Monday, May 17, 2010

cerita masa dulu.

pernah kah kehilangan yg tersayang..
masa kau keseorangan terhoyong hayang..
perlukan teman tapi tiada siapa datang..
bagai pengemis yg berkudis merangkak menangis..
tiada siapa pedulikan, yg kau tahu hanya nasihatkan..
adakah aku membebankan.?
menjadi kawan tapi hanya selalu mengadu nasib dan menyusahkan..
dalan hati ini kesakitan.. tapi aku tak inginkan perhatian..
aku inginkan sesuatu untuk aku mengadu..
melihat kedinding dan bercakap..
aku menekup muka dan mata mula terlelap..
menutup mata dan memikirkan semula..
sejarah dulu kala dimana cinta menjadi pemusnah semua,
kuasa mengurung aku di dalam penjara..
aku terduduk sengsara menghitung masa..

tangan bergari..
kekasih aku tertunduk sepi,
mak menyepi memandang diri ini..
aku memalukan keluarga..
semua jadi celaka..
kawan kawan kata aku gila,
kekasih aku pergi begitu sahaja,
duduk di pintu besi,
melihat ke tingkap dan menjerit dalam hati,
setiap pagi aku ingin memeluk mak,
tapi aku tetap terkurung menangis sebak,
aku berdendam..
aku akan tunjukkan dan suruh mereka berdiam..
suruh mereka tergamam..
aku menjaga hati mereka..
tapi mereka tak pandai jaga hati ini..
aku tak harapkan kawan kawan..
fifie di seberang lautan,
zul masih dalam pelajaran..
hanya aku disini keseorangan..

10kali fikir..
cuba carik kawan yg hampir..
tapi mcm iela yg tak suka didampingi..
membuatkan aku tak selesa mendampingi..
mungkin aku bekas jenayah..
yg suka buat org susah..
yelah..hidup aku tak boleh blah..
ex aku pun blah..
semua aku yg salah..
aku taknak berubah untuk hidup aku yg mmg susah.
tapi aku buktikan..
aku bukan syaitan.. tapi ciptaan tuhan..
mungkin dulu aku bagai anjing..
tapi tak selamanya aku akan menyalak nyaring..
aku akan berpaling..
dan membuat diri aku berdiri gagah seperti king!
tapi sekarang aku masih pening.

mp3 ditelinga..
aku mencipta sesuatu dengan peka,
lirik atau beat pasti aku reka..
aku nak jadi rapper gangsta..
dan aku harap semua terlaksana...
sebab aku akan letakkan hidup aku untuk bermula.
dan berakhir dengan kematian miskin atau kaya.
satu masa kamu percaya..
aku akan berjaya semula dan kekal selamanya.

Monday, May 3, 2010

warkah buat bekas cinta.

ketika malam berlabuh..
suara ku kelam dan jiwa ku lumpuh..
ku ambil kertas dan tinta..
ku tuliskan warkah selepas ku tiada..
dengan tangisan dan penyesalan..
aku berikan sebuah warkah penulisan..
peninggalan terakhir untuk kawan kawan...
melihat keluar jendela dan ternampak awan..
kematian menunggu didepan..
bagai terlihat malaikat maut berkeliaran..
dengan tangan bergetar ku tuliskan nama pertama..
yg paling penting dan terindah dalam hidup ku..
yg banyak ku sia sia kan dan ingin ku melutut pada mu..
bekas kekasih ku..
dimana pernah ku janjikan sesuatu..
pernah ku biarkan dia sendirian disitu..
aku harap dia tahu..
yg aku menyesal tinggalkan dia begitu..
bagaikan balingan dadu..
aku tidak tahu apa yg bakal belaku..
tiba tiba aku teringatkan kamu..
adakah aku bodoh dan buntu..
aku tahu semua salah aku..
tapi kamu semua menghantui aku..
jadi warkah ini untuk kamu..
maafkan aku..
tolong doakan kematian aku sebagai satu penebusan yg lalu..

ingin ku ceritakan satu persatu..
tapi itu buat aku malu..
meninggalkan mereka yg sgt setia..
walau perangai kadang kadang gila..
tapi aku sayangkan mereka..
aku rasa mereka bukan psycho..
tapi aku yg bodo..
kerana tak dapat menilai kerana ego.
aku berjanji akan mati untuk mereka..
menjaga mereka tanpa nangis hanya ketawa..
tapi diri ini yg celaka..
mungkin karma untuk ku telah tiba...
terduduk termenung melihat semua cerita..
bagi aku ianya tak sia sia..
bagi aku semua nya sgt istimewa..

melangkahkan kaki..
cuba melawan dugaan ini..
tapi kalah dengan kebutaan sendiri..
yg membutakan aku..
yg membodohkan aku..
hanya cinta kamu..
aku tak dapat memberi pilihan..
akhirnya aku ditinggalkan..
kau menuding jari..
memusingkan fakta untuk ku mati..
dan pengakhirnya adalah tangisan air mata ini..
mencurah curah didalam bilik gelap ini..

aku jatuh cinta dengan fasha..

bunyikan semua muzik yg ada..
petikan gitar dan pukulan drum juga..
kenapa kau takutkan cinta?
sedangkan semua nya indah sahaja..
walau kadangkala kita menangis..
tapi selepas itu pastinya ada yg manis..
ikhlas kan senyuman..
terima cinta dengan seluruh kepercayaan..
bukan dengan runtuhkan kehormatan..
cuma jujur dengan perasaan..
fikirkan fantasi..
yg hadir pasti menjadi reality..
semua itu akan kita lalui..
bersama bercinta bertengkar dan baik semula..
kerana aku rasa semua itu lumrah cinta..
hahahaha..

kau tak perlukan sesiapa..
untuk jadikan tangisan itu ketawa..
jadikan ketidakselesaan itu selesa..
kerana aku ada..
menjadi cinta dan hamba untuk patuh pada segalanya..
siapa yg patahkan cinta..
pasti dia bukan manusia..
siapa yg lari dari cinta..
aku akan mengejarnya..
sampai ku menutup mata..
ku pasti mengejar cintanya...
kerna aku tak suka sesiapa..
kecuali si dia..
si dia..
hanya dia sahaja..
muaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh....

di atas kerusi aku termenung dengan sendiri..
tersenyum kerana menggelikan hati..
ku mencipa lirik untuk si dia..
yg tak mungkin baca..
kerana khas untuk fasha sanda..
aku mengatakan aku menyintai dia..
lalalalalala....
aku tak gila,
cuma aku takleh nak carik sesiapa..
dia yg sesuai untuk aku bercinta..
dan aku tak peduli..
walau datang angelina jolie..
aku tetap suka fasha sanda juga...
hahahaha...
tapi..
adakah dia akan tahu perasaan aku..
sesungguhnya aku mmg tak malu..
tu pasal aku gelak pecah perut huhuhuhuhuhu...
masuk air aku...

muah!!~
peace!~

Saturday, April 24, 2010

hebohku untuk cinta..

terbangun dari mimpi..
terkesima sendiri..
datang satu cahaya dan terus bersuara..
dimana ku harus hebohkan cinta pada satu dunia..
untuk ku tunjukkan pada mereka..
aku juga bercinta dan bahagia..
setiap saat ku damba kan dia..
ku lakarkan pada dinding maya..
nama cerita dan segalanya..
bukti cinta ku utuh tanpa cacat celanya..
setanding cinta ku seperti majnun dan laila..
berhari hari dengan namanya.. suaranya..
di atas, bawah, tepi dan tengah semua cinta.
tiada kekosongan dan aku rasa bahagia.
sudah tiada rahsia.. aku ingin berkongsi..
supaya peminat ku tahu cerita selepas berhari hari..
yg aku rasa takkan basi.. dan mereka patut mengerti..
cinta ku murni dan suci..

harkktuih!!
penat mulut ku berbuih..
akhirnya putus ditengah jalan..
kecoh mcm cerita cinta purba khayalan..
tapi sedikit goyang hancur berderai..
aku sedih tahap bersepai..
cinta yg ku kecoh kini terdampar di tepi pantai..
dihanyut lautan sedih sepi melambai..
ku letakkan gambarnya..
ku cetakkan madahnya..
ku ceritakan susahnya...
untuk kamu tahu aku sudah putus.
fikiran ku buntu dan aku hampir mampos.
datanglah kwn kwn dengan simpati..
aku ini tak reti menghargai..
dan tak pandai mendekati..
mungkin dengan cerita simpati dapat aku melihat kamu disisi.
aku bagai tak dapat berdiri..
rasa nyawa ini bagai pergi..
aku dah nak mati..
setiap hari bersedih dan meluka hati..
pedih berganti pedih..
sakit berganti sakit..
ku tunjukkan pada kamu..
supaya kamu dapat kesiankan aku...

ku berdoa pada tuhan satu keindahan..
tapi..
seperti datangnya ribut taufan..
berderu lebat ku kehujanann..
menahan ku kesejukan..
selepas itu datang keindahan..
iaitu pelangi yg cantik pada pandangan..
tak terlawan dan tak tertanding pilihan..
terima kasih tuhan..
diuji dan diberi sedikit kesusahan..
untuk ku dapat sepenuh keindahan..
tak perlu ku hebahkan pada semua..
cinta ku ini tetap sama..
dan menjadi rahsia adalah terbaik untuk ku rasa..
aku tak ingin manis ku dikongsi..
dan aku tak mahu pahit ku mereka benci..
biarlah semua dari hati..
sampai ku mati...

tak mati kekasih ku kalau tak lakar nama dia walau sehari.

peace!~

hahahahaha.

Saturday, April 17, 2010

takut dirimu ku cintai..

melihat kedalam matamu yg sayu..
aku tahu kau sakit membisu..
disaat ini kau perlukan aku..
tapi aku terpaksa pergi..
kerana takut dirimu ku cintai..
sedangkan kau tiada perasaan dihati..
aku memarahi diri..
keliru dengan perhubungan..
lalu ku membuat keputusan..
pergi dan berjalan keseorangan..
disetiap langkah ku..
aku percaya yg kau mampu..
menghadapinya tanpa aku..
aku akan simpan senyuman mu..
yg selalu buat aku terpaku..
aku akan semat di jiwa..
kerana kau yg terhebat untuk ku cinta..

aku ingin kau tahu..
yg aku ingin menyintai mu..
tapi diri ini tak dapat bersama mu
ku berikan seluruh ragaku..
untuk kau tahu aku tak mampu menyintaimu..
sampai disini kisah kita..
harapkan kau dapat cinta sebenar..
lupakan semuanya dan hapuskannya..
agar dunia mu bukan lagi dalam bayangan..
debar jantung mu didengari ke kayangan...
dan dapat kau melupai aku dengan satu senyuman..
kerana aku bukan lagi kesayangan..
ku tahu aku tiada untuk mu..
selalu pergi meninggalkan mu..
tak dapat memberikan kau sesuatu yg kau mahu.
yg aku ada hanya alasan untuk menipu dirimu..

rinduilah seseorang yg bukan aku..
cintailah yg mampu untuk menyintaimu..
hatimu bukan untukku..
jangan sakiti hati itu kerana untuk menjaga hati ku..
ku tak mampu memberikan senyuman kebahagiaan..
ku akan pergi dan berdoa pada tuhan..
semoga kau dalam kesenangan..
dan diriku ini kau abadikan dalam kenangan..
tiada apa yg mampu mengubahnya..
sedangkan kau tahu..
aku menyintaimu lebih dari apa pun dalam hidupku..
tiada yg dapat menyangkal semua itu..
tapi aku terpaksa berlalu..
kerana diriku ini tak layak untuk dicintai..
hanya sekadar sampai masa untuk mati.

"nurul asykin nadwell"

Friday, April 9, 2010

kekasih lama.

ku tahu ini akan terjadi..
satu persatu semua akan pergi..
melihat diri ku sendiri..
berdiri di depan cermin yg sepi..
semuanya dah berakhir..
aku hanya mampu melihat takdir..
keluar dari segala gala..
melihat kekasih lama bahagia dengan tunangnya..
sedangkan aku masih menunggu hukuman dunia..
ada yg dah berkahwin..
menjalankan hidup dengan yakin..
aku gembira untuk mereka..
tak!! sebenarnya aku cemburu dengan semuanya..
aku rasa bagai gila.. kadang kala aku senyum saja..
hati ini?
bercampur memori..
berbelah bagi..
aku tak tahu untuk apa aku masih berdiri..
sampai sekarang tiada cinta lagi disisi..
aku takut tak dapat menyayangi dengan sepenuh hati..
aku bukan berpaut pada masa depan sendiri..
tapi dengan tapak kaki aku berjalan menghitung hari..

aku tunjukkan aku siapa pada mereka..
tapi mereka mahu mengubah aku jadi mcm mereka..
tak jadi apa..
cinta itu hancur binasa..
aku cuba dengar cakap mereka.. kekasih lama..
tapi aku dikatakan curang pula..
aku cinta pada mereka..
tapi mereka kata aku gila..
aku hanya tempat untuk mereka happy..
hanya happy..
selepas tamat sedih mereka..
aku ditinggal terus serta merta..
panggil aku mr joker!!
budak celaka yg buat org gembira..
dengan itu aku tak sakit hati sampai bila bila..

indahnya dunia yg penuh dengan cinta..
"selamat pagi sayang" ayat yg aku selalu terima..
sekarang dah tiada..
mereka dah lupa..
aku bukan gila cuma teringat sahaja..
masa yg tinggal ini aku cuba menulis apa sahaja..
untuk mereka tahu..
aku tak pernah benci dengan cinta lama dulu..
yg pernah aku panggil syg,mumumumu,oren dan boo..
aku gembira bersama kamu..
harap kamu bahagia dengan pilihan kamu..
aku adalah kejahatan cinta yg kamu takkan lupa..
dan kamu adalah bidadari aku yg singgah sementara..
aku hargainya..
terima kasih kekasih lama..
meninggalkan aku dengan hanya panggilan telephone..
atau menghantar msg dengan ucapan "gone"...
so its done..

