Wednesday, July 15, 2009

memanjat.

aku cuba melihat kedepan..
apa yg aku selalu mimpikan..
tapi banyak yg menghalang..
aku tetap merancang..
yang pertama gagal..
yang kedua sengal..
yang ketiga tertinggal..
aku tetap memanjat..
untuk aku melihat..
mimpi yg aku pahat..
dan aku pasti akan dapat..
setiap langkah aku cuba tabah..
menggigil tapi aku takkan lemah..
cuba kedepan takkan menyerah..
kerana ku tahu..
tuhan sentiasa bersamaku..
"angel" juga membantu..
dan aku akan terus menuju ke arah yg ku mahu.

aku terus memanjat kelukaan..
aku harus memanjat ketakutan..
aku telus memanjat kehinaan..
demi sebuah kehidupan..
aku akan tersenyum..
jatuh dan terhukum aku terus menyambung..
memanjat walau setinggi gunung..
jatuh dan bangun bukan sendiri..
mungkin ada mereka yg masih menyayangi..
aku tak akan mengecewakan mereka lagi..
terus mencuba..
walau dalam kepala ada suara yg berkata..
"emy takkan mungkin berjaya"
tapi aku tetap cuba..
sebab aku ingin mencapai cita cita...
aku pahatkan dihati..
memperkuatkan diri..
memanjat apapun yg menghalangi..
sbb aku emy.. yg tak mudah patah hati.. (puji diri sendiri)

kadangkala aku menangis..
melihat mimpiku semakin terhakis
tapi cerita itu takkan habis..
selagi nyawa masih ada..
selagi itu aku akan berusaha..
kadangkala aku mengeluh..
mengatakan diri bodoh..
duduk sebentar..
akhirnya melangkah juga..
sebab aku perlu mengejar..
mimpi yg akan menjadi nyata..
memanjat apa sahaja..
untuk mencapai cita cita..
dan harap aku tak kecawa..
jika aku jatuh untuk kali keempat..
kerna ku pasti aku tetap akan memanjat..
dan akhirnya aku pasti akan dapat..
mencapai impian yang aku harap...

No comments: