Sunday, December 20, 2009

memori selepas putus cinta.

selepas meletakkan "phone" aku termenung..
kerana mendengar cintaku dah sampai ke penghujung..
merenung keluar tingkap..
mengalir air mata ini dan ku terus lap..
adakah aku silap? tak menjaga mu dengan sebenarnya..
sampai kau pergi dengan hanya satu panggilan sahaja..
haishh.. ku mengeluh panjang selepas berair mata..
melihat ke almari..
terpandang "sweater" yg pernah kau beli..
aku akan pakai nya untuk terakhir kali..
sesuatu yg kau tinggalkan sebelum kau pergi...
sesuatu yg kau beri sempena hari jadi...

ku melangkah melalui kaki lima..
dengan tangan menyeluk ke poket dan bersahaja...
bagai tiada apa.. muka ku kebas tiada rasa apa..
fikiran ku kosong dan ku tersenyum dgn sia sia..
terhenti di depan "fastfood" kesukaan dia..
aku melihat "burger keju" yg pernah kita kongsi bersama..
aku masuk dan terus membelinya..
sebelum ku makan aku berkata " kini aku seorang tanpa berkongsi dengan dia"
dan burger itu terus ku "ngap" dengan sedihnya..
ku melintas jalan.. sambil berangan..
dulu bersama dia mesti akan berpegang tangan..
kini ku seorang menggengam kenangan...
"honk" bunyi kereta mengejutkan ku..
aku hanya mengangkat kening dan berlalu..
duduk di kerusi sambil melihat disisi..
kau sudah tiada lagi.. dan aku betul betul rasa sendiri..

pada panggilan terakhir itu kita bertengkar..
kau salahkan aku dan mengunkit serta mencabar..
aku hanya berdiam kerana tersentak..
tergamak kau berkata " kau fikir aku bahagia ke?"
menunduk ku dan menggeletar seluruh badan..
dengan ucapan ku "maafkan aku" kau terus memutuskan talian..
sampai sekarang aku masih fikirkan..
begitu senang kau pergi meninggalkan aku seorang..
hanya sebab kecil terus ko rasa bengang..
ikutkan hati nak je aku terajang..tapi terasa sayang..
mak aku cakap dayus kalau kita pukul perempuan..
tapi yg last pastinya aku ditinggalkan..
bersama memori yg masih kekal didalam hidup ku seharian..
aku kebingungan..

ku tersedar dari lamunan..
tiba tiba turun pula hujan..
teringat waktu kita bersama..
berteduh di "busstop" hanya berdua..
kau terasa takut kerana guruh..
dan aku memeluk mu kerana aku juga takut dengan guruh..
kita terpandang muka dengan muka..
dengan suasana "cuak" kita ketawa..
sbb kita berdua takut bersama.. hahaha gila..
tersenyum mengingatkan perkara itu..
tapi kini hujan turun tapi tiada ku berteduh..
dengan kebasahan aku melangkah..
tanpa perasan aku menangis ataupun basah..
harap kau simpan memori kita dan ingatlah..
aku sentiasa menjaga memori ini sampai bila bila..
selagi aku belum jumpa peganti.. hahahaha..

peace..

p/s kalau ada peganti mmg aku tak ingat cinta lama dah hahahhaaha..

No comments: