Friday, July 17, 2009

budak kaya jadi rapper?

jika aku diberi pilihan..
aku tetap pilih jalanan..
pengalaman dan pengetahuan..
walau aku dihina..
berpakaian tak berjenama..
sedang performer lain datang dengan kereta..
lagak gangster, pakaian budak kaya..
melihat aku bagai anjing..
lalu depan ku dah buat bising..
berlagak dengan rantai blink blink..
aku tetap steady..
aku tahu mereka tu budak study..
hanya wayang konon street..
hanya tayang dia budak freak..
adakah mereka sakit?
teringin ke nak jadi jahat?
jahat itu betul ke hebat?
seronok ke mengaku merempat?
sedang aku inginkan hidup normal..
keluarga bahagia bukan struggle..
pergi ke college.. bukan kena kejar polis..
aku naik ke pentas.. semua melihat bagai najis..
mulakan beat.. aku bermula..
semua melihat dengan ternganga..
aku sampaikan cerita terus ke telinga..
keadaan sebenar kami semua..
dipinggir masyarakat..
org awam meluat..
tetap kami berjalan..
menyanyi tanpa mic depan kawan kawan..
depan org ramai.. aku suarakan..
"fuck siapa yg pandang.. korang ingat aku telanjang..
nak cakap bangang..korang hidup senang..
meh lah datang..aku terajang..biar bodoh mcm binatang"

melihat budak kaya cuba menyanyi..
kasut kotor dah sakit hati..
sekali tanya budak IPT..
boleh ke jadi THUG?
tahu ke dia apa itu sengsara di kaki lima?
kesejukan tanpa apa apa..
budak kaya tu menyanyi ke membaca?
kenapa bunyi mcm celaka?
turutan mendatar tanpa alunan nada..
mungkin mulut dia penuh gula gula..
aku bukan mencaci..
tapi hati ni rasa nak maki..
merosakkan image MC,
baik dia pergi nyanyi lagu siti.

budak kaya ku..
mari duduk bawak lampu..
tengok aku jalani hidup yg pilu..
tanpa katil dan penghawa dingin..
tanpa tv dan kipas angin..
kencing di longkang..
melepak bagai jantan dan jalang..
di tangkap jadi bekas banduan..
apa yg kau rasakan?
taknakkan?
pergilah balik dengan kekayaan..
jgn berlakon menyanyi kesedihan..
luahan nyanyian langsung tak berkesan..
sebab kau takkan faham..
dari siang ke malam..
jatuh bangun terpelosok tersembam..
esok tetap tersergam menggenggam..
sebuah cerita yg sekarang ku jadikan ilham..

No comments: