Saturday, March 20, 2010

menangislah emy.

peribadi ku tersingkap lagi..
di atas kerusi aku menangis lagi..
melihat cermin dengan bayangan samar..
terpapar kemelut dimuka yg gementar..
terketar ketar jiwa ku menyasar..
aku kaku..
siapa yg ada disisi aku?
aku perlukan teman untuk luahkan semua..
cerita,dendam,sangsi dan cinta..
aku cuba menghubungi mak..
mendengar dua beep aku terus letak..
mungkin ceritakan pun mak takkan faham..
lagipun hari dah jauh malam..
badan ku seakan ingin demam..
kepala aku sakit..
tekak ini seakan sudah menjerit..
terasa kelat dan perit..
tapi sebenarnya mulut aku seakan sudah terjahit..
oleh bait bait kehidupan sebuah kesengsaraan..
dimana aku tinggalkan yg benar dan melupakan tuhan.
mencari beban yg dan bagai aku mati perlahan lahan..
aku tak tahan.. tapi tak boleh menangis keseorangan..
tiada titisan yg dipanggil tangisan..
sehingga aku melukakan tangan untuk setitik air mata..
sehingga aku nampak darah aku menitik dengan banyaknya..
tapi aku hanya ketawa dan terus ketawa..
hahahhaaha....

aku cuba mencari diri sendiri..
ex couple aku kata aku ni pentingkan diri..
belagak poyo lagi bodo..
kawan aku kata aku ni kecoh.. dan agak gopoh..
ada yg sound kata kata aku ni tak senonoh..
ada yg kalau tgk muka aku mcm nak bunuh..
kutukkan ex couple pada aku mmg penuh..
sehingga buat blog untuk kutuk dan hina..
adakah aku mmg celaka..
adakah dalam cinta mereka, aku ni tak berguna?
adakah mereka semua sempurna berbanding aku yg gila?
dalam kehidupan pun sama?
jadi gangster.. menyusahkan keluarga..
jadi baik org kata aku pura pura..
pergi masjid pun org kata aku nak menunjuk saje..
aku tak kisah apa org kata..
cuma aku kisah kenapa mereka takder kerja?
adakah ada gaji untuk mereka buat aku hina?
adakah mereka tak rasa rugi pada waktu dan suasana?
adakah pahala mereka lagi tinggi dari dosa?
heh... tiada yg sempurna jika kita bergelar manusia..
aku mencari haluan diri..
biarpun melangkah kaki kanan atau kiri..
takkan mengubah apa sebab aku tetap emy..
emy yg sangat happy.

aku berjalan tak berbaju di bawah hujan..
semua di restoran melihat aku sedang berjalan..
berangan bagaikan slash dengan petikan guitar..
aku berjalan sambil menjerit "korang tgk apa!!"
aku cuba ingin menangis sekuat hati..
tapi aku menangis bagai budak kecik hanya didengari fifie. "cover rahsia"
aku cuba ingati apa kesalahan aku pada cinta?
tinggalkan mereka? atau aku ambil dara mereka?
oh tak mungkin.
cuma aku mungkin tak pernah menghargai mereka..
sehingga mereka hilang rasa percaya..
kepada kwn kwn.. idup masih panjang..
jgn jadi bangang..
jadi manusia yg suka menentang..
bukan binatang..

menangislah emy..
walau ko ada iela dan fifie..
tapi mereka semua bz..
ex couple pun bz..
semua dah crazy...
family pun nak jauhkan diri..
semua nie masaalah dan buat aku ingin menangis...
walau rupa bengis..
tapi hati ada taman..
itu lah manusia yg penuh dengan penipuan..
ketawa dlm menangis..
menangis pun ketewa...
emyhosa oh emyhosa.
mwahss...~~~

Sunday, March 14, 2010

aku tak mampu. untuk kwn kwn.

aku hanya budak lelaki..
tanpa masa depan hanya mimpi mimpi...
mimpi yg tak pasti jadi kenyataan..
mimpi sedih yg buang masa dan harapan..
kehadapan kepada kedua ibu bapa?
apakah yg akan jadi pada kamu berdua?
bila kamu tua? bila kamu perlukan aku jua..
adakah aku akan jadi berguna? atau mcm sekarang juga.
aku cuba berkerja tapi perempuan buat aku merana?
perempuan sial yg bodo..
yg fifie katakan mereka phsyco..
aku bukan kaku..tapi buntu sebab aku tak faham cinta mereka itu..
mengacau keselesaan itu..
menyesatkan dan membuat aku keliru..
pedih mata aku..
sakit hati aku..
tapi aku tak dapat luahkan..
kepada kawan kawan "bullshit"
mereka tak pernah faham..
cuma tahu aku tersenyum dari siang ke malam..
cuma tahu aku ini badut yg hanya buat mereka digembirakan..
aku tak minta dihargai.. aku minta difahami..
itu pasal disini aku hanya ada iela dan fifie..
yg melihat sebuah karya sampah aku yg tak berfaedah..
melihat aku menang dan kalah..
tentang cinta atau kehidupan yg tak pernah berubah..
fuck ina memori cinta luka..
fuck semua yg sangka aku gembira..
mereka hanya tahu satu perkara..
"emy hanya gembira dan gila"

semua mata melihat aku..
dengan jacket dan moto jaguh itu..
aku ingin jadi macam takiya genji..
bergaduh untuk kegembiraan family..
tapi itu movie.
sedangkan aku emy yg hidup dlm dunia relity..
aku berjalan diatas paku sambil berdarah darah..
dan kamu bangga melihat sambil bersorak "yeah yeah"
bodohlah.. bukan kamu..
bodohlah..untuk aku..
sebab melakukan untuk mengembirakan kamu..
yg aku pinta hanya satu..
jangan pergi tinggalkan aku jika aku menangis tersedu..
baik korang angkat pisau dan terusssssss bunuh aku..

masa dah tamat..
aku nak taip banyak tak sempat..
aku sekarang tak merempat..
tapi hati ini bagai tak larat..
berat berjalan..
cuma mampu tersenyum..
untuk kamu semua tersenyum..
satu masa korang lihat..
aku akan jadi sangat jahat..
untuk cinta atau kehidupan yg bagai neraka..
sebab aku rasa semua ini tak guna..
perbincangan yg gila tak jadi apa..
aku nak korang tengok aku menghukum diri sendiri..
menjadi seseorang yg tiada hati..
dan tolong kuburkan aku jika terjumpa aku mati..
di sini atau didepan kamu sendiri..

heh...

sungguh cantik dunia ini dengan gelak ketawa kamu..
walau aku tak mampu..

Tuesday, February 9, 2010

mimpi dalam hati.. tentang aku

dibawah hati ini ada satu mimpi..
mimpi yg aku rasa tak beberapa pasti..
aku ingin jadi penyanyi bukan rock atau rnb..
tapi aku tak tahu..
mcm mana nak mula aku buntu..
dengan duit dan kerja tak menentu..
kasut,seluar dan baju aku buruk..
perangai dan latar belakang ku buruk..
aku cuba menyorok..
jadi penyanyi dlm blok ke blok..
aku luahkan apa yg aku rasa seronok..
di restoran aku "rap" semua org hanya tengok..
mungkin diorang ingat aku buang tebiat atau bongok..
cuba kamu lihat..
aku hanya luahkan melalui blog tanpa penat..
dua tiga comment yg aku dapat..
thanks kawan yg sokong sampai sekarang..
aku semakin tenang bila aku dapat luahkan..
tapi mimpi didalam hati ni..
mungkin tiada siapa peduli..
aku hanya nak jadi diri sendiri..
mengecapi mimpi ini hanya sekali..
mungkin aku hanya lupa diri..
sbb dunia itu jauh untuk aku kecapi..

aku "rap" tentang mereka..
tentang cinta mereka..
suka duka sedih ketawa semua untuk mereka..
tapi mereka lupakan aku..
tiada siapa tanya aku..
apa aku perlu.. kenapa aku jadi begitu..
aku hanya ingin pegang microphone..
ambik kerusi dan sit down..
flow over the people tentang dunia ghetto at town..
cuz this is my sound..
want rebound and all of you be around..
aku tak kisah korang lebelkan aku clown..
yg penting mimpi aku jadi kenyataan..
mereka mendengar lirik aku tentang kemiskinan..
bagai eminem,tupac dan biggie disatukan..
dan aku menyanyi dari dalam hati yg penuh kesakitan.
mungkin takkan kesampaian..
kesudahan hanya aku sendiri terduduk berangan..

aku melihat kawan aku graduate..
sedangkan aku bertungkus lumus cari duit..
dari aku kurus hingga gemuk...
aku tak penah lupakan mimpi walaupun sibuk..
di blog hanya ada fie,iela dan salfarina..
mungkin hanya mereka yg percaya..
yg aku boleh berjaya..
atau hanya sekadar menjaga hati sahaja..
hahahaha...
aku tak perlukan cinta..
aku tak perlukan harta..
aku hanya inginkan microphone dan beat..
untuk aku hit dengan suara yg sakit..
untuk street,convict dan drug addict..
untuk satu malaysia yg terlupa ada nya sengsara..
gangsta? dadah? adakah kamu sudah lupa..?
kewujudan kami di tengah tengah bandar..
tertinggal kerana kamu menghindari dan mencaci..
sedang aku ingin berubah..
kamu panggil pula aku sampah..
sudah sudah lah.. kami memang sampah..
tapi mana tong sampah untuk kami berkumpul..
kamu hanya tahu bercakap dan memukul..
kami sahaja yg tidak betul..
tapi hakikat kamu tu yg biol..

tekanan ini membuatkan aku ingin menyanyi..
rap dengan reality bukan fantasy..
pil ecstacy atau pun rochi..
marijuana atau ice baby..
aku dah tak peduli..
dalam hati ini geram untuk menyanyi..
aku tak peduli kalau satu dunia "Fuck emy"
aku hanya nak semua tahu apa yg terjadi disini..
aku hanya bergurau..
dengan suara garau..
aku bergurau tentang kehidupan perjalanan sebuah kematian..
dan permintaan terakhir aku iaitu satu perjuangan..
melody dan beat tak dapat dipisahkan..
rap dan poem itu satu keindahan..
dan aku nak kenalkan pada kamu erti music kesakitan..

aku nak microphone..
aku nak speaker and put each zone..
aku tahu aku alone..
lirik ini takkan ada yg baca pun..
tapi bila aku "gone"
aku nak korang tahu mimpi dalam hati ini "not done"

"tidor"
kenangan waktu menyanyi muda muda dulu.

Monday, February 8, 2010

untuk mama..

aku menghargai..

kini aku berdiri..
cuba memberikan lirik sendiri.
tentang mama yg membesarkan aku..
seorang diri kerana ditinggalkan suami..
dia menangis ketika aku sedang tidur..
dan tersenyum untuk buat aku terhibur..
dia bekerja untuk aku belajar..
belikan computer hasil titik peluh kerja..
tapi aku jadi gangster..
terlupa tentang dia sehingga masuk penjara..
tapi dia tetap disisi ku jua..
tanpa mengalah dia tetap memeluk ku..
mengatakan pada semua yg mama tak boleh hidup tanpaku..
dan aku menangis tersedu..
bila ingat kenangan dulu..

kini aku dah dewasa..
aku cuba membayar balik semua perkara..
mama kata jgn jadi jahat..
sumpah sekarang aku dah tak buat!!
aku sentiasa ingat..
selagi mama ada didepan mata..
aku akan kasih dan sayang selamanya..
aku akan buang cinta demi mama ku..
mungkin tak terlambat untuk ku mencium pipi..
mengesat air matanya dan memberikan wang untuk dia happy..
dan aku gembira sekali bila ada yg mengembirakannya..
dia tersenyum bagai pelangi..dengan matanya yg kecil..
bila dia naik angin..dia akan membebel..
tapi aku dah biasa.. aku rindukan bebelannya..
masakan dan layanan dia pada aku anak kesayangannya..
dan aku tak dapat membalas semua jasanya.
semoga allah letakkan mama di martabat yg tinggi..
kerana dia berjaya mendewasakan aku ini..
dengan sepenuh hati..

aku pernah ditangkap polis..
tapi aku tak menangis..
di penjarakan..
tapi aku tak menangis..
ditinggal kekasih..
aku tak menangis..
tapi bila mama ku menangis..
aku akan ikut menangis..
kerana aku tak sanggup melihat dia kesedihan..
kerana suami dia yg meninggalkan..
dan anak dia yg bagai syaitan..
tapi aku berdoa..
agar dia boleh bahagia dihari tuanya..
semoga satu masa dia bangga menjaga aku seadanya..
dan aku bangga ada mama sepertinya..
aku sayangkan dia..
harap aku akan dapatkan menantu terbaik untuknya.. "hahahaha"

mama ku.
aku harap kau tahu..
aku cuba untuk membahagiakan mu..
walau tak seberapa..
tapi aku akan cuba sedaya upaya..
sebab aku hanya anak tunggal..
dan hanya aku yg boleh berjaya atau gagal..
sememangnya aku nyesal.. sbb berpikiran bebal..
kini aku cuba memperbetulkan..
demi mama ku yg tersayang..
nanti emy belikan mama tudung putih hitam manik manik..
yg mama minta masa kita singgah di butik..
aku tahu mama hanya mengusik..
sebab harganya mahal dan aku tak mampu belikan..
tapi aku akan pastikan mama dapat memakai tudung pujaan..
dari anakmu kesayangan..

dedicate to my mama : norshidah binti ahmad.
panjangkan umur dan peliharalah kesihatan dan kebahagiaan nye..amin..

syg mak.

Saturday, February 6, 2010

mencarimu..

aku sedang mencarimu..
tapi dimana arahku..
hanya mengikut kaki kemana pergi..
akhirnya aku menangis sendiri..
dan keesokan pagi..
aku terus mencari..
seumur hidupku aku akan mencari..
sebab aku tahu..kau ada untuk ku..
sebab aku tahu... kau dicipta untuk ku..
hujan yg turun aku tetap mencari..
kerna dihujung nanti akan datang pelangi..
aku akan terus melangkah seorang diri..
mencari cinta yg telah pergi..
kerana tiada peganti.. ataupun seiras untuk ku "copy"

selepas ini.. hidup ku hanya mencari..
aku takkan mengalah walau aku tahu ini tiada erti..
untuk kau tahu..biarpun mati..roh aku tetap mencari..
aku tersenyum simpul..
semangat ku kumpul..
tak guna ku menangis lagi..
sebab aku tahu kau akan menanti..
sebab aku tahu tiada lelaki lain setanding aku ini..
hihihihihi...
ku buka jendela dan menjerit "kau tetap dihati"
aku biarkan semua wanita membenci..
kerana ingin mereka tahu aku gilakan kau selamanya..
kerana ingin mereka tahu hatiku bukan mudah jatuh cinta..
aku meletakkan tangan ku di dahi..
membayangkan kita sedang menari..
sehingga ku tertidur dibuai mimpi..
bersama mu dipagi hari..
bertentang mata dan tersenyum manja..
aku bukan gila.. tapi ini yg aku rasa..
indahnya derita cinta...

adakah kau dengar jeritan hati ini..
tidak kan??
tak mengapa..
aku bangga menyintai mu..
dan bangga kerana cinta ini belum hilang..
bagai bayang bayang..
aku anugerahkan pengorbanan ini untuk yg tersayang..
tiada yg dapat menghalang..
walau bersama perempuan lain..
kau tetap dihati..sumpah.
dan aku akan terus mencari..
bukan mudah untuk menyerahkan "Crown hati"
dan pernah aku sarungkan sekali..
pada kau yg pernah pergi..
dan aku akan terus mencari..
mencari.. hingga aku mati.

mwaxxxssS..

street anthem.. jalanan.

kehidupan yg aku tak dapat lupakan..
ketika kita menjerit "fuck police" and raise street..!!

firstly in 2005 kita lepak di jalanan..
malas nak kerja tapi nak hiburan..
kecoh di trafic light..
dengan kereta curi with another side..
nampak polis kita hide..
tepi kereta polis kita ludah dan said fuck police..
ada punk,rapper dan hopper..
dream street yg kita bina ada didepan mata..
boys and girls hang like G's
no parent halang untuk buat babies..
negara bebas negara democracys..
jumpa girls sana aku kiss..
jumpa girl sini aku kiss..
tapi jgn sampai kena siplis..
hoeeee.pleasee..

sekarang dah dewasa..
terasa matang pula..
tapi aku miss waktu street anthem..
we play we out.. we hear we learn..
rompak seven eleven.. we must earn..
siapa tersilap they just got burn.
berpakain black..
ada tanda black jack..
drunk and sexs..
fuck and wet..
hahahaha..mendominasikan masa remaja..
menjadi budak gangster..
berhimpun menjerit dan bermaharajalela..
ader awek comel pulak tu..
setia dan sejiwa.. bersama waktu demi waktu..
aku rindu waktu dulu..
kening ada 2 line..
kepala botak ada 3 line..
yg lain just fine with mine..
ill be the sunshine...

knock knock the door..
we open and walk on the floor..
with blood and ladies in hot tub..
we show u the game to be fame..
drop the line..
kami mmg pemalas..
tak payah kerja tapi bebas..
ada duit hasil kebas dan tebas..
kita letupkan bandar klang se das demi se das..
aku menjerit hosa!!
itu nama aku dengan sejarahnya..
kita duduk di tepi jalan sambil merokok..
apa yg nak kita buat esok..
merompak sambil berseronok?
ataupun lepak kedai layan bola snok..

sekrang apa yg kau lihat semua tiada..
aku dah normal mcm biasa..
tapi aku tetap ketawa dan puas hati..
kerana dulu aku sempat lepak sampai pagi..
bersama kawan kawan untuk meneruskan mimpi mimpi..
cuma nasib aku tak mati..
aku bukan gila..
aku cuma terkesima..
terima kasih zaman remaja dulu kala..
aku sangat suka..
miss all ya'..

dedicate to CHF,public criminal clan,LPG Brothers.. and all gangs in..

real street hood...
mwahhsss....

in memories.

Sunday, January 31, 2010

rindu

ku berdiri...
didalam kegelapan..
sendiri bergelinangan..
cuba melangkah..tapi susah..
cuba memaksa.. tapi kalah..
ku mengangkat tangan untuk satu cahaya..
semakin lama ia pergi jauh ke udara..
aku putus asa..
melutut aku di atas paku paku cinta..
dibebani kehidupan yg tak nampak kesudahan..
dihujani dengan penipuan yg terang terangan..
aku kebingungan...
aku mempercayai sesuatu yg tiada pasti..
aku melampaui akal logik ku lagi..
sedang ku tahu..
didepan ku ini hanya cinta yg mati.

jangan beritahu aku dia dah pergi..
jangan ceritakan kesalahan dia pada aku ini..
aku tahu dia dah pergi..
tapi jangan harap dia boleh rampas memori ini..
cinta,ketawa atau air mata.. semua.
ada di semat di dalam hati dan ku pahat di kepala..
biarlah dia pergi.. aku tersenyum puas..
kerana jiwa ku bebas.. melihat cinta ku yg "last"
aku takkan balas.. sebab aku tahu..
aku pernah ada yg terbaik.. terhebat..
dia pergi dari ku mungkin takdir..
tapi terima kasih kerana pernah mengucapkan cinta padaku melalui bibir..

menundukkan kepala didalam hujan..
kisah ku ini jadi tatapan..
kadang kadang aku buat santapan "keboringan"
sedang ku berjalan dibawah hujan..
ku lihat pacaran berpegangan tangan..
hati aku terhenti degupan..
melihat si dia bergembira bercinta...
sedang aku bagai hampir gila..
tapi aku tertewa bila melihat mereka..
kerana sama bodoh mcm aku juga..
jalan bawah hujan buat apa?
hahahahaha gila.
sebenarnya nak sedapkan hati sahaja..
arghhh.. rasa mcm sengsara..
tapi aku berbangga kerana aku dulu yg dapat dia..
cinta ini bagai air mata..
lalu dan lalu dan lalu dan lalu..
sampai rasa tak mampu..
terus tertidur kaku.
huhuhuhuhuhuhuhuhuhu...

dah jangan type lagi emy.
senyap je..
jgn cerita arggghhh!!!!!!
satu perkataan je..
untuk dia.

.rindu.