Friday, July 31, 2009

cerita aku..

bunuh lah aku..
penuhi permintaan ku..
kerna setiap hari aku melihat diri sendiri..
di penuhi emosi yg merantai hati..
menjerati segala cinta yg ku miliki..
iri pada kamu..
kerna sentiasa senyum tanpa ragu..
sedang ku kaku..
terpaku layu..
ingin menari seperti robot tidak bersendi..
ingin menyanyi..
bagai katak di dalam perigi..
walau kamu semua ada disisi..
kenapa aku masih terasa sendiri..
sunyi sepi.

aku termenung melihat awan..
yg putih bersih bergerak perlahan..
aku dalam khayalan..
dan bila tersedar aku terasa sialan..
beban ini membuat ku rasa kekurangan..
tapi aku percaya pada tuhan..
dia pasti tahu apa yg dilakukan.
dan aku tetap melangkah kehadapan..
walau aku kini dalam kehujanan..
walau aku kini dalam tangisan..
aku akan teruskan kehidupan..
semoga disatu hari..
aku dapat ubah hidup sendiri..
semoga diwaktu itu..
aku tak menghampakan ibu..
adakah aku mampu??

untuk kawan.
walau aku keseorangan..
tapi aku boleh menjadikan diri ini teman..
untuk kamu meluahkan..
dan bila aku tak diperlukan..
kamu boleh pergi meninggalkan aku begini..
kerna aku sudah biasa sendiri..
dibuai mimpi..menceriakan org lain tapi bukan diri ini..
menceritakan keseronokan.. sedang hati sudah lama mati.
tak siapa pedulikan..tak minta aku untuk di simpati..
apapun yg terjadi.. aku tetap emy.
tersenyum pada kamu sehingga kamu pergi..

peace..

:))

Friday, July 24, 2009

laptop ku dipinjam oleh ayah ku.

hmm.. laptop dipinjam kerana ayah ku ingin membuat kerja kerja kursus dia.
jadi aku ternganga sebentar...
so lagu lagu terhenti seketika... aiseyman...
terima kasih kepada yg sudi melihat dan mengutuk lirik lirik ini..
sekian terima kasih sila datang lagi..
:)

salfarina..

salfarina..
maafkan aku kerna..
membuatkan kau membazir masa..
menyintai aku tanpa ada apa apa..
aku tak pernah membandingkan
dengan ina atau sesiapa yg kau ragukan..
aku tak pernah curang dengan tuduhan..
yg kau lontarkan pada ku satu masa dulu..
sehingga kini aku masih kaku..
bila gagal menjaga mu..
gagal sehingga kau menjadi ragu..
tertundukku malu..
cinta yg ku agung kini hapus begitu..
di suatu saat kau pasti akan temui..
cinta sejati yg sebenarnya hakiki..
sedang aku akan sentiasa mendoakan..
kebahagiaan dan keindahan cintamu..
tapi aku tak boleh lupakan mu..

degup jantung ini seakan mengetahui..
aku sedang bermimpi suatu cinta yg mati..
mungkin kesilapan aku..
sampai kau tak mempercayai aku..
salfarina...
maafkan aku..
kerana tidak dapat melupakan mu..
kau antara yg terbaik yg pernah mendampingi ku..
kau yg terhebat menyintai aku..
kini ku tahu kau sudah pergi..
tak guna untuk aku tangisi..
kau mudah melupakan aku disini..
kau mudah melalui hidup tanpa "emy"..
sedang aku mengheret kenangan..
malam atau siang ku hanya berangan..
kau dtg dan menerima ku..
tapi aku tahu kau dan pergi dulu..
menghapuskan cinta aku.
yg ku pinta hanya satu..
maafkan aku..
maafkan aku..

Saturday, July 18, 2009

persahabatan..

ku mencipta sebuah senikata,
ilham dari naluri hati yang bercerita,
seorang gadis yang sangat ku bangga.
seorang gadis ku gelar "best friend forever"
bagai bayu yg menyapa..
begitu lembut suaranya..
bagai petir yg kuat berlaga..
begitu juga ketawanya...
aku tahu aku sudah berjumpa..
dengan teman yg tak mungkin ku jatuh cinta,
dengan teman yg membuat ku tersenyum semula..
kita belum berjumpa.
mungkin aku tak tahu semua perkara.
aku tak tahu semua tentang dia,
aku hanya pegang satu perkara..
"usik aku bermakna usik dia"
dan sejauh mana aku berada.
sesukar mana sesuatu yg melanda..
aku akan menghubungi dia.
kerana dia teman yg paling aku percaya..
kerana dia tahu hampir semua rahsia.

