Sunday, October 4, 2009

inilah pengakuan.."based from true story"

aku tahu kau sedang dalam kelukaan..
bagai terasa hilang dalam percintaan..
aku tahu yg kau pinta bukan alasan..
tapi jawapan untuk kau "bertahan"
dalam kekeliruan perhubungan.

...
sudah lama kita bersama...
suka dan duka kita tempuhi jua..
sehingga semalam kita masih ketawa..
kini bagai tersentak aku kecewa..
dikiri kanan ku berbisa..
aku terluka kini menangis dalam keliru..
hati ini meruntun memanggil nama mu..
tapi kau bagai tidak sedar..
tidakkah kau terdengar suara ku getar?
tidakkah kau tahu semangat ku terkapar?
aku mahu kau disisi ku seperti dulu..
aku boleh berdiri sendiri..
berdikari sendiri..
tapi tak bermakna itu semua tanpa kau disisi..
itu yg ku pasti.. sangat pasti.
bagai bangkai bernyawa yg hatinya sudah mati..
seperti boneka cantik tanpa tuannya..
kau adalah segalanya...
aku berdiri disini.. bernafas dan berlari..
semua kerana mu disisi.

kau menusuk ku dengan sengaja..
tanpa kekok kau masih mahu melayan cinta..
walau semalam hubungan kita sudah tiada apa..
watak apa yg kau pakai dalam drama?
tak takut kah kau pada karma? hah?
bukan aku yg buang cinta..
tapi bagai hilang tenggelam ku didalamnya..
dan kau biarkan aku sengaja menghancurkan semua.
dan akhirnya kau menuding jari aku yg menjadi punca..
aku sanggup diluka... dicaci hina..
yg ku harap cuma kau sentiasa ada..
untuk ku mengadu dan kau menjadi pembela..
bukan menjadi hakim untuk menjatuhkan hukuman..
dan ketauhilah yg aku takut hidup keseorangan..
hidup tanpa mu yg bagai bayangan..

jika kau ditempat aku..
di situasi yg sama disitu..
dimana semuanya menjadi terbalik..
semuanya menjadi pelik..
semuanya adalah lakonan..
bagai ditipu dan dimainkan..
kesalahan lalu diungkitkan..
perbuatan yg baik jadi menyakitkan..
dan satu satunya yg amat di percaya..
menjadi dilema dan tak dapat berbuat apa..
apa yg kau rasa?
adakah kau akan menangis sampai kering air mata?
........
inilah pengakuan..
berilah aku peluang untuk melepaskan tekanan..
takkan itu kau tak boleh nak tahan?
kau tahu aku amat menyayangi mu.
dan separuh hidupku telah berlalu bersamamu..
takkan untuk seketika kau tak boleh mengerti..
aku hanya ingin kau berada disisi!!!
ataupun kau mmg ingin aku pergi?
cakaplah!!

"kau inginkan aku untuk tunjukkan bukti?"
hahaha..aku rasa kau tak buta lagi.. kan?"

peace!~

3 comments:

Anonymous said...

ko neh kalau jadik penerbit filem , laku ghiler filem.

Mr EMYHOSA said...

hahahaha... ada ke filem lak.. heroin angelina jolie lah hahaha.
ini kisah benar lah.

ielamorry.om said...

:')