-umpah aku teringat kamu semua..
selamat bertunang..pada kamu..
selamat berkahwin pada dia...
dan berkasih pada semua yg pernah bagi aku cinta..

-haha.

Saturday, March 20, 2010

menangislah emy.

peribadi ku tersingkap lagi..
di atas kerusi aku menangis lagi..
melihat cermin dengan bayangan samar..
terpapar kemelut dimuka yg gementar..
terketar ketar jiwa ku menyasar..
aku kaku..
siapa yg ada disisi aku?
aku perlukan teman untuk luahkan semua..
cerita,dendam,sangsi dan cinta..
aku cuba menghubungi mak..
mendengar dua beep aku terus letak..
mungkin ceritakan pun mak takkan faham..
lagipun hari dah jauh malam..
badan ku seakan ingin demam..
kepala aku sakit..
tekak ini seakan sudah menjerit..
terasa kelat dan perit..
tapi sebenarnya mulut aku seakan sudah terjahit..
oleh bait bait kehidupan sebuah kesengsaraan..
dimana aku tinggalkan yg benar dan melupakan tuhan.
mencari beban yg dan bagai aku mati perlahan lahan..
aku tak tahan.. tapi tak boleh menangis keseorangan..
tiada titisan yg dipanggil tangisan..
sehingga aku melukakan tangan untuk setitik air mata..
sehingga aku nampak darah aku menitik dengan banyaknya..
tapi aku hanya ketawa dan terus ketawa..
hahahhaaha....

aku cuba mencari diri sendiri..
ex couple aku kata aku ni pentingkan diri..
belagak poyo lagi bodo..
kawan aku kata aku ni kecoh.. dan agak gopoh..
ada yg sound kata kata aku ni tak senonoh..
ada yg kalau tgk muka aku mcm nak bunuh..
kutukkan ex couple pada aku mmg penuh..
sehingga buat blog untuk kutuk dan hina..
adakah aku mmg celaka..
adakah dalam cinta mereka, aku ni tak berguna?
adakah mereka semua sempurna berbanding aku yg gila?
dalam kehidupan pun sama?
jadi gangster.. menyusahkan keluarga..
jadi baik org kata aku pura pura..
pergi masjid pun org kata aku nak menunjuk saje..
aku tak kisah apa org kata..
cuma aku kisah kenapa mereka takder kerja?
adakah ada gaji untuk mereka buat aku hina?
adakah mereka tak rasa rugi pada waktu dan suasana?
adakah pahala mereka lagi tinggi dari dosa?
heh... tiada yg sempurna jika kita bergelar manusia..
aku mencari haluan diri..
biarpun melangkah kaki kanan atau kiri..
takkan mengubah apa sebab aku tetap emy..
emy yg sangat happy.

aku berjalan tak berbaju di bawah hujan..
semua di restoran melihat aku sedang berjalan..
berangan bagaikan slash dengan petikan guitar..
aku berjalan sambil menjerit "korang tgk apa!!"
aku cuba ingin menangis sekuat hati..
tapi aku menangis bagai budak kecik hanya didengari fifie. "cover rahsia"
aku cuba ingati apa kesalahan aku pada cinta?
tinggalkan mereka? atau aku ambil dara mereka?
oh tak mungkin.
cuma aku mungkin tak pernah menghargai mereka..
sehingga mereka hilang rasa percaya..
kepada kwn kwn.. idup masih panjang..
jgn jadi bangang..
jadi manusia yg suka menentang..
bukan binatang..

menangislah emy..
walau ko ada iela dan fifie..
tapi mereka semua bz..
ex couple pun bz..
semua dah crazy...
family pun nak jauhkan diri..
semua nie masaalah dan buat aku ingin menangis...
walau rupa bengis..
tapi hati ada taman..
itu lah manusia yg penuh dengan penipuan..
ketawa dlm menangis..
menangis pun ketewa...
emyhosa oh emyhosa.
mwahss...~~~