Ini persahabatan..
Tiada kata indah yg perlu diucapkan,
Tiada romantic yg perlu dituliskan.
Aku mencipta satu penulisan..
Dari hati yang penuh keikhlasan..
Mungkin ini peninggalan seorang kawan,
Untuk dia jadikan tatapan.
Yang aku pinta hanyalah dia ketawa,
Bersama cinta dia dan keluarga,
Bersama cita cita dan keseluruhannya…
jika bulan bercahaya di panggil cinta..
bintang bergemerlapan di panggil kawan..
kehidupan aku gelap tanpa cinta..
tapi berkilauan kerana ada persahabatan
aku tak perlukan “angel” untuk memberi senyuman,
cukup seorang kawan biar pun dia memberi kutukan,
dan menjadi penyeri jika aku keseorangan.
Dia akan “kacau” jika aku kesengalan..
Dia takkan “halau” jika aku menyibukkan?
Hahahaha…

aku rasa ko tahu aku tuju untuk siapa..

peace.

Friday, July 17, 2009

budak kaya jadi rapper?

jika aku diberi pilihan..
aku tetap pilih jalanan..
pengalaman dan pengetahuan..
walau aku dihina..
berpakaian tak berjenama..
sedang performer lain datang dengan kereta..
lagak gangster, pakaian budak kaya..
melihat aku bagai anjing..
lalu depan ku dah buat bising..
berlagak dengan rantai blink blink..
aku tetap steady..
aku tahu mereka tu budak study..
hanya wayang konon street..
hanya tayang dia budak freak..
adakah mereka sakit?
teringin ke nak jadi jahat?
jahat itu betul ke hebat?
seronok ke mengaku merempat?
sedang aku inginkan hidup normal..
keluarga bahagia bukan struggle..
pergi ke college.. bukan kena kejar polis..
aku naik ke pentas.. semua melihat bagai najis..
mulakan beat.. aku bermula..
semua melihat dengan ternganga..
aku sampaikan cerita terus ke telinga..
keadaan sebenar kami semua..
dipinggir masyarakat..
org awam meluat..
tetap kami berjalan..
menyanyi tanpa mic depan kawan kawan..
depan org ramai.. aku suarakan..
"fuck siapa yg pandang.. korang ingat aku telanjang..
nak cakap bangang..korang hidup senang..
meh lah datang..aku terajang..biar bodoh mcm binatang"

melihat budak kaya cuba menyanyi..
kasut kotor dah sakit hati..
sekali tanya budak IPT..
boleh ke jadi THUG?
tahu ke dia apa itu sengsara di kaki lima?
kesejukan tanpa apa apa..
budak kaya tu menyanyi ke membaca?
kenapa bunyi mcm celaka?
turutan mendatar tanpa alunan nada..
mungkin mulut dia penuh gula gula..
aku bukan mencaci..
tapi hati ni rasa nak maki..
merosakkan image MC,
baik dia pergi nyanyi lagu siti.

budak kaya ku..
mari duduk bawak lampu..
tengok aku jalani hidup yg pilu..
tanpa katil dan penghawa dingin..
tanpa tv dan kipas angin..
kencing di longkang..
melepak bagai jantan dan jalang..
di tangkap jadi bekas banduan..
apa yg kau rasakan?
taknakkan?
pergilah balik dengan kekayaan..
jgn berlakon menyanyi kesedihan..
luahan nyanyian langsung tak berkesan..
sebab kau takkan faham..
dari siang ke malam..
jatuh bangun terpelosok tersembam..
esok tetap tersergam menggenggam..
sebuah cerita yg sekarang ku jadikan ilham..

iklan iklan iklan 2 - rehat jap beb....


sikit info disini.. aku letakkan sepoloh artist yg menjadi kekaguman aku.. mendengar lirik mereka.. tupac,notorius b.i.g,eric clapton,kurt cobain,pink,mariah carey,aaliyah,celine dion dan kelly clarkson...
belum aku letak kumpulan... mmg banyak walau aku more to rap tapi kalau music untuk aku rilek mmg banyak yg bukan dari genre rap. semua semua aku layanlah.. sepoloh ni pun yg terdekat je aku letak malas nak pikir. tapi aku selalu dengar lagu doranglah..
kalau kumpulan mcm -kiss,GnR,MLTR,aerosmith.....
destiny child,bon jovi,outkast,ACDC,led zeplin.. fuhh banyaklah..
kumpulan nie aku layan banyak kumpulan rocks tahun 70an sampai 90an..
lirik diorang true siut!!!
dari segi gaya penampilan yg aku sangat adore adalah sid vicious dari sex pistols.
kebanyakan lirik yg aku buat mmg aku flow dari otak dan aku taip terus dengan bantuan jari jemari ku sendiri... berdasarkan kisah benar pengalaman hidup dan pemikiran serta pendapat mengenai apa yg ku cuba sampaikan melalui lirik aku sendiri semua dari otak karat aku neh.
walaupun aku dengar lagu omputeh tapi grammar aku mmg failed.. teruk sangat.
so tgh belajar berjinak dengan lirik omputeh..
aku juga ada layan artist malaysia... mcm search,ella..KRU,nico,4u2c.. skg ni aku layan lagu stacy hahahha...
so lirik aku ni ada banyak ketegori ada yg agak cun ada yg bodoh sangat..
rangkap yg lemah,intro dan outro yg tak kemas..
jadi korang nilailah sendiri...

"ada mata lu org tengok..
ada mulut lu org kutok..
ada jari..komen lu kasik tarok..
barulah syokkkk...."

peace!.

mintak maaf. - blur neh..

jika kamu mengenali ku..
ingin ku katakan satu..
maafkan ku untuk pertama kali..
mencipta lirik dari lubuk hati..
untuk sahabat yg aku kenali..
untuk bff yg pernah ku lukai..
untuk family yg pernah ku hancuri..
untuk ex yg ku selalu bohongi.. (hehehehe)
aku mengakui sifat ku ini..
kadangkala disukai kadangkala dibenci..
ayat aku pun tak boleh blah.. ( kata iela..)
tapi aku sedar dan mengaku salah..
membuatkan kamu rasa susah..
membuatkan kamu mcm sampah..
tetap kamu disisi..
menjaga jiwa dan sanubari..
"taknak kecik kan hati emy"
sedang aku terus berlagak..
meneruskan apapun yg membuatkan kamu muak..
tak serius dengan nasihat dengar nak tak nak..
aku tahu dan aku menyesali..
aku salahkan diri sendiri..
duduk didalam bilik memandang ke almari..
mentaliti ku bercabang dan aku menyedari..
hidup ini bagai melody..
perlu bercorak bukan mendatar..
jika berselerak.. punah dan hambar..
manalah aku dapat kata pujangga ni..
selamba type dekat nukilan seni..
tapi ini yg terpacul dari otak emy.
juga tersasul tertekan papan kekunci..
terkeluarlah senikata lirik tersendiri..
ikhlas dari hati maafkan aku sekali lagi..

mak dan abah..
aku mengaku aku bersalah..
jadi anak buat kamu susah..
tapi aku bersumpah..
aku akan berikan kamu senyuman..
dan aku akan jadi anak kebanggaan..
untuk kawan kawan..
zul dan lan.. jimmy juga wawan.
kamu tahu aku dah berubahkan?
aku akan tunjukkan.. ini yg aku janjikan..
aku memohon maaf juga pada abglan..
kerna tak menyambung janji kumpulan..
kerna aku tak boleh meraja bagai syaitan..
aku tak boleh berlumba seakan shogan..
dan bergaduh untuk menang perlawanan..
maafkan aku kawan kawan.
terima kasih..
untuk peluh dan darah yg kamu korbankan..
terima kasih...
untuk doa dan sokongan yg kamu berikan..
terima kasih..
pada tuhan yg selalu ada bila aku kesedihan.

untuk kamu berdua..
fifie dan iela..
satu rendah satu tinggi sangat.
aku tahu aku jahat..
tapi aku bersyukur ada kamu..
satu gulon dan satu bolat..
melihat kamu aku tak pernah jemu..
jika kita berpisah..
dan takkan berjumpa sudah..
ketahuilah..
berkawan dengan kamu berdua buat ku rasa bangga.
hidup aku sungguh ceria tanpa ku fikir kenangan lama.
ada cerita baru..
mendengar cerita cinta kamu..
dan aku harap kamu bahagia selalu..
ku memohon maaf untuk kesilapan lalu..
dan maaf jika tak sempat mengucapkan..
selamat tinggal pada kamu berdua kawan..
dan pasti kita bertiga bagai adik beradik kan?
kan? kan? nah.. aku bagi satu senyuman..
hehehehehe...