Saturday, July 18, 2009

persahabatan..

ku mencipta sebuah senikata,
ilham dari naluri hati yang bercerita,
seorang gadis yang sangat ku bangga.
seorang gadis ku gelar "best friend forever"
bagai bayu yg menyapa..
begitu lembut suaranya..
bagai petir yg kuat berlaga..
begitu juga ketawanya...
aku tahu aku sudah berjumpa..
dengan teman yg tak mungkin ku jatuh cinta,
dengan teman yg membuat ku tersenyum semula..
kita belum berjumpa.
mungkin aku tak tahu semua perkara.
aku tak tahu semua tentang dia,
aku hanya pegang satu perkara..
"usik aku bermakna usik dia"
dan sejauh mana aku berada.
sesukar mana sesuatu yg melanda..
aku akan menghubungi dia.
kerana dia teman yg paling aku percaya..
kerana dia tahu hampir semua rahsia.

Ini persahabatan..
Tiada kata indah yg perlu diucapkan,
Tiada romantic yg perlu dituliskan.
Aku mencipta satu penulisan..
Dari hati yang penuh keikhlasan..
Mungkin ini peninggalan seorang kawan,
Untuk dia jadikan tatapan.
Yang aku pinta hanyalah dia ketawa,
Bersama cinta dia dan keluarga,
Bersama cita cita dan keseluruhannya…
jika bulan bercahaya di panggil cinta..
bintang bergemerlapan di panggil kawan..
kehidupan aku gelap tanpa cinta..
tapi berkilauan kerana ada persahabatan
aku tak perlukan “angel” untuk memberi senyuman,
cukup seorang kawan biar pun dia memberi kutukan,
dan menjadi penyeri jika aku keseorangan.
Dia akan “kacau” jika aku kesengalan..
Dia takkan “halau” jika aku menyibukkan?
Hahahaha…

aku rasa ko tahu aku tuju untuk siapa..

peace.

1 comment:

Anonymous said...

wahhhhhhhhhhh senyum senyum aku bace lyric neh. hahaha.