Tuesday, July 14, 2009

cinta - part 1

dah lama ku mencari dia..
sehingga hati ini menangis sengsara..
ku cuba melupakan cinta,
tapi rindu ini membuat ku gila.
aku cuba ketawa.. sia sia.
ku cuba bersedih.. tiada berair mata.
melihat ke kiri muncul bidadari..
melihat ke kanan muncul pari pari..
tetap ku mencari dia..cinta yg ku benci.
bagai bayu yg menghembus lautan..
menolak ombak menghempas pantai..
seakan aku yg ditimbus kenangan..
mengorak langkah tapi berderai..
mungkin dia bukan milik aku,
teringin untuk ku balik ke masa dulu,
melihat dia membuat pipi kembung..
bermata bulat dan suka bila didukung,
sekarang aku tertanya..
dimanakah dia...
aku yakin dia bahagia..
jika dia derita..
kembalilah ke pangkuan ku semula.
terciptanya aku adalah untuk mencintai dia..
mungkin terciptanya dia untuk membuat ku sengsara,
tapi aku bersyukur kerana pernah bersama,
memeluk mu ketika malam..
menyanyikan lagu "always" sampai kau terpejam,
menenangkan kau ketika menangis sampai kau diam,
menggigit telinga kau sebagai tanda geram,
membaca novel bersama dengan suasana tenteram,
kau masuk kedalam baju aku bila terasa seram,
kini tanpa kau aku merasa suram.
tapi kenangan itu masih ku genggam.
kerna aku tak dapat melupakan kisah silam,


aku pernah merasa cinta sekali,
kedua dan ketiga aku hanya berbohong pada diri sendiri,
cuba melupakan tapi ia makin menyakiti,
cuba membiarkan tapi ia makin menjadi jadi..
mungkin aku menzalimi diri sendiri..
hati dan naluri mati kerana menghukum diri,
cuba menjadi kekasih tapi hati ini bagai tersisih,
aku letih untuk mencari cinta selain dia yg ku kasih,
tapi aku perlu berjalan di dunia reality,
mencari cinta yg sememangnya untuk diri sendiri,
bukan menunggu sesuatu yg tak pasti,
tapi aku belum menemukan jalan..
untuk aku menghilangkan kesan kelukaan,
yg menjadi ratapan sehingga sekarang,
aku mengharap bulan terang..
dalam cinta yg tenang..
untuk menjahit luka..
yg kini masih melara..

No comments: