiap kamu menjadikan aku gembira..
susah dah senang derita dan kenangan..
pergh takleh nak lupakan..
biarpun sesiapa yg pernah ku cinta..
mereka semua sgt "istimewa"
cuma tumpuanku pada ina sebab dia yg pertama.
tu saja.. takder kena mengena dengan kewujudan kamu semua..
ada yg terasa aku minta maaf juga..
aku rasa aku yg bertuah kerana kamu pernah menyintaiku..
aku tak rasa kamu semua bikin semak kepala ku..
dan aku berbangga bila kamu meninggalkan aku..
sebab aku tahu aku tak berguna untuk kamu..
harap kita mcm selalu.. jgn ada musuh atau "malu"..
sebab aku nak kau tahu.. kesedihan aku bila kau meninggalkan aku dulu..
huuuu....

aku tak faham..
dulu aku disuruh diam..
ingin bagi kamu faham..
ingin cuba bina hidup bersama..
tapi kau tuduh aku curang pula..
masuk air aku rasanya..
pelik bila kita berpisah jua..
kau tahu aku sayang ko..
tapi ko kata aku menipu ko..
terasa depan mata ni hancor..
mungkin pasal aku ni tak macho..
atau ada kedua ketiga keempat dan sebagainya..
tiada peganti untuk cinta pertama..
tiada juga peganti untuk kamu semua..
"mcm ramai je ex aku selepas pertama" hahaha..
yg penting aku minta maaf kalau terkasar bahasa..

dgn hp nokia ditangan..
aku cuba menghubungi dia..
tapi x dapat pula..
sms pun tak balas juga..
ingat dapat jumpa..di danau kota..
alaa mcm dulu kala..
tapi nak buat mcm mana..
kau tak sudi pula..
takpelah yg penting kau bahagia..
ceria dan suka suka ketawa,
bunga ros ini akan layu sendiri..
dan terus dilupai..
tapi layunya ditemani mimpi..
adakah dapat kita berjumpa lagi..
sebagai seorang kawan..
atau takkan ada jawapan...
hanya kau yg menentukan..
peace kawan..

Sunday, December 20, 2009

iklan.. tentang dia yg kini dah tiga tahun pergi.

kenangan yg terindah...



Dah 3 tahun dia pergi.. tapi yg sialnye "cinta dia" tak boleh ditandingi sesiapa.. sekarang dia dah kahwin dah ada anak pun..

aku bukan lagi tergila gilakan dia.. cuma memori yg dia tinggalkan mmg susah aku nak delete dalam list kenangan aku ni..



tu yang banyak org tak faham, bukan aku nak compare kan ina dengan korang korang ni.. cuma aku nak korang faham yg ina ni susah nak delete je.. lagipun aku cuma ingat dia dan tulis dlm bentuk lirik bagi memperingati jasa dia pada aku dan betapa sengalnye aku nak melupakan dia.. faham!!

peace!~



lirik utk dia..



aku kini sedang nazak..
disebabkan kenangan kau yg terlampau semak..
babak yg terakhir ku menderita..
tapi yg ku mampu hanya bercerita..
selepas cinta mu..
aku bertemu dengan mereka itu..
tapi mereka juga pergi..
kerana aku tak dapat mengerti..
perempuan lain selain dirimu..
perangai lain selain perangaimu..
ku harapkan peganti..
untuk ku melupakan mu sendiri..
ku harapkan apa yg ku cari..
akhirnya didepan mata ini..
tapi?
semuanya tak dapat ku terima lagi..
sebab air mata untuk kau belum kering lagi
sebab kebencian pada kau belum habis lagi..
sebab kerinduan pada kau belum lenyap lagi..
dan cintaku padamu masih belum mati..


pada angin dan mentari sila bertemu dia..
menemani dia waktu sedih dan duka..
pada bintang dan lautan..
terangilah dia dan nyanyikan lagu bila dia sendirian..
dan pada mu ya allah ya tuhanku..
rahmatilah dan berilah dia kebahagiaan padanya selalu..
aku bersumpah.. takkan ku muncul depan matamu..
hingga ahkir hayat ku..

terima kasih untuk kenangan dulu..

"dah lama tak cakap benda ni kat kau..
dan aku tahu kau masih ingat apa dia kan? "

peace!

warghh mcm sedih je skg hahahaha...