Tuesday, December 1, 2009

aku tak mahu cinta.

jauhkan aku dari cinta..
aku tak perlukannya..
riuh rendah suka dan duka..
aku dapat teruskan jua..
tanpa kau disisi..hidup ku juga bermakna..
kanan dan kiri ku masih sama..
aku berjalan dengan selamba walau hati ini hancur binasa..
detik jam masih berbunyi..
dan aku masih menyanyi..
biarkan air mata ini kering sendiri..
aku tak peduli..
biar terluka dengan kenangan..
biar terlerai nyawa dan badan..
aku tetap ingin keseorangan..
tanpa sebuah percintaan..

aku masih simpan semua hadiah..
walau aku tahu ini semua menyusah..
bagai lemas dan lemah..
aku teruskan hidup tanpa kalah..
kadang kala aku meraung..
aku seorang yg menanggung..
bagai bisa menyerang darah dan jantung..
terhoyong hayang kecewa ini diusung..
luka ku dikelar terbuka..
menjalar ke seluruh tubuh merata..
dan aku bermandi darah kerana cinta..
takkan hilang kesan nya..
tinggal parut dalam kesakitannya..

berdiri tegak melihat cermin..
muka kecewa ini tiada lagi yakin..
ku cuba bangkit dari kesakitan..
gigil ku cuba bangkit dari kekecewaan..
aku tak peduli apa kau kata..
aku tidak mahu cinta..
jauhkannya...
aku tak mahu cinta yg berbisa..
luka yg lama masih berdarah..
dan aku tak mahu diluka untuk kali kedua..
menekup tangan ke kepala..
semua kata aku dah gila..
aku pernah jatuh cinta..
dan jatuh kecewa di penghujungnya...
kini aku tak mahu cinta..
jgn hadir didepan mata.
aku akan jatuh binasa.
selamat tinggal cinta...

2 comments:

Anonymous said...

indah... hurm. emy...

Anonymous said...

sebab ko x follow aku lah nguk!~