Wednesday, September 23, 2009

kertas kosong dihari raya.

sekeping kertas putih di tangan..
dengan lambaian takbir berkumandang..
mengalit air mata perlahan..
teringat kenangan bersama keluarga tersayang..
kini mereka dengan haluan tersendiri..
aku juga yg rasa sepi..
teringat pagi pagi cium tangan mak ayah sendiri.
pastu beraya rumah sedara mara dengan happy.
kini semua tiada lagi..
bukan nak cerita sedih..
tapi idea ni yg datang buat ku pedih..
cuba tersenyum dimuka..
cuba rasa ceria..
esok nak ke kubur arwah atuk pula..
nak baca doa alfatihah untuk atuk tercinta..
lepas tu pecahkan duit hijau untuk anak anak buah juga.
kopak aku tahun ni hahahaha...
tapi takpe kepala tak semak..
aku pun taklah teruk macam tahun lepas gak..
cuba ceria dihari raya kerana setahun sekali..
aku cuba mngerti dan cuba memahami hari suci ini.
dimalam hari raya aku duduk menyendiri.

gua layan retro raya..
cuba bergembira..
dengar plak sayup sayup takbir raya.
disana sini bergema..
mercun pun tak lupa cuba berirama..
kadang kadang meriah kadang kadang sakit kepala..
gila!~
tengok yg perempuan dengan saloon rambut baru..
labucci nampak dalam pergh buat aku terharu..
lantaklah apa fesyen pun..
yg penting raya ni korang datang mintak ampun.
sesiapa yg salah ke tak salah ke kira kena ampun..
apapun... duit raya dalam sampul kena kumpul..
aku selit kat sampin takut nanti bebudak datang berkerumun..
terasa dah tua bila bebudak datang salam raya..
"terima kasih pakcik" itu dia kata..
ciss aku ni nampak tua ke?
rasa nak tarik balik je duit raya kat tangan dia..
tapi takderlah mmg aku dah tua..
24tahun bukan nye muda..
dah nak senja zaman remaja..
banyak tanggungjawab nak kena jaga.

alamak kertas putih nak habis diisi dengan dakwat..
cerita masih belum tamat..
tapi kertas kosong sudah hampir ke garisan penamat..
untuk barisan terakhir memori raya..
aku mengucapkan selamat hari raya pada semua yg puasa atau tak puasa..
maaf dipinta dari hujung rambut hingga kaki juga..
peace!~ semua!~

1 comment:

ielamorry.om said...

suka lyric abang yg ni :))